LAPORAN: Bajet 2010 Asas
Pembentukan Model Ekonomi
Baru
KUALA LUMPUR, 23 Okt
(Bernama) -- Bajet 2010 akan
menyaksikan Malaysia
menyediakan wadah untuk
mengambil kesempatan daripada
peluang yang muncul daripada
penstabilan ekonomi global dan
meletakkan asas bagi
pembentukan model ekonomi
baru dan penggubalan
Rancangan Malaysia Ke-sepuluh
(RMK10).
Bajet 2010 yang bertemakan
"1Malaysia: Kemakmuran
Bersama," disokong oleh tiga
strategi iaitu memacu negara ke
arah ekonomi berpendapatan
tinggi, memastikan
pembangunan holistik dan
mapan serta mengutamakan
kesejahteraan rakyat.
Ia memberi fokus kepada
mengerakkan negara ke arah
ekonomi berpendapatan tinggi
dengan memperkukuhkan
peranan sektor swasta sebagai
pemacu pertumbuhan,
melahirkan tenaga buruh yang
berkemahiran dan
berpengetahuan,
mengembangkan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan
(R&D) serta mengalakan inovasi
dan kreativiti, demikian menurut
Kementerian Kewangan di dalam
Laporan Ekonomi 2009/2010
yang dikeluarkan di sini Jumaat.
Ke arah ini, Kementerian
Kewangan berkata keutamaan
akan diberikan kepada usaha
mewujudkan persekitaran
kondusif bagi perniagaan dan
keusahawanan untuk terus maju
dalam suasana yang lebih liberal
dengan disokong oleh dasar
pro-pasaran.
"Di peringkat domestik, cabaran
adalah untuk merancakkan
pelaburan, menjamin kebajikan
rakyat serta mengurus
perbelanjaan yang meningkat
dalam konteks pengurangan
hasil tanpa menjejaskan
kecekapan Kerajaan dan
penyampaian perkhidmatan,"
katanya.
Menurutnya, Malaysia akan
memanfaatkan prospek
pertumbuhan Asia kerana dalam
jangka masa panjang,
permintaan dijangka beralih ke
Asia.
"Sementara AS dan Eropah
kekal sebagai sumber utama
permintaan penggunaan, Asean,
China, India dan Timur Tengah
akan lebih menonjol berikutan
prospek pertumbuhan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK)
yang lebih besar," katanya.
Katanya Malaysia berpontensi
dalam menghubungkan aliran
perdagangan antara timur dan
barat dan negara ini juga perlu
mewujudkan kelebihan nilai yang
unik bagi menarik pelaburan
langsung asing.
Hubungan perdagangan akan
lebih tertumpu kepada rantau
Asia dan syarikat tempatan
digalakkan untuk
mengembangkan pasaran dan
jenis produk.
Malaysia juga, katanya komited
terhadap liberalisasi secara
progresif dalam beberapa sektor
ekonomi seiring dengan Pelan
Terperinci Komuniti Ekonomi
Asean bagi aliran barangan,
perkhidmatan dan modal yang
lebih bebas menjelang 2015.
Bagi memudahkan peralihan ke
ekonomi berpendapatan tinggi,
beberapa bidang di mana
Malaysia mempunyai kelebihan
kompetitif telah dikenal pasti, ia
termasuk kewangan Islam,
industri halal, industri berasakan
sumber dan pelancongan.
Memandangkan teknologi
maklumat dan komunikasi
adalah pengerak utama dalam
proses in, katanya sebanyak
RM2.4 bilion akan dibelanjakan
bagi meningkatkan infrastruktur
telekomunikasi luar bandar.
Sementara itu, RM400 juta
diperuntukkan bagi
mempercepatkan lagi projek
Jalur Lebar Kelajuan Tinggit
dibawah pakej ransangan tinggi,
katanya.
Bagi mengalakkan pembangunan
berterusan sektor automotif
tempatan, menurutnya, Dana
Pembangunan Automotif
sebanyak RM200 juga disediakan
dibawah pakej ransangansan
kedua.
Selain itu, Kementerian
Kewangan berkata syarikat
Malaysia turut mempunyai
kelebihan dalam aktiviti minyak
dan gas, perladangan dan
pembinaan yang dapat
diperkukuhkan lagi dan
dipromosikan di peringkat
global.
Kerajaan menyedari beberapa
isu termasuk modal insan,
pengurusan fiskal, liberalisasi dan
pelaburan swasta harus
ditangani bagi menyokong
proses pemulihan dan
menyediakan asas bagi peralihan
kepada ekonomi berpendapatan
tinggi, katanya.
Bagi sektor luaran, katanya
Malaysia akan terus berdialog
dengan komuniti antarabangsa
melalui forum pelbagai hala dan
serantau serta menyuarakan
keperluan satu sistem kewangan
antarabangsa yang lebih stabil
dan berdaya tahan.
Ia adalah penting bagi
menangani sebarang gangguan
sistemik pada masa hadapan
serta memastikan kestabilan
ekonomi makro, katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan