Khamis, 19 Mac 2009

SELANGOR PERLU DIBERSIHKAN SEGERA

Semalam di parlimen Anwar memberitahu ada unsur yang tidak sihat yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan PR di Selangor oleh jabatan perkhidmatan awam dimana ada usaha untuk merampas dam memburukkan kerajaan PR dan ini adalah salah satu penyalah gunaan kuasa oleh mereka-mereka pegawai tertinggi dalam JPA dan sewaktu dengannya.Ini perlu diambil berat oleh pimpinan negeri malah hubungan yang baik perlu dijalankan di peringkat bawah malah rakyat marhaen juga harus dilibatkan sama agar kerajaan yang telah di pilih ini dapat merealisasikan harapan rakyat selama ini.


Sudah tiba masanya pimpinan PR di Selangor bertindak jangan tunggu lagi,bersihkan mereka-mereka yang telah diberi peluang tapi mensia-siakan peluang ini,maka mereka-mereka yang masih setia pada umno harus dikeluarkan dari pemerintahan PR malah peluang ini harus dikembalikan pada rakyat yang selama ini bejuang menentang umno dan kita harus pastikan setiap tempat serta syarikat malah majlis perbandaran juga seharusnya bersih dari onak duri umno,malah hubungan yang baik juga harus di lakukan dan dikekalkan sesama pemimpin disamping melatih pimpinan baru yang akan menjadi tonggak akan datang.


Jangan mengambil sikap yang mudah,biar pun kita rakyat serta pimpinan lainnya sudah melalui zaman menjadi pembangkang selama 50 tahun lebih maka gunakan lah peluang menjadi kerajaan negeri ini dengan sebaiknya,bagi BN yang sukar menerima kekalahan mereka dan kini menjadi pembangkang tentu mereka akan mencari jalan dengan apa cara sekali pun dan itulah yang mereka lakukan di Perak,untuk menunggu sehingga PRU13 akan mengambil masa 3 tahun lebih maka kita kena lah lebih kuat serta tegas dan membuktikan bahawa kita PR jauh lebih baik serta berkualiti dari BN dan kekalkan momentum ini selagi daya.

Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor serta pimpinan tertinggi dalam kerajan negeri Selangor harus peka keadaan ini maka keprihatian mereka semua terhadap rakyat haruslah diutamakan dahulu dari kita dok menjatuhkan musuh PR iaitu Umno,mereka -mereka ini rakyat telah bosan dan telah mengalami sejarah hitam dari pimpinan mereka,maka keutamaan kini seharusnya menjaga rakyat negeri sendiri lebih-lebih lagi dengan situasi ekonomi yang semakin teruk kini sambil bertahan kita menyerang mereka-mereka yang cuba melakukan kejahatan.Satu yang pasti hubungan dengan pihak media terutama Blogger Selangor juga harus di tingkatkan malah bantuan yang perlu juga disalurkan agar gerak kerja Blogger Selangoe serta Blogger Negeri lainnya juga dapat disatukan menjadi satu benteng informasi yang sebenarnya untuk rakyat luar menerima info yang betul dan benar.


Apa pun yang penting agama harus kita utama kan dahulu dan masa untuk bekerja sepatutnya telah digerakkan dan kini apa yang perlu dilakukan kenalah di terjemahkan dengan perbuatan  agar ia menjadi panduan serta contoh pada bakal pimpinan akan datang,walaupun untuk membersihkan kekotoran agak sukar tapi dengan melakukannya dengan selalu insyaallah pembersihan dapat dilakukan dengan jayanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan