Ahad, 14 Jun 2009

BLOGGER DENGAN BLOGGER NAK BERPERANG?

Wah dengarnya semalam antara blogger dengan blogger nak berperang,bagi angah biarlah hujah melawan hujah,apa pun pertikaiannya bila kita merasakan setiap hujahan kita betul dan hujahan orang salah mulalah pasang strategi dengan fitnah yang bukan-bukan,bagi angah bukan nak menyokong sesiapa tapi pada dasarnya selama ini siapa yang menjadi kepercayaan pembaca dan sekiranya blogger ini menjadi kepercayaan mengapa pula sekarang dijadikan isu,adakah kerana mempunyai pandangan berlainan dalam isu semasa boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati?Biasalah dalam alam maya ini usia tidak mengambarkan siapa mereka,ada juga mereka yang muda tapi mempunyai pemikiran yang hebat serta terpuji tapi ada juga yang tua pemikirang tahap remaja,apa pun dengan adanya hormat pada mereka yang tua-tua serta otai pandangan serta nasihat dapat mereka terima.


Mengalah bukan bererti seseorang itu kalah tapi sebenarnya inilah sifat yang paling baik,bagi angah setiap sifat begini mengajar kita serta mendewasakan lagi pandangan kita terhadap blogger yang lain,ini juga secara tak langsung akan membolehkan kawan serta masyarakat yang diluar membezakan siapa benar dan jujur,bagi mereka-mereka yang ego sahaja yang akan bersikap mementingkan diri apa pun setahu angah kita berblogger menggunakan dana serta wang sendiri,jadi apanya perlu mengatakan setiap pandangan orang lain salah dan setiap pandangan kita sahaja yang betul semua ini bukan kita yang dapat nilaikan,lagi pun selain hujah dan pandangan apa yang sebenarnya berlaku dalam alam maya ini blogger juga memainkan peranannya dengan mengajar serta belajar antara satu sama lain.


Mungkin ini tidak nampak secara langsung tapi keinginan setiap orang untuk berblog dan blog apa pun yang mereka buat samaada blog kearah politik,agama,lawak,katun dan banyak lagi sebenar dari pengajaran serta tarikan bagaimana nak menulis satu-satu thread serta luahan hati dan perasaan,malah bagi mereka yang dianugerahkan bakat dalam penulisan contohnya blog albanjari,perisikrakyat,radenjowo,mso serta banyak lagi ia sebenarnya menjadi perangsang malah guru dalam alam maya ini,sama ada ia penyokong kerajaan dan juga PR sedikit sebanyak ia menghangatkan suasana dalam alam maya,satu yang pasti manusia ini mempunyai sifat penyabarnya tapi jangan terlalu mendesak nanti tak tahu nak letak mana muka kita,apa pun berhujahlah dengan hujahan yang benar kerana itulah tanggungjawab disebalik menjadikan tulisan dalam blog sebagai mata pisau yang menyakitkan hati.


Apapun anggap ini semua mainan alam maya,bagi kami yang mencari kebenaran serta berusaha selagi malaikat tidak datang memanggil selagi itu kebenaran tetap dicari,malah perjuangan melawan sifat mungkar akan cuba angah pertahankan insyaallah selagi berimankan agama Islam ,mengamalkan hukum-hakamnya,menghormati serta mempercayai ulama yang menjadi perhatian masyarakat ramai seperti TGNA,mengikuti pejuang keadilan seperti DSAI menjadikan semua bangsa sebagai rakyat bangsa Malaysia dan menjadikan negara kita bebas salahguna kuasa untuk generasi akan datang dan banyak lagi selagi itu prinsip lawan tetap lawan menjadi pegangan dan jangan biarkan kepala kita dipijak-pijak serta mengapa harus takut kepada sesama manusia kerana ALLAH sahaja yang maha besar lagi maha berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan