Sabtu, 27 Jun 2009

MAHKAMAH DI MALAYSIA,SIAPA YANG MENGHINA SEBENARNYA

Dari dahulu sampai sekarang,sudahlah hakim dibeli ikut suka orang tertentu yang kononnya menjaga hakim-hakim ini,bila kecoh suatu masa dulu mula lah tubuhkan suruhandiraja nak siasat korek,korek,korek lama-lama siapa yang disiasat dan siapa yang menyiasat diam macam orang dah mati,inilah yang dibanggakan sangat dengan negara yang penduduknya 28 juta tapi pemimpin semua auta.Semua ni gara-gara seorang mahafiraun yang kononnya gila nak berkuasa sampai mati tapi sampai lah ni dia tak senang hidup mati susah hidup lagi lah susah,semua angkara dia sorang ada murid pun macam pondan takut bini,kalau zaman Paklah orang kata anak menantu yang jadi PM tapi zaman Najib erm isteri dia yang lebih berkuasa,UMNO tu buat pekasamlah,ahli serta pemimpin lain langsung tak berani nak bersuara serupa lembu ditarik hidungnya.


Berbalik dari tajuk diatas angah memang merasakan bahawa hakim-hakim ini lah yang sebenarnya yang menghina institusi kehakim selama ini ,dengan cubaan menutup kesilapan mereka maka itu lah yang kita boleh nampak sekarang,lagi pun Malaysia kan ada seorang peguam negara yang terbilang,gemilang dan temberangnya sampai ke seluruh dunia,malah sebenarnya kita sedang diketawakan oleh negara luar yang besar-besar kerana dengan seorang yang entah mana datangnya boleh menipu seluruh rakyat negara ini,mana ada perubahan selama ini baik zaman Paklah yang kononya berjaya tapi hakikatnya dia pun dok tidur tak habis-habis,dia pun tahu bahawa memang Malaysia ini telah parah segi rasuahnya serta salahguna kuasa.


Cerita terbaru berkenaan mahkamah di Malaysia adalah bila mana isu Perak yang tak habis-habis sehinga kini dari satu mahkamah dibawa ke mahkamah yang tertinggi dan dengarnya hakim mahkamah persekutuan menolak untuk mendengar kes Nizar lawan Zambry,bagaikan ketua hakim yang telah dilantik ibarat kepala ikan yang telah busuk maka lu orang boleh pikirlah sendiri,cakap bergegar-gegar nak buat itu ini tapi kena jentik telur dengan peguam negara senyap makan gaji buta elaun itu ini masuk,faedah semua dapat,rakyat apa dapat?kena kelentong dan dibodohkan,yang disiasat korek,korek,korek sekarang dok korek harta yang dia dapat hasil hubungan dengan ahli politik pemimpin tertinggi,bagi angah memang sukar benda ini PR nak benteras selagi negara belum hancur sepenuhnya dengan kehancuran sistem kehakiman dan keselamatan selagi itu lah negara kita dipandang rendah oleh mata dunia.Yang pasti setiap hakim yang tidak menjalankan amanahnya dengan betul pasti rakyat akan membawa ia bersama ke alam kubur. . . . . .

1 ulasan: