Isnin, 15 Februari 2010

KESIHATAN GINJAL

KESIHATAN
Bengkak ginjal undang maut
Seumpama virus, kegagalan
buah pinggang boleh berlaku
pada bila-bila masa.
SEPERTI organ lain, pemeriksaan
buah pinggang harus dilakukan
secara berkala iaitu enam bulan
sekali.
LAZIMNYA, kegagalan fungsi
buah pinggang atau ginjal
seringkali dikaitkan dengan
kencing manis atau tekanan
darah tinggi.
Bagi penyakit radang buah
pinggang, ia agak jarang
diperkatakan walaupun saban
waktu terdapat kes ini.
Tidak hairanlah jika kajian di
Amerika Syarikat (AS)
menunjukkan 10 peratus
daripada golongan dewasa
mempunyai masalah kerosakan
buah pinggang daripada kategori
ringan hingga serius. Malangnya
mereka tidak mengetahuinya.
Turut dikenali sebagai
glomerulonephritis (GN), Pakar
Runding Nefrologi Pusat
Perubatan Ampang Puteri, Datuk
Dr. Zaki Morad Mohamed Zaher
menjelaskan ia kerapkali berlaku
pada golongan muda.
“Keradangan ginjal berlaku
serta-merta iaitu mengambil
masa hanya beberapa hari
berbanding kerosakan ginjal
yang biasanya memakan masa
selama 10 hingga 15 tahun, ”
kata Zaki.
Biasanya, penyakit buah
pinggang akut disebabkan oleh
penyakit yang memberi kesan
kepada buah pinggang, aliran
darah atau air kencing yang
mengalir keluar daripadanya.
Ujarnya, GN berlaku apabila
terdapat kerosakan pada
glomeruli iaitu sekumpulan
kapilari yang berfungsi sebagai
penapis ketika proses
menyingkirkan bahan kumuh
daripada darah dan masuk ke
dalam tubules buah pinggang.
Perbezaan ketara penyakit ini
dengan kegagalan buah
pinggang yang lain ialah GN
tidak melibatkan faktor makanan
serta darah tinggi dan kencing
manis.
Tambahnya, antara tanda awal
pesakit menghidap penyakit ini
ialah mereka mengalami masalah
air kencing yang mengandungi
protein.
Malah panyakit GN lebih bersifat
sementara dan boleh hilang
dalam jangka waktu tertentu
dengan rawatan khas yang
diperoleh sejak peringkat awal.
Mengenai punca penyakit buah
pinggang, jelas Zaki, ia tidak
selalunya dapat ditentukan.
Tetapi sebarang bentuk penyakit
yang menjejaskan salur darah
atau struktur ginjal yang lain
boleh menyebabkan kerosakan
buah pinggang.
Rawatan
“Mereka yang berisiko untuk
mendapat penyakit ginjal ini
seperti pesakit kencing manis,
darah tinggi dan beberapa
penyakit lain menjalani ujian
setiap enam bulan sekali, ”
tegasnya.
Masalah kegagalan buah
pinggang hanya dikesan setelah
bertahun atau berbelas tahun ia
bermula kerana menyerang
secara senyap. Semasa diketahui,
penyakit itu sudah di peringkat
kronik.
TIDAK banyak pilihan bagi
pesakit buah pinggang selain
pembedahan transplan atau
dialisis sepanjang hidup sekiranya
ginjal gagal berfungsi.
Justeru, hanya dialisis atau
pembedahan transplan menjadi
pilihan. Namun, sekiranya
dikesan awal, ia boleh dirawat
menggunakan ubatan tertentu.
Menurut Zaki, masalah buah
pinggang mempunyai kesan
berangkai dengan organ-organ
lain terutama jantung.
Walaupun keadaan genetik
seseorang turut mempengaruhi
kehadiran penyakit ini,
perubahan dalam tabiat
pemakanan dan gaya hidup
boleh menyelamatkan buah
pinggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan