Khamis, 19 Mac 2009

ISU LIMBANG!SIAPA YANG TIDUR NI?

2 Hari lepas sibuk akhbar tempatan yang memetik dari kata-kata Paklah menyatakan bahawa isu Limbang telah selesai kerana kerajaan Brunei telah mengugurkan tuntutan terhadap Limbang apabila pertukaran surat-surat perjanjian yang dimenterai oleh Brunei dan Malaysia berkaitan sempadan negara dimuktamadkan.Akibat salah tafsir itu maka kerajaan Brunei telah mengatakan bantahan mereka melalui Menteri Hal Ehwal Brunei Dato Seri Setia Lim Jock Seng dengan menyatakan bahawa isu Limbang tidak dibincang dalam perjumpaan dengan Sultan Brunei cuma berkenaan isu sempadan darat seluruhnya yang dibincangkan.


Apa punya Menteri lah yang Paklah bagi jawatan sampai macam ni pun boleh jadi,nampak sangat jauh punya hubungan antara Menteri dengan PM yang bakal bersara sikit masa lagi,Rais Yatim ni kerja sendiri pun tak boleh nak jaga tapi tunjuk pandai bukan main,ini lah Menteri tahap gaban,dulu dah lah Pulau Batu Putih terlepas kini sibik kononnya Brunei dan isu Limbang selesai tapi hakikatnya memasing sibuk tidurrrrr,malu weii mana kau nak letakkan muka tu.Apa pun alasan yang si Rais ni nak bagi semua nya orang dah nampak jangan nak salahkan orang lain pula kalau sendiri makan taik banyak sangat,Pak lah tersalah lantik orang untuk jaga kementerian ni kerana ramai yang percaya si Rais ni layak jaga muzium sahaja kerana memang itu lah yang layak dia lakukan. . . . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan