Jumaat, 12 Jun 2009

JEREBU !KERAJAAN PENAKUT RAKYAT YANG SENGSARA

Jerebu datang lagi kali ini yang entah keberapa negara diselubungi jerebu gara-gara pembakaran hutan di Indonesia dan yang kita tahu terdapat 98 tempat pembakaran disana,bagi rakyat setiap kali terdapat pembakaran hutan di negara seberang maka setiap kali lah rakyat negara ini akan menghadapi situasi yang tidak menyelesakan malah batuk dan selsema yang akan dihidapi oleh rakyat setempat,tapi selama ini apa kah perancangan kerajaan yang memerintah untuk mengawal serta mencegah dari terjadi,tiada kah perbincangan yang lebih tegas untuk memastikan kedua belah rakyat dari bersikap benci membenci dan tuduh menuduh ,dan yang pastinya siapa yang membakar dan siapa yang menerima balanya.


Apakah terlalu besar kepala rakyat di Indonesia sehinggakan perasaan serta kesihatan rakyat dinegara Malaysia tidak mereka pedulikan,malah setiap tahun perkara ini terjadi dan pasti sudah ada perbincangan bagi 2 negara untuk mencapai persetujuan tapi longgarnya undang-undang serta pemantauan mungkin ini lah yang diambil kesempatan bagi peladang-peladang untuk membuka tanah baru dan berladang,jangan bersikap penakut dengan isu besar ini,sebagai kerajaan yang kononnya perihatin maka haruslah berbuat sesuatu untuk menjaga kepentingan rakyat sendiri,sekarang apa yang dirasai oleh rakyat sudahlah rakyat dipijak-pijak oleh kerajaan yang ada kini negara luar serta rakyat mereka menyebabkan keadaan berjerebu dan mengakibatkan rakyat menderita batuk serta selsema.


Bukan bertujuan menimbulkan kebencian pada negara SEBERANG tapi angah sekadar meyuarakan pandangan malah mungkin pandangan angah ini sama dengan mereka-mereka yang lain diluar sana,sampai bila ini harus terjadi dan adakah perbuatan-perbuatan yang tidak bertanggung jawab dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab maka sebahagian rakyat harus menerima bala serta karmanya,mungkin blogger mengakui bahawa ketinggian rasuah memang dan sudah dikenali di negara seberang,tapi janganlah pula negara Malaysia ini yang jauh lebih kecil penduduknya menjadi pengamal rasuah lebih tinggi dari negara seberang malah sekiranya ini benar-benar terjadi(bagai tajuk diatas) terpaksalah mengharungi kehidupan yang lebih perit dan menyakitkan. . . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan