Rabu, 3 Jun 2009

RUNTUH-RUNTUH NI TAK RISAU KE?

Tanda-tanda dah nampak dah,mula dulu tanah runtuh kat bukit antarabangsa,ada jiwa gak yang jadi mangsa,rumah pun banyak yang terbabit,baru-baru ni pasaraya yang sedang dibangunkan semula juga runtuh kalau tak silap 7 jiwa menjadi mangsa,dan yang terbaru stadium di Gong Badak pula yang menjadi mangsa runtuhan terbaru semua ini tanda bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku,kita merancang tapi Allah tentukan semoga tiada lagi perkara yang besar serta menakutkan berlaku tapi kalau umno nak runtuh lantaklah dah lama dah menjahanamkan negara cuma balasan je yang belum terima.

Tapi dalam 3 runtuhan ini cuma stadium sahaja yang menelan belanja 300 juta yang dibiayai oleh kerajaan menggunakan wang dari rakyat,walaupun runtuhan dibukit antara bangsa membabitkan nyawa serta harta ia juga membabitkan wang tapi banyaknya adalah wang sendiri,tapi bila ini berlaku tanpa permerhatian mereka -mereka yang berkenaan maka najitahnya yang kita nampak sekarang.Memang kita tak boleh nak menafikan bahawa setiap kejadian pasti ada yang membabitkan alam sekitar,tapi disebalik kejadian itu juga berpunca juga dari sikap rakus manusia,dan rasanya kita juga boleh menilai kejadian di bukit antara bangsa,supermarket serta stadium dimana silapnya berlaku,apa pun bukan itu yang menjadi persoalan angah ,cuma angah timbulkan perihal runtuh-runtuh ni supaya mereka-mereka yang berkenaan kena lah berkerja lebih keras lagi untuk memastikan struktur-struktur bangunan dinegara kita ni masih dan sedang lagi kukuh.

Kroni tetap kroni tapi kena lah bertangungjawab bila kejadian begini berlaku,walaupun mungkin tiada nyawa terlibat tapi wang yang digunakan mungkin telah disalah gunakan,malah ramailah poket yang penuh dengan penipuan begini dan pastinya wang rakyat hilang tanpa dikesan.Yang pasti perbuatan jahat serta penipuan mereka yang memerintah negeri Terengganu cuma bertahan selama beberapa tahun sahaja malah stadium itu pun baru digunakan setahun setelah dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agung Tuanku Mirzan malah nama stadium itu juga menggunkan nama Baginda.Ramai yang dok tunggu bila lah umno nak runtuh dan ranap segalanya malah bangunanya pun juga turut sama,tapi ini bukan pilihan kita sebab kebencian melonjak-lonjak kebelakangan ini bila kejahatan umno terserlah sepenuhnya,bila lah umno nak berubah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan