Pasti apa pun yang berlaku ini adalah pengalaman untuk mematangkan mereka-mereka yang berkenaan,mungkin kerajaan sekarang harus menyedarkan diri mereka betapa menjaga kesihatan rakyat harus ditingkatkan dimana perancangan membentuk pasukan mencari setiap vaksin harus di laksanakan dan peruntukan yang tinggi harus diberi untuk kemudahan para saintis disamping menggunakan tenaga tempatan agar ianya dapat diketengahkan menjadi pesaing saintis luar negara,atau pun kita sebenarnya negara yang tak peduli langsung dalam hal-hal begini?
SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Selasa, 16 Jun 2009
H1N1 DALAM TENANG BERTAMBAH
Dalam keadaan tenang sebenarnya penyakit H1N1 kini bertambah dari 1 dan naik perlahan-lahan menjadikan kini 18 orang telah dijangkiti dan kini pihak yang berkenaan sedang memantau,bagi angah nampak sangat manusia ini terlalu memandang rendah terhadap binatang maupun serangga,sudahlah demam denggi dari nyamuk sahaja itu pun sampai sekarang vaksinnya masih tak dapat lagi,H1N1 yang kononnya dari binatang bernama babi juga memudaratkan kesihatan ramai orang yang sudah menjangkiti lebih dari seribu orang dan mengakibatkan kematian lebih 15 orang,mengapa semua ini terjadi sebenarnya ada hikmahnya,cuma kita manusia sahaja yang kurang sedar tapi kita sekadar memujuk diri mengatakan ia hanyalah wabak yang datang sekali sekala.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan