Sabtu, 27 Jun 2009

MANEK URAI,CALON DAH TAHU,APA LAGI?

Malam tadi TGNA sudah menamakan siapa calon bagi Manek Urai dan kini semua orang sudah tahu siapa calonnya bagi angah jika Mohd.Fauzi Abdullah calon pilihan TGNA maka itu lah yang dianggap sesuai maka teruskanlah kerja yang baik yang ditinggalkan oleh arwah Pak Su dahulu,anggaplah patah tumbuh hilang berganti maka amanah yang bakal diserahkan haruslah dijalankan dengan berhekmah serta amanah,kerja kuat haruslah mengikut cara kita selama ini,jangan pula bila dah senang sikit maka perangainya sudah berubah menjadi hamba duit,sikit-sikit duit lama-lama jadilah kita seperti UBN bila dah bernanah teruk malah ada pula kencing manis alamat tunggu je lah masa nak dipotong.


Tak kira mana tempatnya pun sekiranya disebabkan ada perkara yang menyebabkan berlakunya PRK maka siapa pun yang menjadi calon maka itu adalah amanah yang seharusnya dipandang tinggi da jangan sekali-sekali menganggap bila sudah diberikan kemenangan maka tempoh 6 bulan sahaja yang nampak lepas tu tidurrrr,janganlah macam pemimpin tertentu siap ada blog tapi blog serta email yang dihantar haram tak berbalas sudahlah blog nak update pun jarang-jarang,nampak sangat kita ni masih jauh lagi perjalananya untuk mencapai tahap pemimpin perihatin rakyat pun puashati.Ada lagi lebih 10 hari untuk kita menyiapkan apa yang patut semasa penamaan calon yang akan diadakan pada 6 julai ini dan pengundian akan diadakan pada 14 julai maka kita bakal diuji oleh lagi sekali oleh UBN yang semakin lemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan