Sabtu, 20 Jun 2009

BILA DAH MEWAH PR SEPENGGAL PUN BISA BERUBAH

Hari ini angah terbaca mengenai isu yang kurang menjadi perhatian mungkin isu ini masih belum diketahui ramai jadi kurang lah rakyat nak bersuara tapi bagi angah sekiranya perkara ini tidak dibendung dan diperhatikan oleh pimpinan tertinggi maka tiada bezanya kerajaan berusia 50 tahun dengan usia sepenggal,malah sebenarnya siapa yang berlebih-lebih dalam mengejar kehidupan.Dalam blog KedahLanie angah terbaca bila mana ada sebahagian ahli parlimen dan adun yang suka menukar-nukar kereta sambil menempah no plat kereta yang menarik,untuk apa sebenarnya,adakah untuk menjadi ahli Adun serta parlimen perlu semua ini?bagaimana janji terhadap rakyat yang menderita selama ini,janganlah lupa amanah serta tanggujawab terhadap parti dan rakyat.


Tanya lah pada diri sendiri apa kah tujuan sebenar untuk menjadi pemimpin parti serta bertanding mewakili masyarakat setempat,kiranya ini berlaku disebabkan untuk menonjol berkuasa serta mengumpul kekayaan bagaimana pihak UBN lakukan maka samalah perangai antara 50 tahun dengan sepenggal,ingat rakyat sebenar memerhati sekiranya peluang dan kesempatan yang diberikan dipersia-siakan maka jangan heran sekiranya pilihan rakyat berubah,kini rakyat sudah pandai menilai sekiranya PR dan UBN masih bersikap sama maka besar kemungkinan akan ada parti baru yang ditubuhkan kerana pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya sudah jadi hamba wang serta dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan