Yang pastinya esok juga melihatkan bagaimana ahli parlimen Puchong Gobing Singh tidak akan masuk dewan rakyat setelah digantung setahun oleh kerajaan BN penakut,tapi yang menarik esok jugalah ahli Parlimen Bukit Gantang akan mengangkat sumpah selaku ahli dewan rakyat yang baru setelah DS Nizar Jamaluddin menang PKR disitu,kita juga akan mengikuti sama ada Speaker Pendikar ini akan menggunakan kuasanya kembali menolak usul-usul dari ahli dewan rakyat PR apa pun yang terjadi dalam dewan rakyat sudah tiba masanya blogger-blogger menubuhkan satu team untuk memantau siapa pemimpin dalam PR yang sekadar memanaskan kerusi mereka dan menghabiskan masa sehari didalam dewan yang serba canggih kononnya.
Jawatan dalam parti sudah diberi,peluang menjadi ahli dewan pun sudah diberi,menjadi ahli parlimen serta undangan negeri sudah terlaksana tapi bagaimanakah permasalahan yang rakyat hadapi serta kawasan parlimen mereka sendiri mereka akan ketengahkan akan rakyat semua lihat dan ikuti lebih-lebih lagi pada mereka yang menjadi pemimpin panas serta menjadi topik bualan isu semasa baru-baru ini,apa kah mereka ini benar-benar bekerja atau sekadar makan angin tunggu sebulan dapat elaun sana sini,apa pun esok menentukan permulaan segalanya dan bagi penyokong kedua belah pihak mereka akan lihat sejauh mana dewan ini memberi perhatian untuk keselesaan serta kehidupan yang lebih baik bagi rakyat marhaen semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan