Sabtu, 6 Jun 2009

MUKTAMAR PAS,PILIH SUDAH KERJANYA DINANTI

Keputusan semua sudah diketahui,siapa presiden serta timbalannya pun sudah diketahui kini tingal kerjanya,jangan pegang jawatan buat kerja tak tahu,tempoh 3 tahun pasti akan berlalu,siapa pun yang menjadi pimpinan atasan maka ingat mereka yang dibawah,mungkin blogger tidak menjadi wakil semasa muktamar tapi suara blogger lebih panjang dari pewakilan kerana itu adalah tanggungjawab mereka yang bukan datang 3 tahun sekali,apa pun tugas pewakilan sudah mereka jalankan sama ada pilihan mereka disukai ramai mau pun tidak itu sudah terjadi,lagi pun bakal jatuh bangun seseorang mau pun parti juga kepada budi bicara perwakilan jadi mau tak mau terima lah keputusan yang telah dijalankan.

Walaupun muktamar ke 55 ni agak panas rasanya,alhamdulilah kita kenalah terima kalah dan menang,menang bukan bererti seseorang itu bisa dan mudah naik dan kalah bukan bererti seseorang itu tidak boleh naik kembali,apa pun sifat perjuangan menjadi perhatian masyarakat,selagi kita mempunyai sifat-sifat serta kesabaran selagi itu berjuang tetap berjuang,bagi angah walaupun calon pilihan angah tidak menang ia tidak menjadi satu tamparan yang hebat,tapi sebenarnya tekanan itu ada pada pemenang,mungkin peluang diberikan untuk dia membuktikan semua tuduhan blogger terhadapnya dapat diselesaikan,malah perhatian blogger terhadapnya akan bertambah-tambah.

Kini bagi siapa yang telah mendapat jawatan dalam muktamar kali ini,maka ahli serta mereka-mereka yang berkaitan akan menunggu serta melihat kerja-kerja mereka yang bakal dijalankan dalam tempoh 3 tahun,bagi yang kalah angah pasti mereka-mereka ini akan bertambah-tambah kuat lagi kerjanya,harapan angah agar Dewan Ulama Syura dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih banyak lagi kerana kekuatan PAS pada Ulamanya maka walaupun kini jawatan no 1 dan no 2 katanya adalah ulama tapi janganlah pada namanya sahaja,kalau Pas untuk semua maka kena lah ia bertepatan dengan slogannya,agar bukan sahaja ulama tapi profesional,malah buruh,kuli,koprat serta para peniaga juga harus berperanan juga lebih-lebih lagi para blogger yang mengorbankan diri mereka.

Ingat kekuatan PAS terserlah nampak sejak DSAI dapat merapatkan hubungan DAP dan PAS,bukan angah nak perkecilkan PAS tapi 50 tahun PAS masih kurang diterima walaupun di Kelantan TGNA menjadi idola semua orang serta dapat mengekalkan kerajaannya yang telah berusia lebih 18 tahun jika nak dibandingkan dengan Presidennya,tapi jika tiada kesedaran ini maka walaupun ada pendidikan agama maka samalah pemimpin PAS begini dengan ulama dalam umno.Pastinya akan menjadi lebih menarik serta menjadi perhatain semua masyarakat selepas ini bagaiman PAS akan meniti hari demi hari dan blogger tak kan kering idea untuk menulis. . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan