Ahad, 29 Mac 2009

PENAMAAN CALON TELAH SELESAI

Hari ini di 3 tempat pernamaan calon dijalankan iaitu di p.59 Parlimen Bukit Gantang,dun Bukit Selambau dan Batang AI telah selesai dijalankan,alhamdulilah kesemua wakil pihak PR telah berjaya menempatkan diri mereka bertanding dan bagi parlimen Bukit Gantang PR diwakili oleh MB Perak yang masih dianggap sah lagi oleh rakyat Perak iaitu DS Mohd Nizar Jamaludin dari PAS,sementara itu di Bukit Selambau pula PR diwakili oleh S.Manikumar dari PKR dan di Batang AI pula diwakili oleh Jawah anak Gerang dari PKR.


Bagi Parlimen Bukit Gantang khabarnya semasa pernamaan calon terdapat lebih dari 50 ribu penyokong datang dari berbagai tempat dan negeri sekadar untuk memberi sokongan serta bersama-sama meraikan pilihan raya kecil yang bakal dijalankan pada 7 april ini,dengan 3 orang calon iait dari BN dan bebas menjanjikan satu petandingan yang menarik kerana Parlimen ini dulunya adalah kepunyaan calon dari PR sebelun beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.


Bagi dun Bukit Selambau pula yang diwakili oleh S.Manikumar dari PKR kini beliau bertanding 15 penjuru dimana terdapat 13 calon bebas dan 1 calon dari BN M.I.C.menjadikan jumlah keseluruhan adalah 15 orang dan ini juga menjadikan sejarah dalam pilihanraya kerana inilah jumlah terbanyak yang masuk bertanding dalam satu kawasan.


Kawasan Batang AI pula yang dijangkkan akan melihat pertandingan 3 penjuru tapi disaat akhir calon bebas menarik diri dan berjanji memberikan sokongan terhadap calon dari PKR iaitu Jawah anak Gerang sementara lawannya adalah dari BN iaitu Malcolm Mussen anak Lamoh.Kini kesemua calon telah berjaya menempatkan diri mereka dan kesemua calon ada masa 9 hari untuk membawa agenda masing-masing.


Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menunjukkan kepada siapa sokongan mereka sebenarnya,bagi PR inilah masanya untuk membuktikan bahawa inilah masanya perubahan dilakukan bagi menunjukkan rakyat sebenarnya mahukan sesuatu yang baru yang bertuankan rakyat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan