SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Sabtu, 27 Jun 2009
JANGAN TERMAKAN KATA-KATA NAJIB
MAHKAMAH DI MALAYSIA,SIAPA YANG MENGHINA SEBENARNYA
MANEK URAI,CALON DAH TAHU,APA LAGI?
Khamis, 25 Jun 2009
ERMM TAK TAHU KENAPA?
Isnin, 22 Jun 2009
UG,BETUL KE DAH SELESAI?
Sabtu, 20 Jun 2009
BILA DAH MEWAH PR SEPENGGAL PUN BISA BERUBAH
Jumaat, 19 Jun 2009
JIKA INI TERJADI,ALAMAT RAKYAT TAK RAYALAH
Khamis, 18 Jun 2009
JAMBATAN KE 3,SULTAN TAK BENARKAN
NAK BERSYARAT BOLEH JALAN
Rabu, 17 Jun 2009
SAKIT HATI BILA BACA INI ! ! !
KERAJAAN UMNO BN TERIMA TAMPARAN : AMERIKA NAMAKAN MALAYSIA PUSAT PELACURAN

Amerika Syarikat menyenarai-hitam Malaysia sebagai antara 17 negara utama di dunia terbabit dalam penyeludupan manusia khususnya untuk pelacuran.
Malaysia berkongsi “penghormatan” itu dengan negara seperti Zimbabwe, Sudan, Korea Utama, Papua New Guine, Fji dan Arab Saudi sebagai destinasi paling aktif dalam penyeludupan manusia, menurut laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Malaysia digugurkan daripada senarai itu pada tahun lalu, tetapi kemasukan begitu ramai rakyat asing secara haram untuk pelacuran dan pekerjaan memaksa Washington sekali lagi meyenarai hitamkan Kuala Lumpur.
Menurut laporan itu, selain pelacuran, Malaysia turut menjadi destinasi untuk mengeksplotasi pekerja asing.
“Malaysia didapati gagal mencapai tahap minima untuk membanteras penyeludupan manusia dan tidak dilihat sebagai apa-apa usaha berkesan kea rah itu, laporan berkenaan menyatakan.
Laporan itu turut mengatakan pegawai Imigresen didapati terbabit dalam sindiket mendagang rakyat Mynamar di persempadanan Malaysia-Thailand.
Pegawai Imigresen dikesan menjual rakyat Myanmar untuk RM700 tiap seorang kepada kumpulan tertentu yang beroperasi di situ.
Laporan itu turut merujuk kepada layanan majikan terhadap pepekrja asing yang penuh dengan kes-kes penderaan, termasuk penyiksaan seksual dan fizikal.
Kerajaan Barisan Nasional dilaporkan membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk melancar, apa yang dicanang sebagai operasi membersihkan negara daripada pendatang tanpa izin.
Hakikat ialah semua bandar-bandar besar malah pekan-pekan kecil semakin dilimpah dengan pekerja seks dan pekerja asing tanpa izin. Dan jumlah mereka semakin meningkat.
Persempadanan negara dan penguatkuasaaan di akar umbi begitu longgar dan satu faktor ialah kerana BN terlampau menggunakan polis, Rela dan agensi lain untuk agenda politik mereka.
Ketua Polis Negara dan Peguam Negara masing-masing terheret dalam kes-kes yang mempamerkan cubaan memalsukan keterangan.
Kejadian banduan, khususnya kaum India mati di lokap, terus berlaku.
Walaupun masih ada segelintir anggota polis ikhlas dan komited kepada kebenaran dan ketulusan undang-undang, rasuah dalam badan polis masih serius.
Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein harus bertanggungjawab atas keadaan ini.
Tetapi kesediaan mereka berbuat demikian amat diragui. Mereka dibuai dengan sindrom penafian setiap kali kewibawaan polis dipertikaikan.
Hakikat ialah anggota polis semakin terpesong dari tugas utama mereka, Mereka diguna untuk memantau ceramah pembangkang, menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri, menyoal siasat peguam dan pejuang Bahasa Melayu yang lanjut usia.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula sibuk menyiasat derma korban lembu, kos penyenggaran kereta dan segala lain yang remeh, asalkan ada nama pembangkang yang terlibat.
Dalam keadaan sedemikian, tidak menghairankan keselamatan negara tergadai.
Ketika Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sibuk berpolitik dan membuat kenyataan politik, negara kita dibanjiri dengan ratusan ribu pekerja seks dan rakyat negara lain yang diekplotasikan oleh mereka yang tidak berhati perut.
Ini yang harus menjadi tumpuan Hishamuddin dan Musa, bukannya bingkas mengeluarkan kenyataan rhetorik yang setiap kali lebih kurang berbunyi “Kita tidak akan bertolak ansur….”.
Rakyat telah mual dengan rhetorik termasuk Slogan 1 Malaysia yang cuba dijaja oleh Perdana Menteri.
Laporan hari ini yang mengesahkan Malaysia sebagai pusat khidmat seks dan pekerja asing untuk diekplotasi menzahirkan kebimbangan rakyat mengenai mengenai hala tuju negara yang tercinta ini.
HAH KAN DAH MELETUP!!!!!!
Selasa, 16 Jun 2009
H1N1 DALAM TENANG BERTAMBAH
SIAPA YANG DAH KENA TIPU?
As for the 3 sen per 1000 gallons of raw water supplied to Singapore, Mahathir said Lee had argued that it was absurd for the former prime minister (Mahathir) of "hinterland Malaysia' to ask to increase it to RM8 per 1000 gallons.
"And why not? Johor sells raw water to Melaka for 30 sen, 1000 percent higher than to Singapore. And Melaka is, I believe, a part of Malaysia! Some Malaysians may see the irony of this," he added.
Johor jual air pada Melaka 30 sen untuk 1000 gelen.
Johor jual air pada Singapura 3 sen untuk 1000 gelen.
Siapa kena tipu?
Kenapa rakyat tidak di beritahu hal ini?
Siapa buat perundungan dengan Singapura?
Isnin, 15 Jun 2009
NIZAR,BARU MASUK DAH KENA KELUAR
Ahad, 14 Jun 2009
MANEK URAI,MUSTAFA MOHAMMAD DAN RASUAH
Timur: 20,000 penduduk miskin DUN Manek Urai nikmati faedah RMK-9
KOTA BHARU: Kira-kira 20,000 penduduk terutama golongan miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sudah mendapat manfaat besar menerusi pelbagai projek dilaksanakan Kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Pengarah JPP Kelantan, Datuk Mohd Shukry Salleh, berkata sehingga kini, sebanyak RM13.3 juta daripada keseluruhan RM5.6 bilion peruntukan RMK-9 kepada Kelantan, sudah disalurkan kepada DUN Manek Urai untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan. Katanya, daripada peruntukan untuk Kelantan itu, RM156.6 juta dibelanjakan bagi membina 106 projek di Parlimen Kuala Krai termasuk 23 projek di kawasan DUN Manek Urai."Penduduk Manek Urai turut menerima limpahan projek apabila JPP melaksanakan kerja membaik pulih 10 rumah penduduk miskin tegar dengan masing-masing menerima peruntukan RM135,000 bagi memastikan rumah uzur dibaik pulih.
"JPP turut membina sebuah lagi rumah baru kepada seorang penduduk yang dikenal pasti miskin tegar dengan perbelanjaan kira-kira RM33,000dan kini sudah siap untuk diduduki," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, JPP turut mengenal pasti 3,503 keluarga miskin tegar di seluruh negeri ini, termasuk 177 keluarga dari jajahan Kuala Krai yang memerlukan pelbagai bantuan."Kita sudah mengenal pasti 59 keluarga miskin tegar di DUN Manek Urai yang akan diberi bantuan termasuk menyalurkan peruntukan bagi
membina rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," katanya.
Selain itu, beliau berkata, JPP merancang melaksanakan tujuh projek bernilai RM255,000 di Manek Urai, antaranya menyelenggara surau Kampung Atas Bukit, Sungai Sok; membina bangunan Tadika Kampung Manek Urai Lama; membina pagar dewan orang ramai dan menaik taraf laluan pejalan kaki di jambatan besi dari Simpang Kampung Pasir ke Stesen Keretapi, Kuala Krai.
"JPP turut membina longkang dan jalan simen di Kampung Manek Urai Lama; membina jalan atas bukit di Kampung Sungai Rek; membina benteng penahan hakisan sungai di Kampung Chuchoh Puteri serta membina jambatan di Kampung Tok Raja Omar," katanya.
Mohd Shukry berkata, peruntukan besar kepada Parlimen Kuala Krai dan DUN Manek Urai itu sudah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan sejak RMK-9 dan ia tiada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.Katanya, JPP turut menerima peruntukan daripada Ke
menterian Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan tiga lagi projek utama di DUN itu..beritaharian
Manek Urai jadi ‘anak emas’ BN
SHAH ALAM – Kerajaan Pusat akan menjadikan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ‘anak emas’ atau ‘DUN angkat’ sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil DUN tersebut 14 Julai ini . Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, seluruh pemimpin BN akan berpusat di kawasan Manek Urai bagi memastikan kemenangan sekaligus membawa perubahan kepada rakyat kawasan tersebut. “Pastinya tumpuan seluruh pimpinan BN akan berpusat di Manek Urai jika BN menang di kerusi itu. Malah, kemenangan BN akan bakal membawa perubahan kepada rakyat Manek Urai yang pastinya akan dijadikan seumpama ‘anak emas’ atau DUN angkat BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Ahmad, beliau yakin pengundi di Manek Urai termasuk penyokong Pas dan pengundi ‘atas pagar’ akan membuat pilihan bijak pada hari pembuangan undi nanti.“Rakyat Manek Urai akan mengambil kira dan menyedari hakikat bahawa segala pembangunan yang ada merupakan jasa dan khidmat budi kerajaan BN menerusi :Lembaga kemajuan Kelantan Sel atan (Kesedar), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain,” katanya.: Dalam pada itu, kaedah komunikasi atau penera-ngan bersemuka seperti dilakukannya akan diteruskan dalam usaha mendekati kehidupan sebenar rakyat di kawasan tersebut selepas pendekatan terbabit mendapat reaksi positif penduduk tempatan. “Rata-rata penduduk kampung mengatakan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan boleh digambarkan melalui program rapat berjumpa rak-yat seperti kita lakukan. “Baru-baru ini saya bersama-sama dengan 120 penduduk Kampung Budi, Manek Urai menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan jalan dan kubur. Malah saya sendiri telah bersama memotong rumput menggunakan mesin hampir sejam sehingga selesai majlis. “Pada sebelah malam tadi saya sempat menziarahi 11 buah rumah penduduk yang tua, sakit dan daif di sekitar kawasan peti undi Manjor dan Manek Urai Lama selain meluangkan masa solat berjemaah dan minum di warung di Kampung Karangan,” katanya. Katanya, jika BN menang di Manek Urai tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri yang masih diterajui oleh Pas. Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuat kuasa 23 Mei lalu setelah penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon DUN Manek Urai pada 6 Ju lai ini, manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai.. sinarharian
BLOGGER DENGAN BLOGGER NAK BERPERANG?
SIDANG DEWAN RAKYAT KEMBALI
Jumaat, 12 Jun 2009
JEREBU !KERAJAAN PENAKUT RAKYAT YANG SENGSARA
Khamis, 11 Jun 2009
PAS,TAK HATI-HATI MAKAN HATI
Selasa, 9 Jun 2009
PAS,PANAS BERTAMBAH PANAS
PULAU PINANG,INI CERITA YANG SEBENARNYA
Kerajaan Pakatan Pulau Pinang goyah?
Oleh: CheGuBard
Sekali lagi Pulau Pinang menjadi perhatian kerana kononya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang goyah dan tidak punya persefahaman.
Bermula dari episod Amizuddin Ahmat, seorang ahli Majlis yang juga seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas pada sekitar bulan Febuari lalu telah membuat satu sidang media mendedahkan mengenai beliau ada maklumat ‘korupsi’ kerajaan Pulau Pinang.
Beliau yang lebih senang dikenali sebagai Din Binjai membuat pendedahan awal tersebut dalam ucapannya yang terakhir sebagai ahli Majlis MPSP sebelum beliau digugurkan. Ramai terkejut dengan tindakan susulan Din Binjai yang terus dilihat menyerang ‘watak tertentu’ dalam isu korupsi dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang.
Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Din Binjai telah sampai ke pengetahuan cheGuBard selaku MPT sekitar bulan Disember 2008 lagi. Ia berkenaan dengan penyelewengan yang melibatkan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim BN dahulu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Dan oleh kerana kecekapan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim ini bertindak menjadi sumpah – sumpah maka ia amat susah dikesan. Lebih lagi ada pula yang terpedaya kononya pegawai – pegawai inilah yang sama menyokong sehingga dibela dengan perbagai alasan mengarut seperti telah kenal lama dan kawan sekolah.
Sebaliknya pegawai tersebut bersama beberapa anasir yang baru bersalin kulit (dari Umno ke keADILan) telah membuat ‘counter attack’ ke atas Din Binjai setelah sedar dia mula mengumpul bukti dan menghantar laporan ke banyak pihak. Masih ingat lagi ketika bertemu Din Binjai sekitar Januari 2009 di mana dia menyerahkan beberapa laporan penyelewengan. Dia mengatakan “kalau saya ikut sahaja saya akan selamat sebagai ahli Majlis tetapi nampaknya kalau saya lawan saya akan dipandang serong melawan kerajaan Pakatan Rakyat, namun bukankah kita di didik lawan tetap lawan…maka saya akan terus dedahkan hilang jawatan ahli majlis bukan benda besar pun…” itu kata Din pada saya.
Saya janji akan bantu dia dedahkan penyelewengan tersebut. Dia telah jumpa pimpinan tertinggi parti, dia telah jumpa pimpinan tertinggi kerajaan negeri juga berkenaan dengan isu ini.
Namun oleh kerana prosedur gangguan kerajaan pusat seperti kewujudan pegawai lantikan kerajaan pusat dan seumpamanya terus menyusahkan proses pembersihan.
Menjelang Febuari, Din mula diserang dengan perbagai tohmahan, sah dia tidak akan disambung sebagai ahli Majlis dan dia nekad menggunakan peluang terkahir berucap sebagai ahli majlis untuk menyerang ‘kemungkaran yang wujud’…akhirnya serangan melalui ucapan dalam dewan itu telah diambil perhatian besar oleh media regim….
Ramai pula terkeliru dengan serangan Din Binjai dengan serangan terhadap prestasi bekas wakil rakyat Penanti. Din menyerang isu kuari, yang melibatkan pegawai kerajaan yang dipaksa diwarisi dari rejim BN. Namun jika ada yang terasa pedas sudah tentu ada yang termakan cilinya.
Akhirnya kerana ‘pemberontakan Din Binjai’ hasilnya secara peribadi dia hilang jawatan, dia disalah ertikan menjadi agen Bn menyerang kerajaan Pakatan Rakyat namun tidak ramai yang tahu. Pemberontakan Din Binjai telah mengembalikan pendapatan kerajaan negeri yang dihilangkan sebanyak RM 6.7 juta.
Mungkin pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai imbuhan tunai terhadap pendedahan rasuah dalam Pulau Pinang boleh menjadi milik Din Binjai.
Kali kedua Pulau Pinang diberikan perhatian ialah kerana perletakan jawatan Fairus. Che’GuBard tidak mahu mengulas panjang bab Fairus kerana ia lebih kepada masalah prestasi peribadi beliau. Dan apa salahnya jika kerajaan menggugurkan seorang wakil yang dikenalpasti tidak kompitent untuk menjamin kelansungan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan.
Episod terbaru yang bermula minggu lepas sekali lagi membawa Kerajaan Pulau Pinang dalam perhatian tinggi rakyat. Isunya kali ini ialah perlantikan YDP MPSP. 8 orang ahli Majlis yang dilantik melalui kuota Parti Keadilan Rakyat telah bertindak memboikot Majlis Angkat Sumpah YDP yang baru. Namun ada satu ahli majlis lantikan kuota Parti keadilan terus duduk dan bersam majlis angkat sumpah.
Isunya ialah kuota YDP itu telah dipersetujui awal sebagai kuota keAdilan. Maka Johari Kassim tidak berpuas hati dengan lantikan yang bukan dari Keadilan.
Johari yang telah menggunakan media menyatakan sikap mengugut mahu meletakkan jawatan. Kemudian menggunakan media juga pimpinan DAP telah membelasah Johari kassim dan kuncunya yang lain dengan mendesak untuk dipecat. Namun Johari yang mengugut untuk meletak jawatan tidak jadi meletakkan jawatan dan mengambil sikap pertahan jawatan setelah diugut akan dipecat.
Seperti episod drama ‘keanak–anakan’ . Pertama kenapa perlu pergi ke media ? Baik di pihak Johari Kassim ataupun segelintir pemimpin DAP? Pertikaian dalam kerajaan seharusnya diselesaikan dengan cara pakatan. Semuanya terlalu emosi?
Bagi cheGuBard ini semua membuktikan bahawa kehancuran yang berpunca dari kelewatan membawa kuasa demokrasi kepada rakyat. Dalam bab lantikan ahli Majlis ini sememangnya negeri Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari rejim BN kerana sekurang-kurangnya lantikan agak rencam - ada juga wakil pertubuhan bukan kerajaan, orang kurang upaya yang bukan mewakili parti.
Namun itu bukan jawapannya. Ia tidak cukup. Masalah yang wujud ini diwarisi dari regim dan perlu ditamatkan. Kita seharusnya segera mengembalikan proses pilihanraya kerajaan tempatan. Baik segelintir pemimpin DAP mahupun Johari Kassim nada perebutan dan debatnya perlu matang dan tinggi, bukan emosi.
DAP pertahankan YDP baru kakitangan kerajaan, benar! Kakitangan kerajaan hampir majoriti menolak rejim BN sekarang ini namun masih ada sosok kakitangan pegawai yang diwariskan rejim BN itulah punca kekacauan (sila klik sinii untuk baca lanjut) , lupakah kita dengan Perak. Hujah Johari juga dangkal apakah perlu kuota parti. Bukan seharusnya dibicarakan hak rakyat. Kembalikan kepada rakyat pilihan raya kerajaan tempatan.
Hujah Johari sebenarnya merosakkan dirinya. Kini timbul pula cerita bahawa kononya Johari marah kerana dia yang mengidamkan kerusi YDP tersebut.
Ingat kita menang bukan semata kekuatan parti kita menang ialah kerana rakyat bosan dengan BN dan rakyat menaruhkan bukan sedikit kepercayaan kepada Pakatan PAS – KEADILAN dan KEADILAN - DAP (Ingat semasa PRU 12 lalu DAP dan PAS tidak ada pakatan rasmi, Anwar Ibrahim telah menjadi orang tengah menggabungkan dan mengembeling kekuatan sehingga menjadi gelombang rakyat menolak BN). Apa yang kita ada ialah kepercayaan rakyat. Maka Keadilan juga tidak boleh sombong, PAS tidak boleh angkuh dan DAP tidak boleh dabik dada.
_____________________________________________________
Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat. Aktif dalam memperjuangkan rakyat marhaen dan merupakan peminat nombor satu perjuangan yang memperjuangkan rakyat. Untuk mengikuti lain-lain tulisan olehnya, boleh ke http://chegubard.blogspot.com/
BESARNYA LESEN MENJADI PEMIMPIN
Ahad, 7 Jun 2009
MUKTAMAR PAS,URUSETIA HINA SANGAT KE BLOGGER
Muktamar 55: Pimpinan Iktiraf Bloggers Tapi Urusetia Tidak... - malaysiakini
- Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
- Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.
''Kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...
Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni...
Bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh.."hangin tol ummi bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri..cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...
Ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar..ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS ..berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana...memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya..
Ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf..
"Akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.."kata petugas
"Ni pas dari kerajaan PR Perak ..DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"
"Kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media"..aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak...
Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri..kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2..
Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari..untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang kena tolak ketepi...
Ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2..sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang..
Wallahua'lam...
Dicatat Oleh - (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)
Sabtu, 6 Jun 2009
KALAU BENAR INI YANG TERJADI.ERMMM
Muktamar Pas: Terkejut?
Jun 6th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, Team PerakExpress, utamaOleh: MSK
Keputusan siapa Timbalan Presiden Pas sudah keluar dan Ustaz Nasha terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut. Terkejut?
Memang terkejut. Ada banyak yang berlaku dibelakang tabir sehingga mengejutkan orang ramai.
Dalam mana-mana pilihanraya…petugas-petugas Pas dikenali sebagai petugas yang paling berdedikasi dan pandai membuat kerja…terutama dalam membuat culaan pengundi. dan petugas-petugas inilah juga yang membuat culaan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
Sebaik sahaja tamat waktu mengundi…mereka sudah dapat membuat jangkaan siapa yang menang. Dan pemenangnya ialah Husam Musa..diikuti dengan Ustaz Nasha dan Mat Sabu.
Pada pukul 7.30…pengiraan undi dimulakan dan menjelang jam 9.30 malam…pengiraan tamat, dan keputusan tak rasmi sudah bocor kepada pemimpin dan wartawan.
Dan sekitar jam 9.55 malam…Malaysiakini sudah dapat membuat laporan.
Keputusan tak rasmi pada malam semalam sudah diketahui bukan sahaja pemimpin Pas malah pemimpin PKR juga sudah mendapat maklumat. Husam mendapat 453 undi (44.1%), Nasha 388 (37.8%) dan Mat Sabu 188 (18.3%).
Mstar juga melaporkan perkara yang sama.
Husam menang dengan perbezaan 65 undi.
(Cuma disini Mstar tersilap menulis jumlah undi yang diperolehi oleh Husam..543 undi..sepatutnya 453 undi. perbezaan undi antara Husam dan Nasha ialah 65.( 388+65=453. Bukan 543)
Tetapi mengapa perlu keputusan ditangguhkan sehingga pagi ini?
Dan kalau mengikut laporan Malaysiakini..Mustafa Ali mengatakan pengiraan undi berlaku sehingga jam 2.30 pagi!! Apakah Jawatankuasa Pemilihan memerlukan ENAM jam setengah untuk mengira seribu undi?
Ada sesuatu yang tak kena dalam pemilihan Pas kali ini.Apakah taktik Mahathir semasa menentang Tengku Razaleigh sudah diimpot oleh Pas?
Dan apabila keputusan rasmi diumumkan pagi tadi…memang ramai yang terkejut. Macam mana keputusan tak rasmi dan rasmi begitu jauh berbeza?
Keputusan rasmi.. Husam 281 (27.4%), Nasha 480 (46.8%) dan Mat Sabu 261 (25.5%)
Ada apa-apa yang berlaku dalam gelap lagi?
Ha.ha..ada perwakilan ke muktamar SMS kat aku..bezanya sekarang…Pas pakai kopiah/Umno pakai songkok.