Angah bukan nak menyebelahi sesiapa malah sedikit pun tidak menyalahi sesiapa tapi kita kena lah istiqamah dalam melakukan sesuatu,ini bila kata si NAJIB mungkin mereka akan menghadapi lalaun sukar sema sa PKR di Manek Urai maka janganlah mengambil jalan mudah dengan mengataka bahawa Najib pun mengaku UBN sudah kalah,ini politik setiap perancangan mereka mau pun kita masing-masing pun tak tahu cuma mainan politik bagai kan "chess" yang boleh serang dan undur,apa pun kita seharusnya menjalankan tugas seperti biasa,perlunya ada kerjasama antara parti dalam PR,malah kalau nak dikatakan selama ini setiap parti menubuhkan kem-kem yang berlaianan tempat maka sekarang lah masanya agar 3 parti ini dalam PR berkongsi tempat yang sama agar setiap info serta perjalanan dapat diselaraskan bersama serta erapatkan lagi hubungan sesama ahli.
Pengalaman sepatutnya mendewasakan kita,biarpun baru semusim PR bersatu dalam menghadapi UBN,maka tunjukkan lah kepada rakyat selain UBN yang boleh memerintah maka mereka ada pilihan lain iaitu PR yang benar-benar berusaha menjaga rakyat secara adil dan saksama dan agama menjadi pegangan dalam menjalankan hal-hal politik,kita seharusnya sudah kedepan dalam menangani segala masalah rakyat,tapi nampaknya ada masanya PR mengikut rentak UBN seolah-olah melayan kerenah UBN yang semakin merundum jatuh dan lari dari jalan sebenarnya.Ingatan ini sekadar perhatian yang mampu angah ketengahkan dalam blog angah yang tak sebeberapa ini,malah angah percaya bukan ramai pun yang melayari blog nyamuk ini tapi selari boleh berinternet selagi itu lah angah akan gunakan masa yang berguna ini untuk berblogger dan yang pasti siapalah kita untuk menjadi sesiapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan