Isnin, 30 Mac 2009

INI PUN ORANG TAK NAMPAK!!! BUTA HATI LAHHH

Layan dulu cerita ini,bab pemimpin macam ni lah yang sebenarnya orang dok suka,bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa tapi bila kita telah menjadi pemimpin keluarga yang berjaya pasti kita juga mahukan pemimpin masyarakat yang juga telah berjaya terhadap keluarga mereka serta tanggungjawab yang telah diserahkan padanya,jadi aku sekadar nak copy dan paste dari blog matsamankati,harap-harap beliau halal dunia akhirat untuk dikongsi info ini serata alam maya

Nuffnang Ads

MB dia..Calon dia..Imam pun dia.

BY MATSAMANKATI AT ,

Bukan senang nak cari orang yang boleh buat serba-serbi. Kalau nak maki hamun…yang tu Perak Bangkit pun boleh buat. Kalau nak jadi tukang bodek, yang tu bagi kat Gomo. Tapi kalau nak jadi MB, nak jadi Imam, nak jadi Ir..kat Perak ni cuma ada sorang saja.

Tu pasai ada orang sakit hati bila Nizar diminta menjadi Imam. Tu pasai ada orang yang sakit hati Nizar jadi MB. Dan lebih sakit hati…bila tengok Nizar lebih diterima di Perak berbanding MB Haram Umno/BN.

Pagi tadi…masa aku tengah syok tidor…dapat satu call tentang satu kematian di Taman Damai. Bagi aku..kematian satu perkara biasa. Tapi dalam hal ini, aku diminta supaya pi tengok jugak.

Bila aku sampai dimasjid Pengkalan Aur, Nizar sedang mengimamkan solat zohor. Pada aku…ini bukan luar biasa. Tapi bagi puak belah nun..ini sudah luar biasa. Kot-kot la Pak Lah boleh jadi imam…tapi yang nak ganti Pak Lah ni boleh ka?

dsc09831Lepas solat zohor, Nizar mengimamkan solat jenazah. Bukan aku nak kata orang lain tak boleh nak buat, tapi pasai apa tak panggil Zamry ka..Mail Sapian ka? Atau pun… dah panggil…tapi depa tak upaya? Ataupun..Zamry dengan Mail tak bangkit lagi…pasai malam tadi karaoke sampai pagi kat Bilik Gerakan Pemuda UMNO Simpang kot?

Dari masjid, terus ke tanah perkuburan. Aku dok peratikan jugak kot-kot ada imam puak nun yang nak rampas mikrofon. Tapi tak dak jugak. Last-last…kat Nizar jugak la depa tala.

dsc09840Nasib baik la Nizar ni boleh harap. Kalau nak harapkan puak nun…susah sikit la. Takat pulun komisyen boleh la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan