Rabu, 17 Jun 2009

HAH KAN DAH MELETUP!!!!!!

Wow semakin hari semakin panas cerira UG,tak habis-habis lagi orang ni kata begini orang tu kata begitu lama-lama keluar cerita ini lagi dboom,bila mana TGNA suruh Nasa Timbalan Presiden PAS keluar parti serta letak jawatan parlimen Bachok kalau sibuk sangat nak UG dengan UBN,nah kita pun nak tunggu apa komen Nasa,bagi angah benda ni bukan sahaja dituju pada Nsa sorang sahaja tapi pada mereka yang dok perkatakan sehingga sampai keluar negara untuk buat PC semata-mata nak terangkan benda umpama mimpi disiang hari,TGNA pun sedar PAS sebenarnya bukannya hebat sangat dibawah ketua H1N1(HADI dan NASA tapi kerana kekuatan ahli serta pimpinan yang betul-betul berjuang bukannya mangkuk hayun segerombolan yang berjiwakan umno.

Mari kita tunggu apa pula komen 3 orang kuat PAS ,Presiden,Timb.Pre serta S.Usaha,apa pun angah berharap janganlah kebodohan ini diteruskan,sudah lupa ke yang DAP dapat bersama dengan PAS melalui siapa,jangan ingat bila dapat jawatan tinggi dalam parti sudah ada lesen besar nak buat ikut suka hati je,ahli bawahan pun bukan nya suka sangat dengan UG,lagi pun selama ini sikap buruk UBN terhadap ahli serta pimpinan sudah tak tertanggung lagi,masa UBN kuat ada tak mereka inginkan UG? tanya pada diri mereka yang nak bersangka baik kononnya tapi itu lah perangkap yang memang dimainkan oleh UBN,masakan kita lupa semua badan berkanun,keselamatan,askar serta polis,kehakiman,SPR,SPRM,Mufti serta banyak lagi yang dipergunakan untuk menentang kita,apa ni pun tak boleh nak ingat dan fikir ke?

Bukan bermakna kita nak membalas dendam tapi perjuangan kita bersama PR baru bermula mengapa perlu dilupakan bila bangsa Cina serta India sekarang sudah mula menyedari apa itu Islam malah kini ramai yang menyertai kelab penyokong PAS,jadi untuk apa semua ini kalau tidak ada musuh dalam selimut yang sibuk memecah-belahkan penerimaan baik semua kaum terhadap PAS,ingat apa kah PAS UNTUK SEMUA hanya retorik sahaja?Kita pun mungkin tak tahu apa akan jadi terhadap PAS pada masa akan datang kerana selagi kita bernama manusia siapa pun bisa berubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan