Selasa, 9 Jun 2009

PAS,PANAS BERTAMBAH PANAS

Panas sungguh kebelakangan ini lagilah semenjak muktamar Pas yang ke 55,sejak dari hari tu sampai lah kini kisah kerajan perpaduan,pro umno,pro ulama,pro erdogan dengan bermacam-macam istilah entah apa-apa lagi yang keluar memanaskan keadaan dan keadaan ini juga diambil kesempatan untuk umno hidup kembali dan rasanya cerita-cerita berkenaan mereka yang ingin bersengkongkol dengan umno telah angah jelaskan tapi bukan dalam blog ini, sekadar angah reply dalam salah satu blog tapi angah lupa blog mana yang angah jelaskan,angah rasa tahun lepas rasanya,memang tidak dapat dinafikan setiap kisah berbangkit akan bertambah-tambah panas bila blogger bersatu memainkan cerita ini dan bagi angah walaupun blogger mungkin tidak dipandang oleh mereka yang telah berjawatan tinggi dalam parti maupun menjadi ahli dewan negara dan dewan undangan negeri tapi jasa rakyat lah yang paling mereka lupakan.


Kalau nak kita ulangkan cerita ini balik dimana kisah ini bermula alkisah sehingga timbul pengakuan demi pengakuan oleh mereka yang terlibat menafikan perjumpaan dan perbincangan mungkin tidak akan habis 2-3 hari,tapi yang nyata siapa yang mengaku akhirnya bahawa memang ada perbincangan,dan sejarah juga telah berlalu bila TGNA secara ulamanya meminta agar cerita serta berita ini di hentikan seta merta maka sejuklah sekejap isu besar ini,tapi kini bila pewakilan yang entah siapa yang wakilkan mereka memilih pemimpin no 2 maka terserlah lah lagi keegoan pemimpin no 1 dan 2,gamaknya umpama lesen besar jawatan yang mereka diamanahkan buat tempoh 3tahun lagi,tapi ia cuma jawatan dalam parti yang akan bersangkut paut sehingga ke lubang kubur kalau tidak betul bawaannya.


Kalau nak diikutkan perasaan mungkin kisah-kisah ini sebenarnya juga bakal memainkan peranannya,bila blogger sedikit sebanyak menyambung cerita-cerita buat masa ini yang tak habis-habis maka kelegaan umno akan bertambah-tambah,bagaikan ada dirancang supaya kepanasan serta tekanan yang dirasai oleh umno dapat dikurangkan malah ditukar kepada PAS,malah sebahagian blogger mungkin merasakan memang ada musuh dalam selimut yang bertopengkan ulama dan profesional yang berselindung dalam PAS semata-mata menjadi proaksi dan SB bagi pihak umno kerana yang angah nampak biar pun tekanan yang umno rasakan sekarang mereka seperti relax dan merancang sesuatu,jadi PAS serta pemimpin yang lainnya yang betul berjuang dan sayangkan ahli bawahan haruslah melakukan sesuatu yang lebih drastik,janganlah mereka berjubah serta berketayap menjadi penghalang tindakan.


Sebenarnya ketokohan pemimpin no 1 dan 2 ini juga telah diuji dan terbukti memang mereka berdua ini ibarat penuh tidak mengurang pun tidak tapi sejak kebelakangan ini perangai serta sifat mereka ini menyakit kan hati dan mata,sudah masanya PAS perlu lebih berani menerima hakikat bahawa sebenarnya tempoh 50 tahun PAS cuma layak menjadi pembangkang kerana orang -orang begini lah yang merancang bagi PAS untuk pilihan raya,kalau ikutkan sejarah jika tiada DSAI maka tiadalah PR bersama DAP tapi keegoan sebahagian pemimpin PAS merasakan mereka sudah kuat dan hebat,apa pun seperti ada meraikan kejayaan bila mana PAS kini panas bertambah panas oleh mereka-mereka yang terlibat,jadi siapa yang ahli perlu ikut serta istiqamah dalam pimpinan PAS menjadi persimpangan sekarang,pepecahan begini lah yang sekarang ditunggu oleh umno yang mahukan PAS berpecah,jangan lupa yang pasti kuasa sebenar ada pada rakyat yang menjadi "AHLI". . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan