Selasa, 31 Mac 2009

BUKIT GANTANG! ALTANTUYA TARAK KASI

Wow nampaknya mereka dan keluarga mereka benar-benar takut bila nama Altantuya disebut-sebut diPRK Bukit Gantang,dan dengarnya polis telah menambahkan senarai termasuk isu Altantuya tidak dibenarkan menjadi isu semasa kempen pilihan raya kecil,perhh takut beb nanti betul-betl roh dia datang meletup laki najibs mana nak sembunyi,apa punya turr lah dia orang ni,dah namanya pilihan raya apa pun isu kena lah diberikan perhatian dan peringatan,yang polis dok sibuk-sibuk ini tak boleh itu tak boleh apa  ke jadahnya?


Altantuya tak boleh Siti Aminah binti Abdulah boleh ke?arwah Siti Aminah?2-2 pun tak boleh gak sebabnya menjejaskan bakal PM naik takhta,lagi pun cuma orang UMNO Malaysia sahaja yang kebulur nak Najisb jadi PM orang luar negara dah ramai kutuk mamat ni,orang-orang PR lagi lah ada yang benci ya amat,woiii umno lu orang ingat itu sahaja ke isu yang PR nak bawa,ingat pepatah berani kerana benar takut kerana salah?takutlah tuuu,hantantuya,sebenarnya banyak lah isu yang bakal mengegarkan Bukit Gantang nak di keluarkan semasa kempen cuma tak nak bagi hint je,tau lah kan umno dah desprate nak kalah jadi kalau dah berani rampas negeri pas tu nak simpati orang alamat nak kena baling dengan taik le.


Hukum karma kalau orang bunuh orang dah tentu mati kalau tak terbunuh mesti kena bunuh balik,bab ni kalau tak percaya cuba perhatikan sistem hukuman dunia,cuma masa je yang menentukan,isu Altantuya ni sebenarnya bagi mereka yang berkenaan sahaja yang akan mengalaminya seumur hidup,apa pun jawatan yang disandang pasti ia akan dikejar bayang-bayang hantutuya. . . . .

Isnin, 30 Mac 2009

INI PUN ORANG TAK NAMPAK!!! BUTA HATI LAHHH

Layan dulu cerita ini,bab pemimpin macam ni lah yang sebenarnya orang dok suka,bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa tapi bila kita telah menjadi pemimpin keluarga yang berjaya pasti kita juga mahukan pemimpin masyarakat yang juga telah berjaya terhadap keluarga mereka serta tanggungjawab yang telah diserahkan padanya,jadi aku sekadar nak copy dan paste dari blog matsamankati,harap-harap beliau halal dunia akhirat untuk dikongsi info ini serata alam maya

Nuffnang Ads

MB dia..Calon dia..Imam pun dia.

BY MATSAMANKATI AT ,

Bukan senang nak cari orang yang boleh buat serba-serbi. Kalau nak maki hamun…yang tu Perak Bangkit pun boleh buat. Kalau nak jadi tukang bodek, yang tu bagi kat Gomo. Tapi kalau nak jadi MB, nak jadi Imam, nak jadi Ir..kat Perak ni cuma ada sorang saja.

Tu pasai ada orang sakit hati bila Nizar diminta menjadi Imam. Tu pasai ada orang yang sakit hati Nizar jadi MB. Dan lebih sakit hati…bila tengok Nizar lebih diterima di Perak berbanding MB Haram Umno/BN.

Pagi tadi…masa aku tengah syok tidor…dapat satu call tentang satu kematian di Taman Damai. Bagi aku..kematian satu perkara biasa. Tapi dalam hal ini, aku diminta supaya pi tengok jugak.

Bila aku sampai dimasjid Pengkalan Aur, Nizar sedang mengimamkan solat zohor. Pada aku…ini bukan luar biasa. Tapi bagi puak belah nun..ini sudah luar biasa. Kot-kot la Pak Lah boleh jadi imam…tapi yang nak ganti Pak Lah ni boleh ka?

dsc09831Lepas solat zohor, Nizar mengimamkan solat jenazah. Bukan aku nak kata orang lain tak boleh nak buat, tapi pasai apa tak panggil Zamry ka..Mail Sapian ka? Atau pun… dah panggil…tapi depa tak upaya? Ataupun..Zamry dengan Mail tak bangkit lagi…pasai malam tadi karaoke sampai pagi kat Bilik Gerakan Pemuda UMNO Simpang kot?

Dari masjid, terus ke tanah perkuburan. Aku dok peratikan jugak kot-kot ada imam puak nun yang nak rampas mikrofon. Tapi tak dak jugak. Last-last…kat Nizar jugak la depa tala.

dsc09840Nasib baik la Nizar ni boleh harap. Kalau nak harapkan puak nun…susah sikit la. Takat pulun komisyen boleh la.

PERHHH,MADEY NAK JADI PENASIHAT?

Tahu dah,banyak sangat mat-mat bodek dalam pimpinan umno baru,nak lantik madey jadi penasihat ke?lantiklah kan umno baru tu dia yang punya,lagi pun paklah dah nak pencen ini lah masanya di kembali menjadi pemimpin mengunakan Najib,jadi apa yang bakal di lakukan semuanya adalah dibawah pimpinan Najib dan sekutunya,memang inilah yang dia tunggu,apa yang dalam umno tu yang veteren seperti Kuli,tak boleh jadi penasihat ke?nampak sangat lah pimpinan baru ini tak ada keyakinan langsung malah mereka lupa siapa sebenarnya Madey ni,kan dia ni yang menjatuhkan nama umno,dasar melayu umno mudah lupa. . . . . .

Bagus lantik lah si Madey ni jadi penasihat,kalau boleh ketepikan orang-orang lama dalam umno tu,lantik mereka yang baru kerana orang baru pasti akan ikut perintah kerana nakkan jawatan tertentu dalam kerajaan bukan susuah pun sebab itu lah umno sebenarnya,lepas tu lantik lah anak Madey ni jadi menteri bla bla bla,si Khairy itu buat tak tahu je,paklah dah tak de,jadi ikut suka Najib dan Madey lah,nak lawan Lee Kuan Yew ke Madey?lawan,lawan,lawan bagus bagus bagus,bukan orang tak tahu orang banyak musuh ni selagi musuhnya hidup dia mana senang nak mati kalau boleh dia nak pastikan musuhnya mati dulu sebelum dia,takut anak dan cucu dia lak kena balas,perhhh dunia-dunia.

Sebenarnya umno ni memang dah nak karam,sebab tu lah karma yang dilalui oleh umno tu kembali kepada yang empunya diri,jadi tunggu sahaja Madey ni masuk balik dan baru lah karam betul akan jadi dan mana-mana yang masih diberikan petunjuk ini lah masanya untuk berhijrah,umno bukan parti politik bangsa melayu dah ia sekarang parti politik kaum elites yang jaga orang kaya raya dan juga kroni-kroni mereka serta kaum keluarga. . . . . .

Ahad, 29 Mac 2009

PENAMAAN CALON TELAH SELESAI

Hari ini di 3 tempat pernamaan calon dijalankan iaitu di p.59 Parlimen Bukit Gantang,dun Bukit Selambau dan Batang AI telah selesai dijalankan,alhamdulilah kesemua wakil pihak PR telah berjaya menempatkan diri mereka bertanding dan bagi parlimen Bukit Gantang PR diwakili oleh MB Perak yang masih dianggap sah lagi oleh rakyat Perak iaitu DS Mohd Nizar Jamaludin dari PAS,sementara itu di Bukit Selambau pula PR diwakili oleh S.Manikumar dari PKR dan di Batang AI pula diwakili oleh Jawah anak Gerang dari PKR.


Bagi Parlimen Bukit Gantang khabarnya semasa pernamaan calon terdapat lebih dari 50 ribu penyokong datang dari berbagai tempat dan negeri sekadar untuk memberi sokongan serta bersama-sama meraikan pilihan raya kecil yang bakal dijalankan pada 7 april ini,dengan 3 orang calon iait dari BN dan bebas menjanjikan satu petandingan yang menarik kerana Parlimen ini dulunya adalah kepunyaan calon dari PR sebelun beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.


Bagi dun Bukit Selambau pula yang diwakili oleh S.Manikumar dari PKR kini beliau bertanding 15 penjuru dimana terdapat 13 calon bebas dan 1 calon dari BN M.I.C.menjadikan jumlah keseluruhan adalah 15 orang dan ini juga menjadikan sejarah dalam pilihanraya kerana inilah jumlah terbanyak yang masuk bertanding dalam satu kawasan.


Kawasan Batang AI pula yang dijangkkan akan melihat pertandingan 3 penjuru tapi disaat akhir calon bebas menarik diri dan berjanji memberikan sokongan terhadap calon dari PKR iaitu Jawah anak Gerang sementara lawannya adalah dari BN iaitu Malcolm Mussen anak Lamoh.Kini kesemua calon telah berjaya menempatkan diri mereka dan kesemua calon ada masa 9 hari untuk membawa agenda masing-masing.


Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menunjukkan kepada siapa sokongan mereka sebenarnya,bagi PR inilah masanya untuk membuktikan bahawa inilah masanya perubahan dilakukan bagi menunjukkan rakyat sebenarnya mahukan sesuatu yang baru yang bertuankan rakyat sendiri.

Sabtu, 28 Mac 2009

MASIH LAGI PERCAYA DENGAN MAHATHIR KE?

Mahathir semalam dalam blog nya ada mengatakan mengapa beliau tak mahu menghadiri PAU ke 59 dan dengan bongkaknya umpama dendam atas kekalahan anak beliau bertanding jawatan ketua pemuda umno dan hari ni jam 12 lebih beliau mengejutkan perwakilan serta pemimpin umno kerana menampakkan batang tubuh beliau disaat terakhir PAU.Walaupun kedatangan beliau dilihat untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa umno masih lagi kuat tetapi apa yang banyak diceritakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan dalam umno serta ahli seperti dalam blog-blog menyatakan bahawa memang umno sebenarnya sudah bungkam hampir karam dan pecah berkecai.


Kehadiran Mahathir serta gaya mesranya terhadap PM paklah terserlah masih lagi mengangap paklah musuhnya walaupun paklah menunjukkan contoh terbaik tidak mempertahankan jawatan presiden sepertinya yang menghalang orang dari bertanding jawatan tersebut,malah anak menantu paklah pun yang menang ketua pemuda masih lagi ada perwakilan serta penyokong yang kalah mengeboo khairy,walaupun sekapal tapi hakikatnya terdapat jurang perpecahan yang besar berlaku,dan banyak komen dalam blog bagaimana sikap Mahathir terhadap Paklah dan bagi kita apa pun sikap Mahathir sebenarnya ia tersangat lah suka berdendam dan berpura-pura,kerana selagi musuhnya tak ditamatkan kerjaya politik maupun mati selagi itu dia harus hidup untuk meneruskan ajenda tersebut.


Mengapa harus keluar dari umno baru yang ditubuhkannya sendiri,walaupun kebencian terhadap paklah melimpah ruah sedangkan paklah itulah pilihannya sendiri,ketulahan lah tu tapi tak boleh dan mahu menerima kesilapan sendiri,hakikatnya walaupun pernah menjadi PM selama 22 tahun lebih tapi sikap sombong beliau sebenarnya membuat ramai orang serta rakyat membenci dan kini namanya memang sudah tercemar kerana kezaliman yang telah dilakukan terhadap ramai pemimpin malah katnya ia akan kembali masuk umno setelah paklah meletakkan jawatan,apakah pemimpin umno yang ada sekarang ni bodoh seadanya?


Siapa sebenarnya yang menghancurkan nama umno,jangan buat-buat lupa,sejarah telah membuktikan,mereka-mereka yang bodek sahaja yang menerajui umno dari dahulu sehingga kini,dan kini umno terdiri dari anak beranak pimpinan umno dahulu kerana umno parti keturunan kaum elites yang kaya raya.Menjelma nya Madey pada hari ini mesti ada sebabnya,malah sebabnya mungkin mereka-mereka disana sudah tahu malah bagi kami rakyat pejuang pakatan rakyat yang ditakuti serta digeruni oleh perwakilan umno disebabkan perkataan sahaja,memang tidak akan percaya apa pun yang diucapkan oleh Mahathir cuma Ibrahim Ali sahaja yang dok lagi memuja Mahathir sehingga kini,paklah kuasa masih lagi di tangan kau,kerana rakyat akan meminta kau bertanggungjawab dunia akhirat kerana kau cucu seorang ulama,kau pun sedar betapa besarnya kebencian madey terhadap kau dan menantu kau sorang tu. . . . . .


Pak lah kalau kau masih lagi percaya permainan si Madey ni ikut suka hati kau lah,bagi kami Umno dah nak karam dan karamnya umno disebabkan oleh nakhoda serta pimpinan nya,karma dunia haruslah kena terima kerana kezaliman terhadap rakyat juga dari umno malah ramainya lembu-lembu ditarik hidungnya juga disebabkan umno,malah melayu lupa diri pun sebab kan umno,ugama disisih pun disebabkan siapa?sedangkan manusia yang hidup pasti mati apalagi sebuah parti. . . . . . . .

Jumaat, 27 Mac 2009

SHAHRIL,PERLI BAGUS PUNYA

Rasa malas nak buat posting ni  tapi sekadar nak copy dan paste je dari malaysiakini,hidung dah 2 hari keluar air je,tisu dah berlambak terbuang,ubat dah tak jalan,cuma bila terbaca posting ini seperti si Shahril perli semua orang,merajuk pun ada,kutuk pun ada,apa pun kita layan lah perasaan dia orang.

Shahrir letak jawatan menteri
Mar 27, 09 12:27pm

Setelah tewas semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini.

Beliau akan mengemukakan surat tersebut dalam mesyuarat mingguan kabinet pada hari berkenaan, lapor the Star.

Shahrir gagal mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi yang ditandinginya dalam pemilihan Umno semalam.

Seorang lagi menteri Datuk Azalina Othman Said juga tidak tersenarai dalam barisan 25 anggota majlis berpengaruh itu.

Selain mereka berdua, lima timbalan menteri dan empat menteri besar turut tewas dalam pertandingan sengit itu.

Shahrir yang juga ketua Umno bahagian Johor Bahru berkata, keputusannya untuk meletak jawatan itu adalah muktamad.

"Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota  MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri," katanya.

Shahrir memberitahu pemberita bahawa adalah sukar melaksanakan tugas menteri tanpa sokongan daripada parti, lapor Bernama.
    
"Kita kena ada prinsip dan kena patuh. Dalam politik terutamanya, kerja kita akan lebih mudah kalau kita mempunyai kekuatan moral. 

"Jika kita tak ada kekuatan dan sokongan parti, kita tak boleh berdepan dengan  pentadbiran, rakyat dan pembangkang dalam melaksanakan tugas kita.
    
"Umpamanya saya (sebagai) menteri kena hadir di Parlimen. Bagaimana saya nak menjawab soalan dengan begitu yakin kalau saya tak dapat sokongan dari parti.
    
"Itu jadi masalah bagi saya. (Orang akan mengatakan) YB ini, parti pun tak terima, kalah dalam pemilihan parti, macam mana boleh jadi menteri," katanya.

ANAK TOYO MARAH TAK DAPAT JADI KETUA

Hari ini di pwtc semasa sidang akhbar anak toyo si khir marah dengan mengatakan ini semua disebabkan PR punya angkara sebab PR dok sibuk keluarkan cerita itu ini dan juga berkenaan balkis dan juga pengurusan PNSB dan ini semua menjejaskan nama beliau untuk menang jawatan ketua pemuda yang ditandangi sama Khairy dan Mukhriz.Seperti orang yang ingin mencari simpati dan cuba menyalahkan orang lain ini lah sifat si khir yang lupa dan bodoh.


Mari kita tanya dia sikit yang dok pi PAU tu sapa sebenarnya?bukan ke semua yang datang tu perwakilan umno,dan yang nak mengundi tu pun untuk jawatan yang ditandingi pun perwakilan umno juga kan,jadi apa ada kena mengena dengan PR,tu hah si Khairy yang dah terang-terang salah rasuah napa boleh menang?tak berani ke nak tuduh Khairy rasuah,dengar ada cerita 90 perwakilan dah kena beli dengan si Khairy tak kan orang umno sendiri tak tahu?dalam blog dah keluar cerita ni khir,tak baca blog ke?sibuk lah tu.


Khir,macam ni lah kalau tak dapat jadi ketua pemuda umno,apa kata kau cadangkan pada Khairy minta suruh dia lantik kau jadi ketua pemuda jawa umno baru gempak satu Malaysia tu Khir,dan kau lantik lah pulak penolong kau tu dr.Karim Mansor yang dulu kecoh pasal babi  kat Selangor rupanya dia yang nak jaga babi-babi kat Selangor tapi terlepas kerana PR ambil alih Kerajaan Negeri.Tu lah lain kali jangan bagi orang penyapu untuk malukan orang,suwey tak habis-habis makan tuan ketulahan lah,sekarang tengok isteri  dengan kau pun sekali dimalukan,duit banyak bawa-bawalah pi duduk kat mekah tu kan dah ada rumah atas nama kau tu kat sana,nanti 5-6 tahun balik lah Malaysia dengan gelaran ustaz pulak,insyaallah. . . . .

Khamis, 26 Mac 2009

KELAKAR ALI LAST TERM!

Santai jap,sambil layan apa yang patut mari kita baca apa yang Husin lempoyang tulis dalam blog dia,asyik stress dengan politik je sekali-sekala layan jiwa,

Master Lee, seorang pakar fung shui yang berasal dari Melaka segera memandu ke Melaka sejurus mendengar khabar Dato Ali Rustam mahu bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk tahun pemilihan ini. 

Ali baru saja dapat satu penggal sebagai Naib Presiden dan dia bukan mahu sangat. Malangnya Dolah suruh dia lawan Muhyiddin. 

Dalam satu jam lebih, Master Lee dapat sampai ke Graha Menteri Besar Melaka dari pejabatnya di Petaling Street kolumpo. 

Sesampainya, dia tinggalkan keretanya untuk anaknya bantu parking kereta dan berdegas-degas berlari segera ke tingkat pejabat MB. 

Sesampainya, dia terus merempuh masuk bilik MB dan terjerit-jerit, "Latok latok, lu jangan lawan itu muyitin."

Ali yang memang kenal Master Lee terkejut melihatnya bergelut dengan pengawal di hadapan matanya. Dia suruh pengawal benarkan dan cuba mententeramkannya duduk dulu.

Master Lee ters menyambung, "Jangan lawan Timpalan. Fung shui lu talak baguit. Wa cakap lu tak bole menang. Nanti macam-macam boleh jadi."

Ali terkejut dengan gesaan Master Lee. 

"Saya orang Islam tak boleh percaya fung shui Master Lee."

Oleh kerana ingin tahu, dia bertanya, "Kenapa lu cakap tak bagus, Master Lee?"

"Tak boleh, tak boleh lawan. Lugi negeri Melaka nanti. Lu tak boleh lawan pasal nama lu Ali last term."

RASUAH!KETUA PEMUDA UMNO DIPALIT TAIK

Walaupun disahkan melakukan kesalahan dalam pemilihan pucuk pimpinan pemuda yang dibentang oleh lembaga disiplin umno  baru-baru ini dan dibenarkan bertanding dan kini telah sah bahawa anak menantu paklah si Khairy menjadi ketua pemuda umno yang baru menggantikan si Hishamudin anak Hussien semalam dalam suasana yang tegang bila mana penyokong 3 calon ketua pemuda bercakaran sesama mereka sehingga menyaksikan pihak berkuasa campur tangan menghalang dari berlakunya perkara yang lebih besar.


Patutlah setiausaha umno melarang media online melapurkan dari dalam dewan kerana beliau sudah tahu bahawa perkara ini akan berlaku,dan umno memang sinonim perkara-perkara begini,walaupun satu parti sebabkan sokong membawa rebah apa pun jadi boleh terjadi,macam mana nak bersatu bertanding pun dah berrebut jawatan sebab kan perkara tertentu,lagi pun umum sedia maklum bagaimana kesalahan yang telah disahkan tapi kebenaran bertanding dibolehkan menunjukkan bahawa memang terdapat sikap pilih kasih dalam menangani rasuah umno.


Bagi kami penyokong PR,ucapan tahniah buat Khairy Jamaludin yang telah berjaya menjadi ketua baru pemuda umno dan ia juga sebagai bonus bagi mana-mana musuh Khairy sebenarnya kerana kesalahan rasuah pun boleh menang dalam pemilihan ketua,ini sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan dalam umno dan diri Khairy sendiri walaupun apa alasan beliau tetap masyarakat luar serta ahli umno pertikaikan.Apakah penyokong Khir serta anak Mahathir mahu mereka diketuai oleh ketua baru yang disabitkan kes rasuah?itu menjadi pertanyaan yang boleh dijawab semua orang dan bonus-bonus ini juga akan diminta dijawab di 3 PRK oleh pihak-pihak yang berkenaan.



Rabu, 25 Mac 2009

PENTING NI,BERAPA RAMAI DAH KENA DENGGI

Mari kita perhatikan perkara ini,kerana denggi sekarang menjadi ancaman kesihatan yang utama,malah kerjasama antara semua harus dipertingkatkan,pihak-pihak yang berkenaan harus peka dan menjalankan tanggungjawab dengan betul agar kesihatan masyarakat  dapat dipertingkatkan dibawah ini aku cuba buat sedaya boleh untuk berkongsi info yang aku ambil dari  myhealth.gov.com.Status sehingga 21 mac bagi tahun 2009 dan perbandingan bagi tahun 2008 dalam tempoh yang sama akan dicatit,termasuk minggu 10 dan minggu 11/2009.

1.Di Perlis sehingga 21 mac 2009 seramai 38 orang pesakit telah dijangkiti penyakit demam denggi,dan bagi minggu ke 10/2009(8-14mac)seramai 2 orang pesakit dijangkiti bagi minggu ke 11/2009(15-21mac)seramai 5 orang telah dijangkiti bagi tempoh yang sama tahun 2008 sejumlah 24 orang pesakit dikesan ini menunjukan peningkatan seramai 14 orang dalam tempoh yang sama.

2.Di Kedah pula terdapat seramai 308 pesakit sehingga mac 2009 berbanding tahun 2008 terdapat 256 pesakit dan bagi minggu ke 10/2009 terdapat 6 orang pesakit,bagi minggu ke 11/2009 pula 17 orang pesakit telah dikesan,seminggu kenaikan mendadak 11 orang,perh ramai tu,orang Kedah hang kena ambil pot benda-benda ni penting kesihatan ni,tak jaga macam mana nak berjuang.

3.Pulau Pinang sehingga mac 2009 seramai 634 orang dijangkiti demam denggi berbanding tempoh yang sama tahun 2008 seramai 383 orang sahaja dan bagi tempoh minggu 10/2009 ada 25 orang telah dijangkiti demam ini dan bagi minggu 11/2009 meningkat kepada 32 orang,nampak gayanya semua kearah peningkatan.

4.Perak nampak gaya nya menjadi negeri yang nyamuk suka datang jatuh no 3 dimana seramai 1123 orang telah digigit nyamuk adies sehingga mac 2009 berbanding tahun 2008 terdapat 383 orang pesakit yang sama,bagi minggu 10/2009 seramai 72 orang dan bagi minggu ke 11/2009 pengurangan seramai 55 orang.

5.Selangor menjadi negeri wahid no 1 serangan nyamuk adies ni dimana tahun 2009 mac telah menjadikan mangsa seramai 6893 orang dan bagi tempoh yang sama tahun 2008 seramai 3254 pesakit yang dikesan dan bagi minggu ke 10/2009 seramai 595 pesakit dimasukkan hospital dan bagi minggu seterusnya 605 dengan 1 kematian dilaporkan,Kerajaan PR kena ingat bila negeri maju nyamuk pun ikut maju juga, penyangak lagi lah jangan cerita,sempat dan ada peluang je depa balun.

6.WPKL dan Putrajaya menjadi ikutan no 2 dimana seramai 1123 pesakit  dikesan demam denggi dan bagi tempoh yang sama tahun 2008 seramai 973 pesakit disakiti nyamuk adies ini,dan minggu ke 10/2009 80 orang dengan 1 kematian dilaporkan sementara minggu ke 11/2009 peningkatan seramai 99 orang.

7.Negeri Sembilan pada mac 2009 seramai  226 pesakit juga dikesan disini dan tahun 2008 tempoh yang sama menunjukkan angka 238 yang mengidap demam denggi dan pada minggu ke 10/2009 cuma terdapat 8 orang sahaja dan minggu ke 11/2009 ada terdapat 17 dengan 1 kematian.

8.Melaka pula pada masa yang sama seramai 163 orang telah menjadi mangsa nyamuk sehingga mac 2009 dan 2008 pula seramai 125 orang menjadi mangsa dan bagi minggu ke 10/2009 12 orang dapat makan dan minum free kat spital dan bagi minggu 11/2009 naik menjadi 13 orang.

9.Johor pula mencatitkan seramai 652 pesakit dan tahun 2008 pula seramai 616 orang dicatatkan pada tempoh yang sama dan bagi minggu ke 10/2009 seramai 40 orang dan meningkat seramai 59 orang pada minggu ke 11/2009.

10.Pahang menunjukkan penurunan kerana terdapat seramai 279 orang pada tahun 2009 mac dan tahun 2008 ia seramai 368 orang dan minggu ke 10/2009 seramai 18 orang dengan 1 kematian dan minggu seterusnya turun menjadi 13 orang.

11.Terengganu pula pada tahun 2009 turun menjadi 289 orang pesakit dan tahun 2008 pula disana seramai 434 orang dijangkiti demam denggi,bagi minggu ke 10/2009 pula seramai 33 orang dan minggu ke 11/2009 turun menjadi 17 orang.

12.Kelantan pula tahun 2009 meningkat kepada 399 orang kerana tahun 2008 seramai 341 pesakit dikesan disini dan bagi minggu ke 10/2009 seramai 43 orang dan minggu ke 11/2009 turun menjadi 33 orang.

13.Sarawak pula pada masa yang sama tahun 2009  meningkat kepada 486 orang pesakit dari 339 orang pesakit demam denggi tahun 2008 dan minggu ke 10/2009 pula 35 orang dikesan dan minggu ke 11/2009 naik 1 menjadi 36 orang.

14.Sabah pun pada tahun 2009 menunjukkan kenaikan kepada 269 orang dan tahun 2008 disana terdapat 262 orang dan bagi minggu ke 10 dan 11/2009 terdapat 19 dan 24 orang yang digigit nyamuk adies,sementara itu diWP Labuan seramai 13 orang pada tahun 2009 dan pada tahun 2008 ada seramai 15 orang dan minggu ke 11/2009 terdapat 4 orang demam denggi

Jumlah keseluruhan negara adalah 12,933 pada tahun 2009 sehingga mac sahaja dengan 35 kematian,pada tahun 2008 seramai 8,666 dengan 16 kematian dan dari minggu ke 10/2009 ke minggu ke 11 terdapat kenaikan yang tinggi dari 988 kepada 1029 kes.Ingat nyamuk jangan dibuat main,kalu kena merana jiwa.

MENJADI LEMBU PADA ISTERI DAN KHIR TOYO

Hari ni balik dari buat dialisis terus ambil anak,balik isteri ada di rumah,tak lah letih sangat hari ini cuaca pun boleh tahan,balik lepas rehat sekejap aku pun makan,lepas tu online dulu sambil update antivirus sesambil tu layan jap blog popular,nampaknya hari ni,suasana masih awal lagi,masuk sana masuk sini singgah lah di kelab greenboc dan baca posting pasal si Datin Khairiyah Abu Hassan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB yang aku anggap minah ni adalah lembu dicucuk hidung oleh isteri dan Khir  semasa menjadi MB Selangor dulu,aku rasa nak copy dan paste je thread di dalam kelab greenboc sekadar untuk menambahkan lagi sebaran maklumat keserata alam maya,mari kita layan dan menilai bagaimana mangkuk-mangkuk hayun ini bekerja perabiskan wang rakyat Selangor,

PNSB Ibarat 'Cashier' Untuk Balkis

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dilabelkan sebagai 'cashier' (juruwang) oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Teng Chang Khim pada sesi petang Pendengaran Awam Balkis berkata ini berikutan amalan anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu yang menurut saja arahan atau permintaan Badan amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis) untuk menyelesaikan pembayaran atau memberi sumbangan berkaitan dengan aktiviti atau program anjuran badan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan memberitahu panel Selcat, adalah menjadi amalan biasa bagi pengurusan syarikat tersebut untuk melunaskan ataupun menyediakan sumbangan berbentuk wang ringgit setiap kali diminta berbuat demikian oleh Yang Dipertua (YDP) atau Setiausaha Kerja badan berkenaan.

Ahli panel Selcat, Saari Sungib, yang juga Adun Hulu Kelang turut mengulangi kesimpulan yang dibuat bahawa PNSB sememangnya berperanan seperti juruwang ketika itu apabila bil-bil Balkis yang berjumlah begitu kecil serendah RM180 untuk membeli bakul hadiah pun terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut.

Sepanjang tahun 2002 sehingga 2007, PNSB telah menanggung atau menaja kebanyakan program serta aktiviti yang dianggap mengamalkan pembaziran dan gaya perbelanjaan mewah.

Selcat diberitahu, antara pembelanjaan atau sumbangan yang dilakukan oleh PNSB termasuk:

Selasa, 24 Mac 2009

KHAS BUAT KHIR TOYO!MELAYU MAKAN MELAYU

Masuk dalam maya jalan-jalan  dan singgah sekejap dalam blog anti khir tertarik posting yang dikeluarkan dan berminat untuk copy and paste,moga tuan punya blog izinkan teman ambil thread ini sebagai menyebarkan apa yang patut untuk ingatan mereka-mereka yang mudah lupa siapa melayu makan melayu,




Inilah derita kami




Gambar inilah kebahagian mereka dari derita kami



Sahabat ku
Semalam aku bisikan ke telinga anak kecil ku
Esok lusa jika aku dijemput kembali
Aku akan pergi , jika itu janji aku pada Ilahi.

Kata ku kepada anak ku
Berjanji la kamu,
Sebagai saksi
Apabila syurga kita
Melutut menyembah bumi sendiri
Kerana khianat bangsa kita sendiri
Mereka ragut kebahagian kita
Untuk ketamakan mereka
Dari derita kita
Dari air mata kita
Dari kesengsaraan kita
Dari keringat dan peluh ayah
Dari tangis dan rayuan ibu mu
Dari kesombongan mereka
Dari kuasa bongkak mereka
Dari kezaliman mereka
Dari ketamakan mereka
Dari keangkuhan mereka.
Mereka diri kan istana mereka
Mereka roboh kan mahligai kita

Anak ku
Berjanji lah
Kerana kau juga menjadi saksi
Kerana kau juga yang mengerti
Kerana kita lemah tak berdaya
Kerana kita mangsa haloba mereka

Sahabat ku
Hari ini mereka merayu
Hari ini mereka menagih
Mereka berjanji
Mereka lakukan apa saja
Kerana mereka mahukan kembali
Kuasa mereka
Kerana

Allah SWT
Membalas dosa terkeji
Allah tarik kuasa mereka
Allah tarik keangkuhan mereka
Allah tarik kesombongan mereka
Allah tarik negeri mereka
Allah tarik mahkota mereka

Nukilan : Ayah Kampong Beremban

NO PAU ONLINE!KITA PUN TAK INGIN LAH

PAU,Perhimpunan agung umno hari ini tidak membenarkan media online melapurkan berita dari dalam dewan semasa perhimpunan berlangsung.PAU yang ke 59 yang berlangsung mulai 24 mac-28 mac dibangunan umno pwtc dan perkara tersebut telah disahkan oleh setiausaha umno Tengku Adnan Mansor yang mengatakan bahawa larangan ini bertujuan mengelakkan media online mengeluarkan cerita yang tidak benar mengenai umno.


Oii Tengku,kau pun guna nama tengku tipu lagi nak banyak cekadak,kau ingat kau tak bagi media online depa heran ke?takut membawa rebah lah umno ni,tu lah banyak sangat guna media untuk bohongkan pada rakyat,tipu rakyat guna media pro kerajaan tapi bila media online melapurkan apa yang terjadi maka terbongkar segala pembohongan pihak umnoBN,tu yang dia ni takut sangat,ala umno sikit lagi jadi lah pembangkang,bagi aku biar umno ni tak pupus boleh lah dia belajar jadi pembangkang dan kalau boleh pemimpin mereka kita dedahkan segala macam salahlaku yang telah mereka lakukan.


Bagi pakatan rakyat yang telah benci gila dengan umno ni,dia orang pun tak nak sibuk sangat dengan PAU ni,dah tak heran dah lebih-lebih lagi dengar nama Najib,mati hidup semula pun tak ingin dengar mamat ini jadi pemimpin negara,Tengku palsu ni pandai pula cakap ,kononnya media ni melapurkan cerita yang tidak benar mengenai umno,tapi selama ini media depa melapurkan cerita fitnah dan tipu terhadap pembangkang boleh pula?inilah demokrasi ala UMNO BN,demokrasi kepala hotak Adnan Mansor.

TOPI MERAH! HARAM JADAH

Apa punya beruk topi merah fru,orang cuma nak berceramah bukan nya nak berperang yang pi sembur gas pemedih mata dan air gatal tu buat apa?Tu ah Ketua Pembangkang dalam Parlimen DS Anwar Ibrahim pun kena juga semasa memulakan ucapan,apa ke bodohnya polis-polis ni,mula-mula bagi permit tetiba je permit ditarik balik sebab apa?mesti ada yang ikut cakap orang bodoh kan,banyak sangat makan rasuah tu sebab jadi lembu ditarik hidung dek pemimpin umno,kejadian mencemarkan dan menambahkan keburukan lagi pihak berkuasa berlaku diTaman Ria Jaya.


Majlis yang sepatutnya dihadiri oleh DSAI serta MB Kedah DS Azizan Razak tetapi semasa kejadian DS Azizan masih dalam perjalanan dan khabarnya pihak berkuasa telah menyuraikan majlis secara kekerasan dengan  melakukan lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata serta lebih 2 kali semburan air kimia,apa punya bodoh ketua polis Kedah ni,dah lah majlis tu MB sendiri yang hadir dan turut dihadiri ketua pembangkang parlimen serta rakyat setempat hormat pun tak ada,memang haram jadah betul,elok mati jadi babi lah orang-orang macam ni.


Sementara itu lebih 20 orang telah dibawa oleh trak ke ibu pejabat polis  daerah Sungai Petani antaranya adalah Senator Zamri Yusoff,Hazif Ali(Setiausaha KeAdilan Kedah)Ismadi(pegawai khas MB)Gunasegaran,Janapala,Ibrahim Yaakob,Mohd Hafizal Mohammad,Mohd Shafiq Mohd Sofi dan Hong Meng Lee aktivitis KeAdilan yang mengidap sakit buah pinggang yang sepatutnya menjalani rawatan heomodialisis hari ini.


Buat lah apa pun,kau ingat bila jadi macam ni orang akan takut,ini bukan zaman 60an lagi orang dah celik IT ,lagi jahat kau buat lagi orang dok benci dan sumpah seranah,bawalah dosa-dosa kau orang tu sampai mati,jadilah kayu api kat sana,bila orang dah benci lagi cepatlah umno dan mangkuk hayun-mangkuk hayun ni pupus.

MAK Aii ! NIZAR CALON BUKIT GANTANG

Pagi tadi masa hantar anak ke sekolah dengar radio yang mengatakan DS Nizar menjadi calon untuk parlimen bukit gantang,wow rasa suka sesangat sebab inilah masa untuk mengajar kebiadapan UMNO BN terhadap rakyat negeri Perak,walaupun aku ni orang Selangor tapi isteri aku orang Perak,Sungai manik tu banjar beb,tu yang dok selalu layan al-banjari online,apa pun tahniah buat DS Nizar kerana telah diamanahkan untuk mewakili parlimen Bukit Gantang semoga berkat ketabahan semua perjuangan insyaallah Parlimen Bukit Gantang dapat kita tawan kembali.


Sekurang-kurang nya dapat lah sejukkan hati ini sebab marah sangat dengan mangkuk hayun Menteri Dalam Negeri yang dok pi rentikan akhbar harakah dan keadilan,sikit punya takut depa tu nanti keluarlah cerita PAU dalam akhbar yang semakin disukai ramai,ni lah demokrasi ala umno BN hampehhhhhhhh betul.


Menurut blog yang aku suka sangat layan al-banjari online yang melaporkan bahawa terdapat ramai penyokong(15 ribu) yang membanjiri Taman Kota Jaya,Simpang,Taiping semasa Tuan Guru Hadi Awang mengumumkan pencalonan bagi P.59 Bukit Gantang,dan selain dari Tuan Guru Hadi Awang dan DS Nizar yang berceramah YB Azmin Ali dan YB Ngeh Koo Ham turut memanaskan suasana disana,dan kini isyarat telah kita beri cuma menunggu bagaimana rakyat Bukit Gantang menterjemahkan melalui undian yang akan dijalankan pada 7hb april ini sementara itu pastinya suasana pada 29 mac ini menjanjikan satu pesta buat BN kerana terdapat 3 tempat pencalonan yang dijalankan serentak.

Isnin, 23 Mac 2009

TAK SIHAT-TAK SIHAT

Hari ini balik dari buat dialisis jam 12 lebih cuaca panas terik,tekak punya haus dan kepala punya lah sakit bukan main,semacam rasanya hari ni,tunggu anak yang kecil 8 tahun umurnya darjah 2 lelaki,kakak yang sulung hari ni balik jam 3.30 petang,balik sendiri naik bas luar katanya masa rehat buat panggilan di sekolah beritahu agar ayahnya tak menunggu,anak ke 2 lelaki tingkatan 2 pergi sekolah naik bas sekolah kerana sekolah petang,pandailah dia berdikari kerana ayah yang sakit begini kena lah dia orang belajar hidup susah,alhamdulilah berkat usaha serta rajin dan amanah Isteri kini ada lah pangkat dalam salah satu gedung jualan runcit.


Rasa letih balik dari dialisis,sakit kepala yang jarang-jarang dirasa sehingga tak larat rasanya badan nak tanggung,balik terus ambil anak,lepas sekolah rendah pagi nak siapkan pula untuk sekolah agama petang,lepas jam 2 lebih barulah dapat rehatkan mata dan minda untung-untung sakit kepala boleh hilang,sebelum layan mata kerana letih aku basahkan kepala seluruhnya bagi sejuk sikit kepala tu dan lepas tu buat sujud supaya darah dapat turun kekepala untuk menghilangkan sakit,alhamdulilah dapatlah tidur sehingga jam 3.30 petang,bangun solat zohor lepas tu update laptop isteri ini sebeb aku punya ac adaptor rosak,tunggu lah ada duit baru ganti,la ni guna isteri punya je,tak de mood nak layan internet hari ni,lepas update off line.


Mungkin perasaan marah dan bengang hari ini yang menyebabkan stress dan sakit kepala terjadi,cuma ingin berkongsi cerita kali ini bukan bab politik tetapi bab kemanusian serta sikap mereka-mereka yang di panggil penguasaha,bagi kami pesakit-pesakit buah pinggang ada yang kronik,kurang krinik dan baru mesti menjalani homodialisis 3 x seminggu dan kini negara sudah ada 17 ribu pesakit yang sedang menjalani rawatan homodialisis,dan peringkat 1 dan 2 pun semakin ramai jumlahnya,mana yang sempat dirawat dan didiagnosis awal boleh lah sempat menjalani rawatan ,mana yang tak tahu dan kurang ambil tahu orang sekarang kata "ala nak jadikan penyebab meninggal". . . . . 


Bukan pasal ini saya nak kongsi cerita tapi ini berkenaan sikap tamaknya sang penguasaha melayu yang kononnya bersaing untuk menjaga pesakit melayu yang kini semakin ramai tapi kurangnya penguasaha berbangsa melayu menjalankan urus niaga berkenaan homodialisis,majaroti di negara kita ramai dari bangsa cina serta badan-badan keugamaan mereka tapi sekarang kesedaran dari pusat zakat setempat dengan membuka rawatan dialisis  serta bantuan yang mereka berikan telah merancakkan urusan niaga  ini,cuma peratus mereka yang benar-benar menjaga pesakit ini boleh dikira kerana apa?ada masa kita cerita lagi pasal bab ini.


Sikap tamak penguasaha ini bila mana pesakit -pesakit ini telah menjalani rawatan ditempat mereka maka sepeti mau tak mau atau sambil lewa menjaga kebajikan pesakit,malah jika ada pesakit yang tak mahu ambil peduli dengan tahap kerja mereka lagi bagus untuk mereka,tapi bagi yang menjaga kebajikan antara pesakit seperi yang dilakukan oleh saya dianggap sebagai pengacau periuk nasi mereka sedangkan bayaran dari pihak seperti SOCSO,PZS,BAITULMAL dibayar atas nama pesakit-pesakit dan mereka-mereka ini cuma beranggapan pesakit seperti ini kurang umurnya jadi "patah tumbuh hilang bergantilah"


Kalau nak cerita pasal bab ni sampai esok tulis pun tak habis,sebab banyak sangat yang perlu diceritakan,jadi apa yang saya nak ingatkan pada teman diluar sana,jagalah permakanan dan minum air yang bersih,kerana ramai penyumbang adalah mereka dari yang mengidap kencing manis serta darah tinggi hyper,yang makan ubat tahan sakit serta lainnya adalah kurang jumlahnya tapi sekarang ni yang tak ada tanda-tanda tersebut juga mengalami penyakit ini,ermm tapi sakit-sakit pun kalau dah kaki reformasi berjuang tetap berjuang,kemana pun bab-bab keadilan kena utamakan kerana sikap begini ada yang suka dan ada yang tak suka kerana bagi saya kepala kita bukan untuk dipijak-pijak. . . . .  

Ahad, 22 Mac 2009

KHAIRY BUAT LAPORAN POLIS! TAKTIK DAN SIMPATI

Hari ni bakal Ketua Pemuda Umno anak menantu Paklah si Khairy membuat laporan polis berhubung buku yang dikeluarkan oleh seorang penulis yang kononya cuba menfitnah beliau dalam  buka yang bertajuk Tuah dan Sial Khairy Jamaludin,dengan bertemankan perwakilan Ketua pemuda umno bahagian Kota Melaka ahli parlimen Rembau ini telah hadir dibalai polis Brickfields pada jam 10.15 pagi untuk membuat laporan.


Menurut Khairy penulis pernah berjumpa beliau di pejabat dan meminta bayaran wang sejumlah rm 100,000 pada 17 februari untuk menghentikan penulisan buku tersebut tetapi beliau enggan memenuhi permintaan penulis buku tersebut dan menurutnya lagi penulis tersebut juga memberitahu bahawa ia ditaja oleh musuh politiknya dalam umno dan dakwa penulis itu lagi buku-buku itu sedang di poskan kesemua alamat perwakilan pemuda yang akan berhimpun minggu hadapan.


Apa pun bagi aku yang kerdil ini menganggap ini adalah sebahagian dari taktik mainan politik seseorang untuk mencari simpati,bukan semua orang tak tahu kalau lah apa juga laporan polis oleh  umno pasti dengan pantas polis akan bertindak lagi pun kan kuasa si Khairy ni lebih mengatasi kuasa PM yang ada sekarang,siapa tak kenal dengan Khairy?kononya rm 100,000 yang diminta adalah terlalu banyak buat beliau dan mengapa menunggu sehingga hampir perhimpunan baru mahu buat laporan sedangkan penulis itu katanya berjumpa dengan beliau pada 17 februari,nampak sangat ini perancangan taktik untuk mencari simpati.


Sudah-sudahlah nak jadi penipu,kalau diri itu tak berwibawa nak buat macam mana,jadi naib ketua pun sebabkan anak menantu PM kalu tak dah lama jual karipap,lagi pun kan dah kena amaran pasal rasuah maka ini lah jalan untuk mencari simpati,aku sebenarnya pun tak peduli mamat ni nak buat apa pun,tapi apa yang aku pikir mungkin itu juga ada dalam pikiran orang lain keran dalam umno semuanya boleh terjadi dan dijadikan,apa pun bagi aku sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat berperang.

SAMY VELLU KEKAL PRESIDEN MIC

Wow ni lagi sorang diktator India sampai mati lah MIC dibawah tapak kaki ketua mafia bangsa India ni,100,000  anak-anak muda bangsa india jadi gangster siapa ketua dia orang?ala bukan oarng tak tahu seluruh alam dah tau dah dulu mamat ni kerja pion je tapi sekarang jangan cerita harta kat tamil nadu pun berkoyan-koyan,bagus juga lah mamat ni kekal presiden MIC sebab bila dia masih ada lagi ramailah makkal sakthi akan menjelma dari puak-puak depa,kalau UMNO pun dah nak karam apa lagi dengan MIC ni,karam sama-samalah elok benar tu.


Dalam BN 2 parti sekutu lain semua kepimpinan mereka dah berubah,umno sikit masa lagi tukar pemimpin kali ini lebih lebih teruk dari tidor,aktif gila sampai meletupkan mayat pompuan Mongolia,sebabnya Malaysia Boleh jadi bila berkuasa yang tak boleh semuanya boleh kat depa rampas kuasa pun jalan,polis,hakim semua dalam poket,samalah macam Samy ni gangster india mana dia tak kenal,ala dalam poket dia lah,kan dulu dia jumpa semua ketua ganster india dalam Malaysia tak kan tak ingat?


Tahniah buat Samy,kekalnya dia maka perpanjangan lah lagi masalah yang bakal dihadapi oleh Perdana Menteri akan datang,maka boleh lah dia orang berperang sesama sendiri,ugut mengugut jangan cerita lah,kerana cerita kau akau tahu dan cerita dia aku tahu so kita pikirlah sendiri apa akan jadi kapal BN ni sikit masa lagi,lepas MIC kita tunggu lah apa cerita pasal PPP pula macam mana dengan Kaveas. . . . . . . . 

MIKE TAYSON! MIKE TAYSON

Bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berlagak defensif apabila kemampuan beliau menguasai bahasa Inggeris dipertikaikan didalam satu kursus kepimpinan kelab umno luar negara bila mana ada komen dari sorang ahli mempertikaikan kredibilitinya menguasai bahasa Inggeris dan beliau menjawab"Saya memang sedar orang bercakap mengenai tapi keadaan ini akan berubah bila seseorang menyokong sesebuah parti dan Mike Tayson ini menyebut lagi beliau meupakan graduan ijazah pertama dalam bidang sejarah dari Universiti Malaya sebagai bukti beliau mahir dalam bahasa itu. 


Katanya lagi,semua peperiksaan dijalankan dalam bahasa Inggeris samada Peperiksan London Cambridge atau Peperiksan Malaysia Cambridge dan tambah beliau semasa beliau menjadi MB Selangor dahulu beliau telah berjaya mewujudkan puluhan jutawan di Selangor dan telah membawa masuk pelaburan dari Taiwan,Korea dan Amerika Syarikat.Kini katanya beliau adalah Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah sahaja cuba bagi dia menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tengok apa dia boleh bikin,perhh Mike Tayson dengan bangganya berlagak,sudahlah Mike Tayson habis tu masa  kau kena tahan di lapangan terbang Brisbane di Australia napa kau tak jawab?


Mike,Mike napa kau tak kata pada mereka-mereka yang tahan kau pada waktu itu siapa sebenarnya kau,MB Selangor lah aku ni,dan berpuluh jutawan aku lahirkan di Selangor dan banyak pelabur dah kau bawa,ini apa yang kau cakap perhh buat malu umno sahaja lebih-lebih lagi si madey tu melompat dia bila kena kat batang hidung dia,hari tu pun dia dah komen takkan nak pilih orang kuat yang tak boleh berbahasa Inggeris?pilihan lain kan ada macam Muhiddin tu,hah apa kau rasa orennnnnnn,Umno ni dah tak ada pemimpin yang berwibawa dah,sampaikan orang muda pun dah tak nak sertai,yang kat luar negara tu pun sebab kan biasiswa je kalau tak jangan harap lah nak join. . . . . .

Sabtu, 21 Mac 2009

MOHD FAIRUS SAH LETAK JAWATAN TKM 1

Tengahari tadi KM Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan beliau menerima perletakan jawatan oleh Mohd Fairus berkuatkuasa mulai 8 april ini,dan sahlah yang digembur-gemburkan dalam blogger sekarang ini bahawa memang ada tekanan dari pimpinan atasan PKR terhadap beliau yang banyak kisahnya menyalah gunakuasa.Menurut KM Lim Guan Eng kedudukan Mohd Fairus masih kekal sebagai Adun Penanti.

Apa pun kita tunggu lah apa tindakan susulan yang akan diambil oleh Adun Penanti ini,adakah ia akan mengambil tindakan yang drastik atau sebaliknya lagi pun ini lah yang telah di nasihatkan oleh DSAI baru-baru ini supaya mereka-mereka yang mementingkan rakyat sahaja yang layak bersama-sama saf pimpinan dan pada mereka yang menjadikan diri sendiri sebagai habuan akan digugurkan serta merta,semoga ii menjadi ingatan pasa semua. . . . . 

BOLASEPAK PUN ADA SALAHGUNA KUASA

Malaysia Boleh,memang dah jadi sati budaya dalam pentadbiran bila mana semuanya nak menunjukkan kuasa yang mereka ada,kononnya dengan berkuasa mereka-mereka ini akan kekal seumur hidup,bagi mereka-mereka ini asalkan depa dapat hidup senang dan dapat wang cara mudah orang lain punya pasal depa tak peduli,macam mana lah sukan di negara ini nak maju,sampai bola pun nak orang politik jaga,napa orang yang betul-betul hidup berpuluh tahun dengan bola tak boleh nak jaga ke?napa nak ada Sultan dan pemimpin politik jaga bola Malaysia boleh cermerlang ke?Aku ambil dari dalam akhbar bharian kau orang pikirlah sendiri.

Ada bukti hukuman ke atas MBJB tak sah

WUJUD kini kesangsian kukuh betapa tindakan Sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan arahan penggantungan terhadap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) daripada beraksi dalam Liga Perdana 2009 - berkuatkuasa Isnin lalu - sebagai tidak sah. 


Malah ada cukup bukti juga untuk mencetuskan keraguan sama ada Jawatankuasa Pertandingan FAM, pada mesyuarat 3 Mac lalu, mempunyai kuasa mutlak menjatuhkan hukuman gantung itu selepas MBJB didapati tidak 'menjelaskan premium insurans untuk Liga Malaysia 2009 yang berjumlah RM 71,092. 

Ia kerana rujukan terhadap Perlembagaan FAM menegaskan keputusan semua jawatankuasa badan induk itu - kecuali Jawatankuasa Disiplin dan Rayuan yang diperakui sebagai badan perundangan - perlu terlebih dahulu diluluskan Majlis FAM sebelum boleh dikuatkuasakan.

Majlis FAM hanya dijadual bermesyuarat 11 April nanti, sekali gus bermakna hukuman Jawatankuasa Pertandingan Tempatan itu hanya berkuatkuasa apabila majlis berkenaan meluluskannya selepas tarikh itu. 

Tetapi Sekretariat FAM, menerusi surat bertarikh 16 Mac ditandatangani setiausaha agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad - dan diedarkan kepada media massa pada hari sama - secara jelas menegaskan 'MBJB tidak dibenarkan bertanding di dalam Liga Malaysia 2009 mulai dari 14 Mac 2009.'

Selain peruntukan Perlembagaan FAM yang jelas mewajibkan kelulusan badan induk sebelum keputusan dikuatkuasakan, tindakan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM menggantung MBJB juga sebenarnya tampak 'melangkaui bidang kuasa.'

Kerana jikapun MBJB gagal melunaskan pembayaran premium itu, Peruntukan 4.1 (ix) Perkara mengenai Pasukan, Pegawai dan Pemain dalam Peraturan Liga Malaysia 2009, bukan kelab itu yang sepatutnya perlu terus dipaksa menanggung akibatnya. 

Kerana peruntukan itu menjelaskan: "Persatuan Bola Sepak Negeri mestilah bertanggungjawab membayar semua tanggungan kewangan yang gagal dijelaskan oleh kelabnya yang menyertai Liga-M terutama bayaran gaji Pemain dan Pegawai, KWSP, cukai pendapatan kepada LHDN, SOCSO, denda, caj dan lain-lain tanggungan kewangan seperti yang diputuskan oleh FAM." 

Ia bermakna, FAM perlu terlebih dahulu mengambil tindakan terhadap Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) yang menaungi MBJB sebelum boleh menjadikan MBJB 'mangsa' mereka. 




POSTER MEWAH HUTANG TAK NAK BAYAR

UMNO,UMNO kecoh hutang poster tak habis lagi,kononnya dah settle tapi ni cerita baru pasal bayaran rm 280 juta tu masih tak dapat lagi,dah lah nak hadapi PRK 3 tempat masalah bayaran poster tak habis lagi ermmm,hoiii bayar lah hutang tu,macam mana syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd nak hidup kalau hutang tu tak dibayar bukan sikt tu banyak sangat dah sampai berjuta,dah lah rakyat pun kau nak bohong ni tempat ambi poster serta barang untuk pilihanraya pun nak bohong gak,erm memang lah layak dulu kini dan selamanya.


Berapa lama media boleh cover masalah dan sorok masalah ini,lambat-laun semua akan terbongkar satu persatu,ini baru kes tak bayar wang poster dan lainnya,yang ada ahli yang dok tunggu wang upah masa pilihan raya pun tak bayar lagi masih banyak tak settle lagi cuma media saja yang tak nak kecoh-kecohkan sebab nak jaga kemaluan umno yang memang dah tak malu sekarang ni,tu lah mentang-mentang jadi kerajaan yang suka membazir lagi pun wang main ikut suka cekau sahaja,dan amanah pun tak ada apa lagi lah balun mana boleh.


Peguam syarikat Ahmad Tarmizi berkata mereka sedang menunggu jawapan dari UMNO samada perkara ini boleh diselesaikan diluar kerana kes ini masih lagi berjalan dan sekiranya masih lagi tiada mendapat apa-apa jawapan maka tindakan mahkamah akan diteruskan,ala kalau cerita pasal mahkamah bukan nak menghina lah mahkamah di Malaysia tapi semua rakyat tahu yang dok hina Mahkamah ialah Hakim tu sendiri,depa-depa yang menyalahkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara dengan mudah dibeli kerana Malaysia boleh. . . . . . .

SPRM MANGKUK HAYUN

SPRM mengumumkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin umno yang mengamalkan rasuah adalah salah dalam tata etika ahli umno sahaja maka sekiranya ada bukti kesalahan jenayah barulah tindakan boleh diambil,wow betul punya turr SPRM ni,bila kena kat pemimpin UMNO semua nya diberi alasan yang memualkan tapi bila kena pimpinan PR Speaker dewan pun dia boleh masuk campur siasat,betul-betul mangkuk hayun SPRM ni,kalau dah rasuah tak kira parti mana dan jawatan apa pun dah itu tugas kau orang kena lah jalankan siasatan ni dia pula macam mahkamah menentukan siapa salah siapa benar memang dasar muka penyapu pengerusi SPRM ni.


SPRM ni boleh juga dikatakan sebahagian BN cuma sayap ini digunakan untuk membodohkan orang ramai,tapi hakikat yang ramai tahu sebenarnya inilah penipuan yang dilakukan oleh paklah kononnya untuk membentras rasuah tapi sebenarnya melindungi salahguna kuasa pemimpin umno sahaja serta rasuah-rasuah mereka sambil menekan PR dalam semua hal.Untuk pemimpin SPRM ingatlah bahawa amanah yang telah diberikan kepada kamu akan dituntut oleh semua pihak lebih-lebih lagi pada mereka yang telah di aniaya dari dunia sampai akhirat.Berseronok lah buat masa kini selagi seronok itu dapat membantu UMNO dan sekutunya merompak dan melakukan kehancuran dinegara ini dan biarkan rakyat kemudian hari menanggung beban tinggalan pimpinan BN.

Jumaat, 20 Mac 2009

JAHAT SUNGGUH DEPA NI!!!!

Dah mula main jahat depa-depa ni,yang terbaru bila mana ada pihak-pihak yang bangang sesangat mengunakan gambar Sultan dan Mufti Perak untum memburukkan Pakatan Rakyat di Perak,lihat lah sebahagian dari poster yang depa taburkan di kawasan masjid jamek trong untuk memanaskan lagi keadaan disana .Khabarnya 2 laporan polis telah dibuat petang tadi berikutan edaran risalah poster terbabit agar pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan siapa sebenarnya dibelakang perbuatan yang cuba memburukkan PR.






I2

S.MANIKUMAR CALON PRK BUKIT SELAMBAU

S.manikumar usahawan muda berusia 35 tahun di istiharkan sebagai calon PRK di Bukit Selambau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya diYayasan Aman pagi tadi,hadir sama adalah MB selaku suruhanjaya PAS Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak serta pimpinan pakatan rakyat Kedah.Seorang muka baru dalam arena politik mengejutkan semua pihak bila nama beliau diumumkan oleh DSAI untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK N.25  Dun Bukit Selambau.


S.Manikumar dijangka akan menentang calon dari MIC,BN Datuk S.Ganesan serta beberapa lagi calon bebas yang telah menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam PRK ini,apa-apa pun kita ucapkan selamat bertanding pada mereka-mereka ini dan kita tunggulah apa yang bakal terjadi pada 29 march ini bila pernamaan calon dijalankan setelah ia ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya .

Khamis, 19 Mac 2009

ISU LIMBANG!SIAPA YANG TIDUR NI?

2 Hari lepas sibuk akhbar tempatan yang memetik dari kata-kata Paklah menyatakan bahawa isu Limbang telah selesai kerana kerajaan Brunei telah mengugurkan tuntutan terhadap Limbang apabila pertukaran surat-surat perjanjian yang dimenterai oleh Brunei dan Malaysia berkaitan sempadan negara dimuktamadkan.Akibat salah tafsir itu maka kerajaan Brunei telah mengatakan bantahan mereka melalui Menteri Hal Ehwal Brunei Dato Seri Setia Lim Jock Seng dengan menyatakan bahawa isu Limbang tidak dibincang dalam perjumpaan dengan Sultan Brunei cuma berkenaan isu sempadan darat seluruhnya yang dibincangkan.


Apa punya Menteri lah yang Paklah bagi jawatan sampai macam ni pun boleh jadi,nampak sangat jauh punya hubungan antara Menteri dengan PM yang bakal bersara sikit masa lagi,Rais Yatim ni kerja sendiri pun tak boleh nak jaga tapi tunjuk pandai bukan main,ini lah Menteri tahap gaban,dulu dah lah Pulau Batu Putih terlepas kini sibik kononnya Brunei dan isu Limbang selesai tapi hakikatnya memasing sibuk tidurrrrr,malu weii mana kau nak letakkan muka tu.Apa pun alasan yang si Rais ni nak bagi semua nya orang dah nampak jangan nak salahkan orang lain pula kalau sendiri makan taik banyak sangat,Pak lah tersalah lantik orang untuk jaga kementerian ni kerana ramai yang percaya si Rais ni layak jaga muzium sahaja kerana memang itu lah yang layak dia lakukan. . . . 

SELANGOR PERLU DIBERSIHKAN SEGERA

Semalam di parlimen Anwar memberitahu ada unsur yang tidak sihat yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan PR di Selangor oleh jabatan perkhidmatan awam dimana ada usaha untuk merampas dam memburukkan kerajaan PR dan ini adalah salah satu penyalah gunaan kuasa oleh mereka-mereka pegawai tertinggi dalam JPA dan sewaktu dengannya.Ini perlu diambil berat oleh pimpinan negeri malah hubungan yang baik perlu dijalankan di peringkat bawah malah rakyat marhaen juga harus dilibatkan sama agar kerajaan yang telah di pilih ini dapat merealisasikan harapan rakyat selama ini.


Sudah tiba masanya pimpinan PR di Selangor bertindak jangan tunggu lagi,bersihkan mereka-mereka yang telah diberi peluang tapi mensia-siakan peluang ini,maka mereka-mereka yang masih setia pada umno harus dikeluarkan dari pemerintahan PR malah peluang ini harus dikembalikan pada rakyat yang selama ini bejuang menentang umno dan kita harus pastikan setiap tempat serta syarikat malah majlis perbandaran juga seharusnya bersih dari onak duri umno,malah hubungan yang baik juga harus di lakukan dan dikekalkan sesama pemimpin disamping melatih pimpinan baru yang akan menjadi tonggak akan datang.


Jangan mengambil sikap yang mudah,biar pun kita rakyat serta pimpinan lainnya sudah melalui zaman menjadi pembangkang selama 50 tahun lebih maka gunakan lah peluang menjadi kerajaan negeri ini dengan sebaiknya,bagi BN yang sukar menerima kekalahan mereka dan kini menjadi pembangkang tentu mereka akan mencari jalan dengan apa cara sekali pun dan itulah yang mereka lakukan di Perak,untuk menunggu sehingga PRU13 akan mengambil masa 3 tahun lebih maka kita kena lah lebih kuat serta tegas dan membuktikan bahawa kita PR jauh lebih baik serta berkualiti dari BN dan kekalkan momentum ini selagi daya.

Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor serta pimpinan tertinggi dalam kerajan negeri Selangor harus peka keadaan ini maka keprihatian mereka semua terhadap rakyat haruslah diutamakan dahulu dari kita dok menjatuhkan musuh PR iaitu Umno,mereka -mereka ini rakyat telah bosan dan telah mengalami sejarah hitam dari pimpinan mereka,maka keutamaan kini seharusnya menjaga rakyat negeri sendiri lebih-lebih lagi dengan situasi ekonomi yang semakin teruk kini sambil bertahan kita menyerang mereka-mereka yang cuba melakukan kejahatan.Satu yang pasti hubungan dengan pihak media terutama Blogger Selangor juga harus di tingkatkan malah bantuan yang perlu juga disalurkan agar gerak kerja Blogger Selangoe serta Blogger Negeri lainnya juga dapat disatukan menjadi satu benteng informasi yang sebenarnya untuk rakyat luar menerima info yang betul dan benar.


Apa pun yang penting agama harus kita utama kan dahulu dan masa untuk bekerja sepatutnya telah digerakkan dan kini apa yang perlu dilakukan kenalah di terjemahkan dengan perbuatan  agar ia menjadi panduan serta contoh pada bakal pimpinan akan datang,walaupun untuk membersihkan kekotoran agak sukar tapi dengan melakukannya dengan selalu insyaallah pembersihan dapat dilakukan dengan jayanya. 

Rabu, 18 Mac 2009

DAH MAIN JAMPI-JAMPI LAH

Khabarnya pasukan pemusnah bom telah menjumpai 2 kertas putih serta sepotong kayu kecil di percayai telah dijampi dibawah meja PM paklah dibangunan umno dan ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman.Pemeriksaan itu dijalankan untuk persiapan mesyuarat terakhir majlis tertinggi sebelum pemulaan perhimpunan agung umno minggu depan.Perhhh melayu memang macam tu,tak cara baik ,jahat pun tak makan halus lah kasi masuk,bomoh pun dah masuk ni dah kira teruk dah umno ni,elok sangatlah tu makan wang haram perangai pun dah jadi setan.


Paklah dah nak blah nak pi jampi-jampi buat apa?kalau nak jampi tu hah si Najib dia dok guna manderam sami india pi lah buat,ni orang yang baik punya tidor nak jampi buat apa?bagi bangun ke tambah tidur tak bangun-bangun sampai akhirat?Payah lah macam ni hidup umno dah lah banyak salahguna kuasa,rasuah bermaharaja lela.ni sekarang jampi,tau lah melayu ni tak koman main jampi-jampi ada sampai guna sami India,Siam serta sampai di Indonesia semuanya sebabkan nak berkuasa,tak percaya pada ALLAH tu yang dah masuk setan dalam badan pemimpin umno ni dok percaya tangkal azimat untuk kekal berkuasa,buat lah apa pun peranglah lah kau orang sesama sendiri dah tu ketulahannya. . . . . . 

RASUAH UMNO DAN KERAJAAN PERPADUAN

2 perkara ini yang aku nak sentuh je,pandangan aku sebagai rakyat lah umno ni simnonim dengan rasuah sejak madey jadi PM nya,tak kan orang semua tak tahu,dulu-dulu pun ada gak rasuahnya tapi sekadar salahguna kuasa,tapi bila masuk era madey wang pun jalan juga sekali dengan salahguna kuasa,sebenarnya aku pun tak nak masuk bab-bab pasal umno dan kisah dalam keluarga mereka tapi cuma nak mengatal tangan nak tulis pasal apa yang berlaku dalam umno berkenaan pemilihan yang bakal dijalankan sedikit masa lagi,selagi umno ni bertuan kan wang maka selagi itu lah rasuah tak tak habis dan selagi ada mereka-mereka yang sanggup menyalurkan dana maka selagi itu lah ada orang yang mengharap mendapat wang sana sini secara mudah bagi mereka-mereka ini lah masanya pesta wang bermula.


Umno ni nak bersih dari rasuah susahlah sebab kemewahan yang mereka dapat pun sumbernya dari menyalahgunakan kuasa juga,lari jauh pusing sana pusing sini balik kat situ juga,jadi kerajaan pun dok cara tipu maka semua itu pun nak kena rasuah juga,kalau tak dah lama dah bungkus sebabkan rasuah banyak sangat sampai ke akar umbi pun terlibat sehinggakan terbitlah perkataan umnorasuah dulu kini dan selamanya,apa yang jadi kat Ali Rustam tu aku tak nak komen banyak sebab mesti ada salah sorang dikambing hitamkan jadi apa pun alasan umno cuba untuk membersihkan parti dari rasuah pasti takkan berjaya,bukan nak merendahkan mereka-mereka tapi itulah hakikat yang sebenarnya mereka harus terima. . . . . . .


Kecoh pasal kerajaan perpaduan,aku bukan tak nak sokong pasal kerajaan perpaduan ni,tapi kalau tanpa umno aku sokong sangat sebab umno ni dah kira boleh buat parti antik simpan jadi sejarah itu pun kalau ada yang nak simpan tapi ramai yang nak buang dan tanam dalam-dalam sebab apa?kita pun dah boleh tau dan nampak kan.Manusia ni semuanya sama je sikap mereka selagi bertuankan dunia maka yang baik pun pasti satu hari berubah,macam lah umno 30 tahun dulu semua orang melayu sebut je umno depa ingat inilah parti yang menjaga melayu tapi masuk era maday 20 tahun barulah nampak belang mereka siapa punya angkara madey kan,janganlah mudah lupa,madey ni banyak sangat kena sumpah seranah sebab itu lah umur dia panjang lagi sebab dia gunakan otak dok pikir dok pikir supaya rakyat kembali suka kepada dia. . . . pi dah tak sior teman sebab kita bukan mudah lupa apa yang dia dah lakukan pada negara ini.


Kerajaan Perpaduan tanpa umno boleh sangat sebab parti lainnya adalah parti yang memperjuangkan kaum bangsa mereka,cuma ia perlu di tingkatkan kualiti pimpinan parti tersebut baru kerajaan perpaduan boleh dilaksanakan dan rakyat menjadi penentu utama serta dasar-dasarnya  perlu digubal fokus keutamaanya terhadap keperluan rakyat sendiri dan agama menjadi teras utama kerana agama boleh menjadi benteng teras pimpinan kini dan akan datang.Tapi kalau lah ingin bersama-sama umno untuk kerajaan perpaduan  aku rasa tak payah pun tak pe,umno lah penyangak,penyamun dan semualah ada pada umno,sebabnya itulah cara mereka untuk kekal memerintah selama ini,kuasa yang mereka dapatkan adalah untuk mereka kumpul kekayaan buat diri mereka rakyat biar susah dan mati kepayahan. . . . . . . 


Tulis panjang-panjang pun rasanya tujuan sama dengan yang lain blogger diluar sana,apa pun ini adalah pandangan kita sebagai rakyat,kalau bagi cadangan pada umno pun mana depa nak ikut sebab mereka diktator kuasa mereka lah yang menghancurkan mereka balik dan sekarang pun telah nampak karma-karma tersebut dan ia sedang merebak ke seluruh negara tapi bagi mereka apa pun yang terjadi WANG dalam simpanan bank mereka 7 keturunan tak habis makan dan guna. . . . 

BRUKBAND MULA AKTIF SEMULA

Balik dari dialisis tenghari aku pun buka jap laptop isteri aku,dah laptop aku ac adapter rosak terpaksalah dok pinjam isteri punya,sambil update antivirus avira ni aku pun nak tau gak cam mana line hari ini,wow nampaknya dah mula nak ok,cuma bila guna isteri punya laptop ni nampaknya kurang laju sebab dia cuma guna untuk buat kerja-kerja dia untuk tempat kerja ke,dia langsung tak masuk internet sebab data carad 1 je,untuk kegunaan aku punya laptop lagi pun aku yang belikan dia dulu laptop ni masa tu ada sikit duit lah,la ni kering dah.Kepala masa balik tadi dah mula pening,sambil aku suruh anak aku layan picit kepala aku suruh depa offkan laptop kalau akau tertido,memang betul tak sampai 10 minit hilang dibaa mimpi sedar-sedar dah nak jam 4.30 petang,bangun pi basuh muka dan kepala buat air dulu on line masuk blog lah update.


Ini lah sekarang dok nak pikir apa thread apa yang nak dibuat nya tapi dah dapat,apa-apa pun kejap lagi lah buat posting sebab 1 perut dah meragam dan sembahyang belum lagi,apa pun kalau berukband dah nak ok kira baguslah cuaca pagi tadi kat sini hujan lebat gila,nasib baik kg sungai serai tak banjir balik kesian kat penduduk kat sana setiap kali air empangan pangson di lepaskan maka banjirlah kat situ,dah bertahun dah benda ni jadi tapi masih sama je mungkin tempat tu rendah kot entahlah,harap-harap kerajaan PR dapat melakukan sesuatu.

Isnin, 16 Mac 2009

MASALAH-MASALAH 2,BERUKBAND

Ini lagi satu masalah,buat sakit hati saja bila kita tak bayar line kita dia gantung malah ada juga kena potong,tapi ni yang dok bayar tapi servis depa bagaikan negara zaman batu,perhhhh sakit hati beb tak terkira,bila kita komplain kat servis centre dia amboi cakap manis betul,tapi hampehhh,katanya sedang upgrade.... upgrade apa ke bendanya lagi teruk adalah,kononnya nak bersaing sebagai no 1 telekomunikasi tapi hmpehhhhhhhhh.


Bukan 1-2 orang yang komplain pasal berukband Celcom ni dah beribu dah gamaknya,tapi depa ni kan salah satu kroni kerajaan maka masuk telinga kiri keluar telinga kanan lah,kata depa siasatan akan dijalankan dari 3-7 hari waktu berkerja tak termasuk hari sabtu,ahad dan cuti umum,tak ke haru dibuatnya lebih-lebih lagi yang selalu nak update blog dan layan blog sensasi,susahlah wang nak tapi servis macam zaman batu,malulah sikit dengan negara jiran,kalau pasal internet depa dah jauh lebih advanced,bukan internet je bab-bab lain pun kita dah jauh tertinggal,cuma negara kita ni yang no 1 adalah temberang.

GOBIND NAK DIGANTUNG SETAHUN?

Wow gila betul KERAjaan BN dengarnya dalam parlimen hari ini mereka berbahas mengenai cadangan dari menteri dijabatan perdana menteri si Nazri tu yang meminta parlimen mengantung ahli parlimen gobind anak karpal selama setahun kerana menghina dewan berhubung dakwaannya terhadap timbalan perdana menteri,minggu lalu gobind juga telah digantung selama sehari berikut dakwaan yang dilakukan terhadap Najib dalam kes yang sama,inilah dia menteri yang pandai bermuka-muka(bodek besar).


Berdebat sampai urat leher putus pun selagi BN ni memerintah semuanya dia orang tak layan,lagi-lagi kalau yang nak di gantung tu orang PR suka sangat depa,cuba kena kat team mereka,jap lagi turunlah PUKIDA dan hulubalang kecut telor tunjuk samseng,dah memang jenis bangsat kemana pun sama je,buat BN nak tanya berapa lama kau orang nak temberangkan rakyat dan berapa lama kau orang boleh hidup dan berapa lama lagi umno nak kekal di negara ini?nak bawa semua ke dalam kubur ke?


Rakyat semakin lama semakin muak dengan kerenah pemimpin umno yang semakin bengong dan bersifat keBNatangan,malah semua ini menunjukkan ketakutan mereka-mereka terhadap tuduhan yang berasas terhadap bakal PM pimpinan parti mereka,apakah parti MCA,MIC,GERAKAN dan PPP sanggup berPM kan seseorang yang dituduh seumpama ini dan sanggupkan ahli-ahli bawahan menerima semua ini sedangkan pilihan lain juga ada?cuma orang yang pendek akal serta bodoh sombong sahaja yang menerima  cadangan begini.Kalau susah-susah sangat nak berkuasa lama pi lah gantung semua ahli parlimen PR dan gubal undang-undang rimba ala BN.

Ahad, 15 Mac 2009

MASALAH,MASALAH

3 hari blog tak dapat update sebab broadband mengalami masalah,dari hari jumaat sehingga pagi ahad broadband mengalami ganguan dimana sukar untuk masuk internet,malah hari jumaat yang hujan satu hari juga memungkinkan ganguan ini menjadi kronik dan bagi kawasan Hulu Langat menjadi kawasan bermasalah bagi mereka yang masih dapat melayari adalah satu bonus.


Sudahlah dengan ganguan broadband,laptop pun menjadi satu masalah kerana adaptor bateri laptop buat hal lah pulak,kemungkinan rosak,menjadikan hati ini bertambah geram dan sakit,maklumlah semua ini menjanjikan keluaran wang lagi orang kategoro macam aku ni mana lah ada wang nak cekau,terpaksalah tunggu pencen itu pun kena lah kumpul 2-3 bulan,sementara ini terpaksa lah buat muka tak malu pinjam laptop isteri sekadar nak baca info dan update blog,3 hari bermasalah 3 hari juga lah nak baca dan update tak dapat dilakukan,erm tak tahan beb. . . . .


Apa pun itu yang kita mampu lakukan maka terimalah ketentuan ini,lainlah kalau wang dalam bank berpuluh ribu ke,tak lah heran sangat masalah begini,ketik jari semua settle. 

Khamis, 12 Mac 2009

SETAHUN RM 5.1 JUTA?

Wow gaji Pengerusi Syabas setahun berjumlah rm 5.1 juta,bersamaan dengan seminit dengan rm 29.51 sen,sejam bersamaan dengan rm1,770,sehari bersamaan dengan rm14,166 dan sebulan gaji beliau adalah rm425,000 jaga air je dah boleh bergaji macam tu,rakyat lain dok susah payah pengerusi ini dapat kemewahan macam tu,tu ada bayar cukai ke tak kita pun tak tahu,ini didedahkan oleh DSAI semasa ucapan balas belanjawan pagi tadi di parlimen.


Bayangkan kalau wang sejumlah itu digunakan untuk menampung keperluan untuk rakyat pasti ramai yang menikmatinya kalau pun tidak ia digunakan untuk keperluan lain maka dapatlah dimanafaatkannya untuk rakyat tapi disebabkan mereka-mereka adalah kroni kepada pemimpin umno maka suka hati mak bapak dia orang je perabis kan keuntungan syarikat awam.Ini makan tak habis 7 keturunan itu baru setahun kalau bertahun-tahun kiralah sendiri SYABAS kepada SYABAS.

Rabu, 11 Mac 2009

MASA HONEYMOON DAH HABIS

Setahun pemerintahan PR di 5 negeri,bagi aku yang di Selangor merasa kan sudah masanya pemimpin PR di sini menjalankan pembersihan disetiap tempat malah di syarikat serta anak syarikat Negeri pun harus dibersihkan dari unsur-unsur yang akan membuat rakyat sakit hati serta marah kerana tindakan mereka yang diberikan kesempatan untuk berubah tetapi masih hidup cara pimpinan umno BN malah mengigit juga seperti anjing,telah banyak MB Selangor TSKI bersabar dan fleksibel dalam menangani situasi di Selangor,memang rakyat sedar mahu mengubah sesuatu yang telah lama dan karat sukar dilakukan tetapi ini lah masanya kalau mahukan perubahan berlaku kerana ramai lagi yang mampu diberi tanggungjawab dan boleh melakukan tanggungjawab tersebut.


Setahun jagung usia kerajaan PR,tengok apa yang BN lakukan,malah mantan MB Khir Toyo pun macam gila meroyan mahukan jawatan itu kembali kepada beliau,bukan di Selangor sahaja malah tengok apa terjadi di Perak,sudahlah kerajaan PR terpaksa berjuang dengan umno BN tetapi dengan Sultan pun juga PR terpaksa berjuang,sedangkan sakai-sakai tu hidup mereka dengan subsidi dari rakyat,menyusahkan tak habis-habis,mengapa kita perlu hormat dia orang ni sedangkan kita sesama manusia,apa besarnya dia orang ni yang boleh disamakan dengan ulama kita?jauh panggang dari api umpama tin kosong yang pandai bercakap tapi habuk pun tarak,hidup penuh duniawi je,ini lah bila TAMAK dan WANG menguasai diri.


Berbalik posting diatas,maka sudah masanya kita berkerja menjaga rakyat sendiri,malah keadaan ekonomi yang tidak menentukan buat masa kini menjadikan rakyat merasakan politik kotor BN janganlah dilayan kerana rakyat sudah celik dan sedar siapanya BN yang memalukan diri sendiri dan negara.Pembersihan harus dilakukan dalam kerajaan negeri,mereka yang diberi peluang tapi mensia-siakan nya haruslah ditukar dengan segera,bukan dendam tapi hakikatnya begitulah supaya musuh dalam selimut bisa dihapuskan agar tujuan kita dapat dilaksanakan dan manafaatnya dapat dirasa oleh semua rakyat.


Dakwa lah mereka-mereka yang telah menyalah gunakan kuasa,bukan untuk hukuman tapi agar menyedarkan mereka-mereka yang dilantik atau dipilih agar bekerja dengan betul,jujur serta amanah kerana bila permulaan yang bermoral ini dijalankan maka kita boleh melihat hasilnya sedikit masa lagi,malah ini juga akan menjadikan satu sistem yang boleh digunakan oleh generasi akan datang dalam menguruskan apa jua bidang mereka.Bila kebaikan yang kita mahu bentuk maka kebaikan juga lah yang akan kita perolehi,bagi mereka yang telah berubah dan mau berubah maka kita sokonglah mereka dan berilah tanggungjawab yang sewajarnya agar mereka bersama-sama kita mengharungi sisa-sisa yang tinggal kerana kita menjanjikan perubahan. . . . . 

MUSA HASSAN,GANI PATAIL SAMA LAH SPRM

SPRM mengatakan bahawa siasatan terhadap ketua polis negara serta peguam negara semua berjalan dengan baik dan tiada dakwaan pelu dijalankan kerana mereka berdua bersih dimana terdapat 3 bekas hakaim telah menjalankan siasatan mereka dan mereka ini melakukan kerja yang berbeza dan tidak bergantung antara satu sama lain.Woi sekarang ini apa pun yang SPRM lakukan malah apa yang pihak kerajaan lakukan semuanya rakyat tak percaya sebab yang taik kat ekor yang menjadi ketua untuk menyiasat orang salah,ada ke orang yang selalu salahguna kuasa dan sama-sama jahat akan menyiasat orang yang jenis sama?Rakyat kat luar gelak lah perangai mangkuk hayun ni,bukan setakat rakyat je orang kat luar negara pun gelak dan tak percayakan kerajaan BN lah,sampai bila lah mangkuk hayun ni nak berubah. . . . . . .


Yang jadi ketua siasatan yang orang akan pertikaikan, kerana mereka ini adakah betul-betul bersih walaupun dulu dia orang ni bekas hakim,lagi pun ramai orang sedia tahu yang sejak dulu hakim ini memang mudah dibeli dan kredibiliti mereka telah dipertikaikan bagaimana mungkin hakim ini diberi tangungjawab menjalankan siasatan tersebut,kalau disitu sudah ada prasangka maka kredibiliti sesuatu siasatan pun juga di prasangka juga,siapa mereka-mereka di bawah 3 orang bekas hakim ini yang menjalankan siasatan itu semua rakyat perlu tahu kalau sekadar bagi je kerja buat ikut suka aku nak siasat-siasat tak nak rakyat peduli apa ni lah jadinya kononnya telussss pergi lah,orang bodoh je yang dia orang boleh tipu.


Bila kena kat muka mereka yang bersengkokol buat jahat semua nya tak ada tindakan,jawapan bagi mereka yang disiasat adalah bersih sesuci bayi baru lahir,dah dari lubang taik yang sama mana nak siasat,makan gaji buta je lah jalan sana jalan sini,apa pun persepsi masyarakat tetap mengatakan semua ini adalah mainan politik kerajaan Malaysia yang telah korup menyalah gunakan kuasa serta rasuah,malah selagi belum kena batang hidung mereka sendiri mereka-mereka ini masih tidak akan sedar kerana mereka telah menglembukan ramai orang yang boleh ditarik hidungnya. . . . . . . .

RAMAI YANG TAK TAHU BAB INI!

 Saya ambil maklumat ini dalam Bernama.com. penulis menamkan dirinya PIARAPAKARAN SUBRAMANIAM,moga kita mendapat pengajaran dari info yang diberi,

AKTA BANGUNAN & HARTA BERSAMA (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007: Walaupun diluluskan untuk membantu rakyat, tetapi terdapat beberapa keraguan di dalam akta itu yang mungkin membebankan pengguna pada jangka masa panjang. Harta Bersama (Common Properties) merupakan harta yang dimiliki dan diselenggara bersama oleh semua penghuni bangunan bertingkat. Akta ini juga menyatakan keperluan menubuhkan Perbadanan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB) yang akan bertanggungjawab kepada semua harta bersama termasuk, rumah pam, tangki air, dan juga sistem perpaipan.

Masalah bermula apabila pengguna tidak memahami akta ini dan fungsinya. Dalam jangka masa terdekat, semua penghuni bangunan bertingkat diwajibkan mempunyai meter individu untuk bekalan air dan membayar terus kepada syarikat bekalan air yang dilesenkan. Akan tetapi, penghuni bangunan bertingkat masih perlu tambahan kos untuk menyelenggara harta bersama bagi bekalan air. Situasi ini jauh berbeza daripada perumahan biasa kerana tanggungjawab syarikat bekalan air adalah sehingga ke meter air individu atau jarak tertentu daripada sistem paip utama. Persoalannya ialah sama ada JMB yang terdiri daripada penghuni bangunan bertingkat mempunyai peruntukan yang cukup untuk mengawal operasi dan menyelenggara harta bersama untuk dapatkan bekalan air.

Perkara kedua ialah bagaimana tarif bagi pengguna di bangunan bertingkat ditetapkan? Ini kerana perkhidmatan yang diberikan kepada penghuni bangunan bertingkat adalah kurang berbanding pengguna di perumahan biasa dan JMB juga dibebankan dengan kos menjaga harta bersama untuk bekalan air. FOMCA berpendapat bahawa perkara ini jauh lebih berbahaya jika dibiarkan begitu sahaja. Jika, JMB gagal mengutip yuran pengurusan bulanan yang mencukupi, badan tersebut akan gagal menyelenggara harta bersama untuk bekalan air.

FOMCA juga mendapati bahawa JMB masih tidak wujud untuk bangunan bertingkat di banyak negeri. Dalam konteks ketiadaan JMB ini, maka penggunalah menjadi golongan yang rugi. FOMCA berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk menyelesaikan masalah ini. Satu mekanisme untuk mengurus harta bersama ini patut diwujudkan supaya tanggungjawab ini tidak membebankan pengguna hanya kerana mereka membeli premis di bangunan bertingkat berbanding perumahan biasa. Jadi, sekiranya masih tidak ada tindakan, nampaknya, masalah sedemikian akan terus membebani pengguna.