Selasa, 9 Jun 2009

BESARNYA LESEN MENJADI PEMIMPIN

Semalam selepas habis dari dialisis angah tak terus balik sebab musim cuti ni angah tak kelam kabut nak ambil anak,jadi angah luangkan masa di centre sekejap,lagi pun selepas makan tengahhari bersama adik bila jalan ke kereta rasanya macam nak pitam,lepak dulu dicentre sambil menyejukkan diri,barulah angah balik ke umah,rasanya badan memang sudah terasa nak demam,balik ke umah mungkin tahan sakit tu yang terasa nak demam,telan ubat tahan sakit alhamdulilah ada perubahan sampailah kepetang,petang pula kawasan sekitar ada semburan untuk mencegah denggi,maka ramai lah orang dok lepak kat luar rumah sebab semburan membabitkan semua rumah,mana yang nak sembur dia orang buka lah pintu tapi grilled kunci man lah taukan,tapi bukan ini yang angah nak bercerita pagi-pagi sebelum subuh ni,terkejut gak kan macam mana orang sakit ni boleh berjaga waktu-waktu begini. . . . . .


Memang selalunya angah berjaga waktu begini,tapi bila semalam sambil layan baca majalah angah telah tertidur awal dengan anak yang kecil,rasanya jam 9.30 malam angah dah berlayar jauh,sedar-sedar jam 2.30 pagi itu pun tersedar bila isteri nak ambil bantal mungkin nak lepak kat luar sebab baru balik dari kerja,bila dah terjaga tu yang jadi macam ni,layan pulak tv bola sepak live,sambil mata dok melilau sana sini,buka lah kawan peribadi masuk alam maya maklumlah seharian tak buka laptop ni tak tahu cerita baru dan bila dah masuk banyaklah cerita-cerita yang tak puas hati dengan PAS,dengan pemimpin atasannya yang sudah carca marba,dengan komen dari teman dalam PR berkaitan sister in islam nya,banyak lagi lah,umpama rumah dah cantik berdiri tapi pahat dok berbunyi-bunyi rasanya banyak yang tak kena.


Rasanya mengenai sister i islam ni kenalah Muslimat PAS memainkan peranannya lebih banyak lagi,beranikan diri duduk bersama berbincang sesama disamping boleh memberi serta menerima pandangan masing-masing tapi iitu bawa-bawa lah berbincang sesama PR dahulu sebelum melakukan sesuatu,barulah kefahaman dapat disalurkan dan angah tak nak sentuh bab ini,apa yang angah nak kisahkan adalah mengenai 2 pemimpin atasan yang sorang menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden dan yang sorang undi nya dikira lebih 6 jam untuk 1000 pengundi bagi jawatan timbalan.Rasanya sudah lebih setahun lepas PRU12 kisah mamat 2 orang ni yang nak "menyelamatkan umno" tak habis-habis diperkatakan,agaknya bila dah ada jawatan tertinggi lesen nak buat apa pun besar juga agaknya ek. . . . ,tanya lah pada diri tu,PAS FOR ALL untuk siapa sebenarnya?untuk umno ke atau untuk orang agama lain selain islam,dan untuk apa bersatu bergabung dalam PR jika PAS dok sibuk-sibuk nak menyelamatkan umno.


Bagi 2 orang berjawatan presiden dan timbalan ni angah sekadar nak ingatkan walaupun pada dasarnya mana lah pemimpin-pemimpin nak baca blog nyamuk begini tapi bersuara tetap bersuara,ingatlah kisah lalu bagaimana PAS dipermainkan,ingatlah bagaiman kisah kesudahan memali,ingatlah bagaiman pemimpin PAS yang lain diISA kan,ingatlah mengapa orang cina dan india menyokong perjuangan,ingatlah bagaiman ahli bawahan bertungkus lumus serta sengsara melawan umno serta tekanan kerajaan umno,ingatlah peringatan TGNA yang sudah memimpin kerajaan negeri Kelantan lebih 18 tahun,ingatlah roda pasti akan berpusing dan yang paling kena ingat "TANGGU PASNGJAWAB dan AMANAH"semua ini akan ahli-ahli bawahan akan ingat selamanya.Menjadi pemimpin buka bermakna lesen anda sudah besar hingga boleh buat apa yang anda suka,cukuplah denga polis serta hakim menggunkan lesen yang ada pada mereka janganlah ditambah dengan pangkat ulama untuk membesarkan langkah 'SONGSANG'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan