Angah rasa ramai pemerhati dan blogger boleh menilai sejauh mana pemimpin itu bekerja,siapa yang sering dibelasah oleh pihak berkuasa,siapa yang sering menjadi pujaan pihak media perdana,siapa yang suka di kotak-katikkan oleh umno serta menjadi balaci umno,walaupun berjawatan tinggi dalam PAS,tapi jika difikirkan kalau sorang mungkin sorang ini tidak bisa melakukan tugasnya malah kita harus berhati-hati dalam PAS pun ada musuh dalam selimut bak kata pimpinan tertinggi dan telah dinampakkan malah ada kawan-kawannya berjawatan tertentu pun yang menjadi talibarut bersama-sama kononnya mau membantu umno yang sekarang sedang tersepit tapi lupa amanah yang diberi jauh tertinggal dibelakang malah kerjanya pun entah mana barangnya.
Blogger ini memperkata begini-begini malah blogger ini pula membuktikan begini malah kita pun tahu siapa sebenarnya si pemimpin yang di kutuk serta dihentam habis-habisan,bagi angah kalau nak dikira kebaikan yang dilakukan si Husam ni lebih banyak dari cerita -cerita buruk yang didakwa,tapi untuk menutup kisah sebenar pemimpin yang lagi satu yang pro "bersatu dengan umno"maka banyak lah cerita dan ulangtayang keburukan si Husam ini agar keburukan si pro bersatu dengan umno ini tidak nampak semasa Muktamar Agung Pas minggu depan yang bakal berlangsung di Shah Alam.Bagi angah yang suka menilai dan memerhati dan menjadi ahli PAS seumur hidup merasakan bahawa PRO bersatu dengan umno ni bukan keseorangan malah ramai sudah yang telah termakan dan mengikut dan sekiranya ini berterusan umno tentu suka jarum mereka telah masuk jauh kedalam parti PAS.
Angah kalau lah ditanya siapa yang boleh dipilih nanti pasti angah akan jawab pilih lah orang baru bagi jawatan no 2,sebab yang telah dipilih pada pemimlihan lalu nampaknya gagal memainkan peranan yang besar malah kalau diukur dari perjuangan maka nampaknya pemimpin yang dipilih pada pemilihan yang lalu selain ingin bersatu dengan umno tiada lain komitmennya,malah jauh juga dari terkena semburan dan gas pemedih mata dan jauh sekali juga tindakan ganas fru,seperti dijaga rupanya oleh pihak-pihak ini,tapi sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan sekiranya diberi peluang lagi ia haruslah menebus kesilapan yang dilakukan dengan menterjemahkan sikap serta berjuang bersungguh-sungguh memertabatkan islam dengan ulamanya menjadi pendokong utama,disamping ahli profesional menjadi penyampai serta mata bagi rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan