Khamis, 11 Jun 2009

PAS,TAK HATI-HATI MAKAN HATI

Nampaknya hari ini telah masuk lagi seorang orang kuat presiden,sama ada ia sebenarnya memang telah dirancang oleh sekutu-sekutu presiden maupun dalam PAS memang ada orang malas nak bertanggungjawab,entahlah apa nak jadi,bagi angah bukan menentang siapapun mereka yang nak diberi jawatan ini tapi kontriversi yang dilakukan masih lagi terngiang-ngiang di telinga dan kini dengan sah nya jawatan penting sudah diisi oleh mereka yang banyak dipersoalkan kredibilitinya tapi kalau ini lah caranya nak maju alamat bukan maju yang dapat tapi hampeh.PAS kena ingat bahawa kontroversi sedang menular dan akan semakin membesar sekiranya tidak diuruskan dengan betul dan sekiranya ini tidak hati-hati dijalankan maka ramailah yang akan makan hati.


Untuk membentuk kekuatan siapa pun mereka perancangan memang sudah lama dijalankan,jadi untuk mengimbangi peluang maka sudah tentu adanya 2 kumpulan sebenarnya,menjadi kuat harapan ahli bawahan tapi sekiranya ini terjadi maka kehidupan pemimpin harus kita perhatikan kerana kita tak tahu mainan mereka diluar perhatian ahli,mungkin sudah lama mereka-mereka dibela oleh "HANTU" kita pun tak tahu dan senjata ini lah yang akan maupun telah dijalankan sekarang,selagi kita bernama manusia semua itu tiada mustahil,apa kah kita harus berfikiran baik sangka tapi kata hatinya sungguh memualkan?apa pun kuasa yang kita amanahkan hanyalah untuk tempoh 3 tahun siapa rasa mereka kuat maka lesen ini lah yang akan mereka pegang untuk lakukan "IKUT SUKA AKU" dan yang paling tinggi harapan ahli seperti angah ni yang pro pr agar pemimpin pro pr memainkan peranannya lebih banyak lagi dan lebihkan bersuara.


Bukan nak menuduh tapi sebagai ahli sebenarnya kita pun ada hak untuk bersuara,tanya kepada sesiapa pun pemimpin tu ahli kah atau mereka dipilih sekadar nama mereka sudah lama dikenali malah berjawatan itu dan ini,mengapa perlu takut pada bayang-bayang jika maukan PAS untuk semua, jangan ditutup peluang mereka-mereka yang ingin berkongsi bersama-sama memimpin,jangan ubah konsep ini PAS memperjuangkan Islam bukan bangsa,kalau agama menjadi kekuatan PAS sehinggakan menarik minat bangsa lain tapi bangsa melayunya menbuang maka mengapa mata hati menjadi buta tidak nampak semua ini,bagi angah sendiri sekiranya ini benar terjadi jangan katakan makan hati mungkin ada yang bisa mati. . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan