Isnin, 23 Mac 2009

TAK SIHAT-TAK SIHAT

Hari ini balik dari buat dialisis jam 12 lebih cuaca panas terik,tekak punya haus dan kepala punya lah sakit bukan main,semacam rasanya hari ni,tunggu anak yang kecil 8 tahun umurnya darjah 2 lelaki,kakak yang sulung hari ni balik jam 3.30 petang,balik sendiri naik bas luar katanya masa rehat buat panggilan di sekolah beritahu agar ayahnya tak menunggu,anak ke 2 lelaki tingkatan 2 pergi sekolah naik bas sekolah kerana sekolah petang,pandailah dia berdikari kerana ayah yang sakit begini kena lah dia orang belajar hidup susah,alhamdulilah berkat usaha serta rajin dan amanah Isteri kini ada lah pangkat dalam salah satu gedung jualan runcit.


Rasa letih balik dari dialisis,sakit kepala yang jarang-jarang dirasa sehingga tak larat rasanya badan nak tanggung,balik terus ambil anak,lepas sekolah rendah pagi nak siapkan pula untuk sekolah agama petang,lepas jam 2 lebih barulah dapat rehatkan mata dan minda untung-untung sakit kepala boleh hilang,sebelum layan mata kerana letih aku basahkan kepala seluruhnya bagi sejuk sikit kepala tu dan lepas tu buat sujud supaya darah dapat turun kekepala untuk menghilangkan sakit,alhamdulilah dapatlah tidur sehingga jam 3.30 petang,bangun solat zohor lepas tu update laptop isteri ini sebeb aku punya ac adaptor rosak,tunggu lah ada duit baru ganti,la ni guna isteri punya je,tak de mood nak layan internet hari ni,lepas update off line.


Mungkin perasaan marah dan bengang hari ini yang menyebabkan stress dan sakit kepala terjadi,cuma ingin berkongsi cerita kali ini bukan bab politik tetapi bab kemanusian serta sikap mereka-mereka yang di panggil penguasaha,bagi kami pesakit-pesakit buah pinggang ada yang kronik,kurang krinik dan baru mesti menjalani homodialisis 3 x seminggu dan kini negara sudah ada 17 ribu pesakit yang sedang menjalani rawatan homodialisis,dan peringkat 1 dan 2 pun semakin ramai jumlahnya,mana yang sempat dirawat dan didiagnosis awal boleh lah sempat menjalani rawatan ,mana yang tak tahu dan kurang ambil tahu orang sekarang kata "ala nak jadikan penyebab meninggal". . . . . 


Bukan pasal ini saya nak kongsi cerita tapi ini berkenaan sikap tamaknya sang penguasaha melayu yang kononnya bersaing untuk menjaga pesakit melayu yang kini semakin ramai tapi kurangnya penguasaha berbangsa melayu menjalankan urus niaga berkenaan homodialisis,majaroti di negara kita ramai dari bangsa cina serta badan-badan keugamaan mereka tapi sekarang kesedaran dari pusat zakat setempat dengan membuka rawatan dialisis  serta bantuan yang mereka berikan telah merancakkan urusan niaga  ini,cuma peratus mereka yang benar-benar menjaga pesakit ini boleh dikira kerana apa?ada masa kita cerita lagi pasal bab ini.


Sikap tamak penguasaha ini bila mana pesakit -pesakit ini telah menjalani rawatan ditempat mereka maka sepeti mau tak mau atau sambil lewa menjaga kebajikan pesakit,malah jika ada pesakit yang tak mahu ambil peduli dengan tahap kerja mereka lagi bagus untuk mereka,tapi bagi yang menjaga kebajikan antara pesakit seperi yang dilakukan oleh saya dianggap sebagai pengacau periuk nasi mereka sedangkan bayaran dari pihak seperti SOCSO,PZS,BAITULMAL dibayar atas nama pesakit-pesakit dan mereka-mereka ini cuma beranggapan pesakit seperti ini kurang umurnya jadi "patah tumbuh hilang bergantilah"


Kalau nak cerita pasal bab ni sampai esok tulis pun tak habis,sebab banyak sangat yang perlu diceritakan,jadi apa yang saya nak ingatkan pada teman diluar sana,jagalah permakanan dan minum air yang bersih,kerana ramai penyumbang adalah mereka dari yang mengidap kencing manis serta darah tinggi hyper,yang makan ubat tahan sakit serta lainnya adalah kurang jumlahnya tapi sekarang ni yang tak ada tanda-tanda tersebut juga mengalami penyakit ini,ermm tapi sakit-sakit pun kalau dah kaki reformasi berjuang tetap berjuang,kemana pun bab-bab keadilan kena utamakan kerana sikap begini ada yang suka dan ada yang tak suka kerana bagi saya kepala kita bukan untuk dipijak-pijak. . . . .  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan