Ahad, 14 Jun 2009

MANEK URAI,MUSTAFA MOHAMMAD DAN RASUAH

Kini Manek Urai menjadi bualan serta perhatian antara PR serta BN bilamana PKR akan diadakan disana sedikit masa lagi,bagi mengekalkan kerusi itu PAS akan melatakkan calonnya yang boleh menjaga serta bekerja seperti arwah paksu yang dikenali ramai,malah gendang telah dipukul kuat oleh pihak UBN untuk cuba merampas kerusi ini,bagi PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN,Mustafa Mohd yang dengarnya akan menjadikan Manek Urai sebagai anak angkat kerajaan persekutuan bagaikan menyerlahkan lagi ikap sebanar UBN yang double standard,mana mungkin menjadikan Manek Urai sebagai anak angkat tapi yang lain bagaimana,apakah dengan adanya PRK baru nak dijadikan anak angkat,memang dasar rasuah semuanya kearah rasuah juga.

Mustafa Mohd kena sedar sekiranya kerajaan pusat tidak menganaktirikan kerajaan Kelantan pimpinan TGNA dengan mengagihkan sumber kewangan maka tidak semua rakyat Kelantan akan bersusah,satu ingatan serta tanggungjawab yang perlu Kerajaan Pusat ketahui sekiranya mereka lupa bagaimanA setelah Kelantan dirampas oleh PAS mengapa harus kerajaan pimpinan PAS membayar balik hutang yang dilakukan kerajaan pimpinan UBN,mengapa kerajaan PAS nak bertanggungjawab atas urusan kerajjan UBN yang dahulu lebih baik wang itu digunakan untuk menguruskan negeri,inilah yang umno dok tak sedar diri lagi,sudahlah mengamlakan rasuah bla hidup serta jawatan pun dengan rasuah semuanya tak sedar diri,angah dibawah ni mengkopi dan menempel cerita dari blog kedaikopitepimasjid untuk perhatian masyarakat blogger bagaimana rasuah berlaku,

Timur: 20,000 penduduk miskin DUN Manek Urai nikmati faedah RMK-9

KOTA BHARU: Kira-kira 20,000 penduduk terutama golongan miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sudah mendapat manfaat besar menerusi pelbagai projek dilaksanakan Kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Pengarah JPP Kelantan, Datuk Mohd Shukry Salleh, berkata sehingga kini, sebanyak RM13.3 juta daripada keseluruhan RM5.6 bilion peruntukan RMK-9 kepada Kelantan, sudah disalurkan kepada DUN Manek Urai untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan. Katanya, daripada peruntukan untuk Kelantan itu, RM156.6 juta dibelanjakan bagi membina 106 projek di Parlimen Kuala Krai termasuk 23 projek di kawasan DUN Manek Urai.

"Penduduk Manek Urai turut menerima limpahan projek apabila JPP melaksanakan kerja membaik pulih 10 rumah penduduk miskin tegar dengan masing-masing menerima peruntukan RM135,000 bagi memastikan rumah uzur dibaik pulih.

"JPP turut membina sebuah lagi rumah baru kepada seorang penduduk yang dikenal pasti miskin tegar dengan perbelanjaan kira-kira RM33,000

dan kini sudah siap untuk diduduki," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, JPP turut mengenal pasti 3,503 keluarga miskin tegar di seluruh negeri ini, termasuk 177 keluarga dari jajahan Kuala Krai yang memerlukan pelbagai bantuan.

"Kita sudah mengenal pasti 59 keluarga miskin tegar di DUN Manek Urai yang akan diberi bantuan termasuk menyalurkan peruntukan bagi

membina rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," katanya.

Selain itu, beliau berkata, JPP merancang melaksanakan tujuh projek bernilai RM255,000 di Manek Urai, antaranya menyelenggara surau Kampung Atas Bukit, Sungai Sok; membina bangunan Tadika Kampung Manek Urai Lama; membina pagar dewan orang ramai dan menaik taraf laluan pejalan kaki di jambatan besi dari Simpang Kampung Pasir ke Stesen Keretapi, Kuala Krai.

"JPP turut membina longkang dan jalan simen di Kampung Manek Urai Lama; membina jalan atas bukit di Kampung Sungai Rek; membina benteng penahan hakisan sungai di Kampung Chuchoh Puteri serta me

mbina jambatan di Kampung Tok Raja Omar," katanya.

Mohd Shukry berkata, peruntukan besar kepada Parlimen Kuala Krai dan DUN Manek Urai itu sudah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan sejak RMK-9 dan ia tiada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

Katanya, JPP turut menerima peruntukan daripada Ke

menterian Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan tiga lagi projek utama di DUN itu..beritaharian


Manek Urai jadi ‘anak emas’ BN

SHAH ALAM – Kerajaan Pusat akan menjadikan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ‘anak emas’ atau ‘DUN angkat’ sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil DUN tersebut 14 Julai ini . Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, seluruh pemimpin BN akan berpusat di kawasan Manek Urai bagi memastikan kemenangan sekaligus membawa perubahan kepada rakyat kawasan tersebut. “Pastinya tumpuan seluruh pimpinan BN akan berpusat di Manek Urai jika BN menang di kerusi itu. Malah, kemenangan BN akan bakal membawa perubahan kepada rakyat Manek Urai yang pastinya akan dijadikan seumpama ‘anak emas’ atau DUN angkat BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Ahmad, beliau yakin pengundi di Manek Urai termasuk penyokong Pas dan pengundi ‘atas pagar’ akan membuat pilihan bijak pada hari pembuangan undi nanti.“Rakyat Manek Urai akan mengambil kira dan menyedari hakikat bahawa segala pembangunan yang ada merupakan jasa dan khidmat budi kerajaan BN menerusi :Lembaga kemajuan Kelantan Sel atan (Kesedar), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain,” katanya.: Dalam pada itu, kaedah komunikasi atau penera-ngan bersemuka seperti dilakukannya akan diteruskan dalam usaha mendekati kehidupan sebenar rakyat di kawasan tersebut selepas pendekatan terbabit mendapat reaksi positif penduduk tempatan. “Rata-rata penduduk kampung mengatakan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan boleh digambarkan melalui program rapat berjumpa rak-yat seperti kita lakukan. “Baru-baru ini saya bersama-sama dengan 120 penduduk Kampung Budi, Manek Urai menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan jalan dan kubur. Malah saya sendiri telah bersama memotong rumput menggunakan mesin hampir sejam sehingga selesai majlis. “Pada sebelah malam tadi saya sempat menziarahi 11 buah rumah penduduk yang tua, sakit dan daif di sekitar kawasan peti undi Manjor dan Manek Urai Lama selain meluangkan masa solat berjemaah dan minum di warung di Kampung Karangan,” katanya. Katanya, jika BN menang di Manek Urai tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri yang masih diterajui oleh Pas. Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuat kuasa 23 Mei lalu setelah penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon DUN Manek Urai pada 6 Ju lai ini, manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai.. sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan