ERMM entah lah kenapa jadi begini,mungkin ini cuma perasaan angah sahaja ke?Angah rasa bukan angah sahaja yang rasa begini kan,malah ramai yang diluar sana merasakan cuma mereka tiada medium untuk menyuarakan rasa hati mereka,diam tak diam sudah setahun lebih berlalu PRU 12 tapi agenda sebenarnya nampak telah jauh melarikan diri,disibukkan dengan bermacam-macam kejadian yang menyakitkan,kes-kes mahkamah pimpinan tertentu,kecoh sana kecoh sini,ada cerita musang berbulu ayam,dan cerita sebenar yang tak nampak rakyat dok melopong kesusahan dan yang pasti mereka yang dipilih menjadi adun dan ahli parlimen elaun mereka tetap jalan cuma buat-buat sibuk sedikit.Ini angah tidak memasukkan bagaimana perasaan mereka-mereka yang sakit sekadar merasakan bagaimana perasaan mereka-mereka yang sihat sedangkan angah sendiri adalah terdiri dari mereka yang sedang menjalani rawatan tapi merasakan selagi kekuatan minda ini ada lawan tetap lawan.
Siapa pun kita,dari mana asal kita,apakah kedudukan kita,apakah perjuangan kita tapi satu yang pasti kita jangan lupa bahawa kita sebenarnya hamba dunia,bagaiman kita menjaga serta memimpin,baik diri sendiri,keluarga,masyarakat setempat malah kawasan,negeri dan negara semua itu akan kita bawa disana nanti,asal kejadian manusia dari ADAM A.S serta HAWA dari situ ia berkembang dan berhijrah keseluruh dunia tapi mengapa kita merasakan berpuak-puak,bagaikan adik beradik serta saudara sendiri yangberperang sesama sendiri,untuk apa sebenarnya?jawapannya ada pada kita cuma kita je yang tak nak mengakui kerana masing-masing punyai ego besar di kepala. . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan