Sabtu, 21 Mac 2009

SPRM MANGKUK HAYUN

SPRM mengumumkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin umno yang mengamalkan rasuah adalah salah dalam tata etika ahli umno sahaja maka sekiranya ada bukti kesalahan jenayah barulah tindakan boleh diambil,wow betul punya turr SPRM ni,bila kena kat pemimpin UMNO semua nya diberi alasan yang memualkan tapi bila kena pimpinan PR Speaker dewan pun dia boleh masuk campur siasat,betul-betul mangkuk hayun SPRM ni,kalau dah rasuah tak kira parti mana dan jawatan apa pun dah itu tugas kau orang kena lah jalankan siasatan ni dia pula macam mahkamah menentukan siapa salah siapa benar memang dasar muka penyapu pengerusi SPRM ni.


SPRM ni boleh juga dikatakan sebahagian BN cuma sayap ini digunakan untuk membodohkan orang ramai,tapi hakikat yang ramai tahu sebenarnya inilah penipuan yang dilakukan oleh paklah kononnya untuk membentras rasuah tapi sebenarnya melindungi salahguna kuasa pemimpin umno sahaja serta rasuah-rasuah mereka sambil menekan PR dalam semua hal.Untuk pemimpin SPRM ingatlah bahawa amanah yang telah diberikan kepada kamu akan dituntut oleh semua pihak lebih-lebih lagi pada mereka yang telah di aniaya dari dunia sampai akhirat.Berseronok lah buat masa kini selagi seronok itu dapat membantu UMNO dan sekutunya merompak dan melakukan kehancuran dinegara ini dan biarkan rakyat kemudian hari menanggung beban tinggalan pimpinan BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan