Isnin, 22 Jun 2009

UG,BETUL KE DAH SELESAI?

Perang dingin antara pimpinan tertinggi PAS berkenaan UG tempoh seminggu dua kebelakangan ini sedikit sebanyak menarik perhatian ramai orang terutama isu ini menjadi perhatian pemimpin UBN yang mengambil kesempatan agar ia dapat memecah belahkan PR,tapi kerana ketegasan yang ditonjolkan oleh TGNA mematahkan sebarang usaha cuba memecahkan kekuatan serta perpaduan dalam PR itu sendiri,dan sehingga pengumuman dari TGNA bahawa mulai minggu ini akan ada perjumpaan antara beliau dengan pimpinan tertinggi mengenai masalah ini dan khabarnya perjumpaan telah diadakan pagi tadi dan kata putusnya tiada lagi usaha kearah ini dijalankan dan semua perhatian serta tumpuan adalah untuk menguatkan saf pimpinan serta pakatan rakyat amnya.


Usaha yang dlakukan oleh TGNA serta pimpinan pakatan rakyat yang lain ini juga sedikit sebanyak telah dapat meredakan pergolakan dalam parti PAS malah keberanian 10 MP yang mengatakan sokongan kepada TGNA sebenarnya adalah penyebab kuat mendorong perjumpaan pimpinan tertinggi PAS malah diakui oleh Presiden PAS sendiri bahawa isu ini sebenarnya adalah mainan UBN danbaru petang tadi 3 pimpinan utama PR yang diketuai oleh DSAI mengumumkan bahawa tiada UG buat UBN.


Bagi angah selagi ada rasa muslihat oleh pimpinan tertentu selagi itu usaha ini akan dapat dibau oleh rakyat yang perihatin,malah mereka yang berblogger juga akan memerhatikan mereka-mereka ini yang telah serta sudah tersenarai pemimpin yang perlu diberi perhatian penuh,kini nasib mereka-mereka ini yang diamanahkan jawatan tertentu akan berantung kepada tindak tanduk mereka sendiri,peluang bakal diambil bila blogger mendapat info-info dari semua pihak dan mata-mata.Ingatan serta perhatian bagi yang merasakan kekecohan ini berlaku disebabkan kesilapan serta keegoan diri sendiri ini lah masanya untuk membuktikan bahawa sikap bertanggungjawab itu ada pada diri seseorang pemimpin,ambillah rasa tangungjawab itu dengan amanah serta apa pun tindakan yang diterima atau bakal diterima semuga ia menjadi contoh pada pemimpin akan datang.


Pastinya pada penyokong serta pengkritik anggap ini lah sebahagian dari asam garam kehidupan berpolitik,siapa pun kita sebenarnya menunjukkan itulah sebenarnya diri kita,musuh akan mengambil kesempatan sekiranya kita memberi muka terhadap mereka,beranggapan yang merasakan diri kita baik untuk melakukan sesuatu tapi disebalik itu mungkin terlupa sejarah di mana kita telah ditindas terutama mereka ahli bawahan.Ingatan lagi biar pun katanya isu ini telah selesai tapi pemerhatian orang ramai serta ingatan mereka tidak boleh kita padam,ketidak percayaan pasti menjadi agenda pemimpin tertentu agar dapat kembali menagih serta mengekalkan kedudukan mereka melalui wakil semasa pemilihan dan apakah sebenarnya tugas wakil ini kini menjadi tanda tanya,apa kah mereka telah menjalankan tugas mereka dengan ikhlas serta benar?????????


Tiada ulasan:

Catat Ulasan