1.Di Perlis sehingga 21 mac 2009 seramai 38 orang pesakit telah dijangkiti penyakit demam denggi,dan bagi minggu ke 10/2009(8-14mac)seramai 2 orang pesakit dijangkiti bagi minggu ke 11/2009(15-21mac)seramai 5 orang telah dijangkiti bagi tempoh yang sama tahun 2008 sejumlah 24 orang pesakit dikesan ini menunjukan peningkatan seramai 14 orang dalam tempoh yang sama.
2.Di Kedah pula terdapat seramai 308 pesakit sehingga mac 2009 berbanding tahun 2008 terdapat 256 pesakit dan bagi minggu ke 10/2009 terdapat 6 orang pesakit,bagi minggu ke 11/2009 pula 17 orang pesakit telah dikesan,seminggu kenaikan mendadak 11 orang,perh ramai tu,orang Kedah hang kena ambil pot benda-benda ni penting kesihatan ni,tak jaga macam mana nak berjuang.
3.Pulau Pinang sehingga mac 2009 seramai 634 orang dijangkiti demam denggi berbanding tempoh yang sama tahun 2008 seramai 383 orang sahaja dan bagi tempoh minggu 10/2009 ada 25 orang telah dijangkiti demam ini dan bagi minggu 11/2009 meningkat kepada 32 orang,nampak gayanya semua kearah peningkatan.
4.Perak nampak gaya nya menjadi negeri yang nyamuk suka datang jatuh no 3 dimana seramai 1123 orang telah digigit nyamuk adies sehingga mac 2009 berbanding tahun 2008 terdapat 383 orang pesakit yang sama,bagi minggu 10/2009 seramai 72 orang dan bagi minggu ke 11/2009 pengurangan seramai 55 orang.
5.Selangor menjadi negeri wahid no 1 serangan nyamuk adies ni dimana tahun 2009 mac telah menjadikan mangsa seramai 6893 orang dan bagi tempoh yang sama tahun 2008 seramai 3254 pesakit yang dikesan dan bagi minggu ke 10/2009 seramai 595 pesakit dimasukkan hospital dan bagi minggu seterusnya 605 dengan 1 kematian dilaporkan,Kerajaan PR kena ingat bila negeri maju nyamuk pun ikut maju juga, penyangak lagi lah jangan cerita,sempat dan ada peluang je depa balun.
6.WPKL dan Putrajaya menjadi ikutan no 2 dimana seramai 1123 pesakit dikesan demam denggi dan bagi tempoh yang sama tahun 2008 seramai 973 pesakit disakiti nyamuk adies ini,dan minggu ke 10/2009 80 orang dengan 1 kematian dilaporkan sementara minggu ke 11/2009 peningkatan seramai 99 orang.
7.Negeri Sembilan pada mac 2009 seramai 226 pesakit juga dikesan disini dan tahun 2008 tempoh yang sama menunjukkan angka 238 yang mengidap demam denggi dan pada minggu ke 10/2009 cuma terdapat 8 orang sahaja dan minggu ke 11/2009 ada terdapat 17 dengan 1 kematian.
8.Melaka pula pada masa yang sama seramai 163 orang telah menjadi mangsa nyamuk sehingga mac 2009 dan 2008 pula seramai 125 orang menjadi mangsa dan bagi minggu ke 10/2009 12 orang dapat makan dan minum free kat spital dan bagi minggu 11/2009 naik menjadi 13 orang.
9.Johor pula mencatitkan seramai 652 pesakit dan tahun 2008 pula seramai 616 orang dicatatkan pada tempoh yang sama dan bagi minggu ke 10/2009 seramai 40 orang dan meningkat seramai 59 orang pada minggu ke 11/2009.
10.Pahang menunjukkan penurunan kerana terdapat seramai 279 orang pada tahun 2009 mac dan tahun 2008 ia seramai 368 orang dan minggu ke 10/2009 seramai 18 orang dengan 1 kematian dan minggu seterusnya turun menjadi 13 orang.
11.Terengganu pula pada tahun 2009 turun menjadi 289 orang pesakit dan tahun 2008 pula disana seramai 434 orang dijangkiti demam denggi,bagi minggu ke 10/2009 pula seramai 33 orang dan minggu ke 11/2009 turun menjadi 17 orang.
12.Kelantan pula tahun 2009 meningkat kepada 399 orang kerana tahun 2008 seramai 341 pesakit dikesan disini dan bagi minggu ke 10/2009 seramai 43 orang dan minggu ke 11/2009 turun menjadi 33 orang.
13.Sarawak pula pada masa yang sama tahun 2009 meningkat kepada 486 orang pesakit dari 339 orang pesakit demam denggi tahun 2008 dan minggu ke 10/2009 pula 35 orang dikesan dan minggu ke 11/2009 naik 1 menjadi 36 orang.
14.Sabah pun pada tahun 2009 menunjukkan kenaikan kepada 269 orang dan tahun 2008 disana terdapat 262 orang dan bagi minggu ke 10 dan 11/2009 terdapat 19 dan 24 orang yang digigit nyamuk adies,sementara itu diWP Labuan seramai 13 orang pada tahun 2009 dan pada tahun 2008 ada seramai 15 orang dan minggu ke 11/2009 terdapat 4 orang demam denggi
Jumlah keseluruhan negara adalah 12,933 pada tahun 2009 sehingga mac sahaja dengan 35 kematian,pada tahun 2008 seramai 8,666 dengan 16 kematian dan dari minggu ke 10/2009 ke minggu ke 11 terdapat kenaikan yang tinggi dari 988 kepada 1029 kes.Ingat nyamuk jangan dibuat main,kalu kena merana jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan