Sabtu, 7 Mac 2009

144 PROJEK 200 RIBU RAKYAT

Sebanyak 144 projek perumahan terbengkalai yang dianggarkan bernilai rm 7-9 billion telah dikenal pasti diseluruh negeri Selangor sehingga Disember 2008 yang melibatkan 45,499 pembeli,wow ramai tu yang dok tunggu rumah depa nak di siapkan tapi macam tunggu buah tak gugur sebab terbengkalai.Pengerusi jawatankuasa tetap perumahan,pengurusan bangunan dan setinggan Iskandar Abdul Samad mengatakan bahawa satu jawatankuasa taskforse projek terbengkalai ditubuhkan untuk menilai semula samaada projek yang terbengkalai itu boleh dimajukan kembali,malah sehinga kini sebanyak 80 projek telah disenaraikan dan bedasarkan kajian konsultan yang dijalankan terdapat 46 projek yang dilihat berpotensi dipulihkan.


Tahun 2008 task forse ini berjaya memulihkan 8 projek didaerah Hulu Langat,Shah Alam,Gombak,Puchong,Klang dan Hulu Selangor dimana telah disiapkan 100% dengan 2,710 unit disiapkan dan bagi tahun 2009 ada 4 projek terbengkalai yang akan di pulihkan iaitu di projek perumahan Desa Kerayong Indah di Kuala Selangor,projek Platinum Damansara,projek pusat perniagaan dan pangsapuri di daerah Petaling dan lagi 1 di Gombak dengan projek perumahan dan termasuk 4 lagi yang disenaraikan dalam task forse yang boleh mendapat 7-8 ribu unit sekiranya dapat disiapkan kembali.


200 ribu rakyat Selangor yang telah dianggarkan terlibat dalam projek rumah terbengkalai ini yang dikeluarkan oleh statistik sehingga tahun 2008 dan task forse ini juga mahu agar sejumlah 45 ribu unit rumah yang terbengkalai ini dapat di pulihkan kembali agar 200 ribu rakyat Selangor yang terlibat dapat melihat rumah mereka walaupun kerajaan tidak menjanjikan penyelesaian yang dapat dilakukan sekelip mata kerana ia adalah masalah yang diwarisi  bertahun-tahun lamanya.Memandangkan situasi ekonomi yang lebih teruk pada masa ini kemungkinan terdapat beberapa projek yang akan mengalami masalah yang sama dan task forse ini juga telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya memantau projek di kawasan pentadbiran mereka agar 'AMARAN AWAL"  yang diterima dapat dinilai semula.


45 ribu unit dan 200 ribu rakyat bukan sikit tu,ini semua adalah kerja mereka yang sekadar maukan wang sahaja tanpa berfikir panjang bahawa keperluan terhadap rakyat umpama mainan yang boleh di main-mainkan,malah kalau difikirkan ini lah hakikatnya pimpinan umno BN menjaga keperluan rakyat mereka,bagi mereka apa yang mereka inginkan telah mereka kecapi maka lantaklah buat rakyat tapi masih ada juga yang nak di bodoh-bodohkan lagi oleh umno malah sanggup di kuda-kudakan dan lembu ditarik hidungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan