Sabtu, 28 Mac 2009

MASIH LAGI PERCAYA DENGAN MAHATHIR KE?

Mahathir semalam dalam blog nya ada mengatakan mengapa beliau tak mahu menghadiri PAU ke 59 dan dengan bongkaknya umpama dendam atas kekalahan anak beliau bertanding jawatan ketua pemuda umno dan hari ni jam 12 lebih beliau mengejutkan perwakilan serta pemimpin umno kerana menampakkan batang tubuh beliau disaat terakhir PAU.Walaupun kedatangan beliau dilihat untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa umno masih lagi kuat tetapi apa yang banyak diceritakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan dalam umno serta ahli seperti dalam blog-blog menyatakan bahawa memang umno sebenarnya sudah bungkam hampir karam dan pecah berkecai.


Kehadiran Mahathir serta gaya mesranya terhadap PM paklah terserlah masih lagi mengangap paklah musuhnya walaupun paklah menunjukkan contoh terbaik tidak mempertahankan jawatan presiden sepertinya yang menghalang orang dari bertanding jawatan tersebut,malah anak menantu paklah pun yang menang ketua pemuda masih lagi ada perwakilan serta penyokong yang kalah mengeboo khairy,walaupun sekapal tapi hakikatnya terdapat jurang perpecahan yang besar berlaku,dan banyak komen dalam blog bagaimana sikap Mahathir terhadap Paklah dan bagi kita apa pun sikap Mahathir sebenarnya ia tersangat lah suka berdendam dan berpura-pura,kerana selagi musuhnya tak ditamatkan kerjaya politik maupun mati selagi itu dia harus hidup untuk meneruskan ajenda tersebut.


Mengapa harus keluar dari umno baru yang ditubuhkannya sendiri,walaupun kebencian terhadap paklah melimpah ruah sedangkan paklah itulah pilihannya sendiri,ketulahan lah tu tapi tak boleh dan mahu menerima kesilapan sendiri,hakikatnya walaupun pernah menjadi PM selama 22 tahun lebih tapi sikap sombong beliau sebenarnya membuat ramai orang serta rakyat membenci dan kini namanya memang sudah tercemar kerana kezaliman yang telah dilakukan terhadap ramai pemimpin malah katnya ia akan kembali masuk umno setelah paklah meletakkan jawatan,apakah pemimpin umno yang ada sekarang ni bodoh seadanya?


Siapa sebenarnya yang menghancurkan nama umno,jangan buat-buat lupa,sejarah telah membuktikan,mereka-mereka yang bodek sahaja yang menerajui umno dari dahulu sehingga kini,dan kini umno terdiri dari anak beranak pimpinan umno dahulu kerana umno parti keturunan kaum elites yang kaya raya.Menjelma nya Madey pada hari ini mesti ada sebabnya,malah sebabnya mungkin mereka-mereka disana sudah tahu malah bagi kami rakyat pejuang pakatan rakyat yang ditakuti serta digeruni oleh perwakilan umno disebabkan perkataan sahaja,memang tidak akan percaya apa pun yang diucapkan oleh Mahathir cuma Ibrahim Ali sahaja yang dok lagi memuja Mahathir sehingga kini,paklah kuasa masih lagi di tangan kau,kerana rakyat akan meminta kau bertanggungjawab dunia akhirat kerana kau cucu seorang ulama,kau pun sedar betapa besarnya kebencian madey terhadap kau dan menantu kau sorang tu. . . . . .


Pak lah kalau kau masih lagi percaya permainan si Madey ni ikut suka hati kau lah,bagi kami Umno dah nak karam dan karamnya umno disebabkan oleh nakhoda serta pimpinan nya,karma dunia haruslah kena terima kerana kezaliman terhadap rakyat juga dari umno malah ramainya lembu-lembu ditarik hidungnya juga disebabkan umno,malah melayu lupa diri pun sebab kan umno,ugama disisih pun disebabkan siapa?sedangkan manusia yang hidup pasti mati apalagi sebuah parti. . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan