Selasa, 10 Mac 2009

70,000 BANGLA KECEWA

Akhirnya menteri yang berkenaan setelah didesak oleh rakyat maka telah membatalkan permit kemasukan pekerja bangla seramai 70,000 yang kononnya akan masuk sedikit masa lagi.Memandangkan ekonomi yang telah merundum dan tak menentu yang dihadapi oleg semua negara maka memang wajarlah kemasukan ini dibatalkan dan inilah masanya untuk kerajaan menjaga rakyat negara sendiri,walaupun berbagai idealogi politik tapi sebagai kerajaan maka tangungjawab kena lah diutamakan dahulu lebih-lebih lagi dengan suasana ekonomi sekarang yang memungkinkan semuanya terjadi.


Tidak perlu merasakan simpati kepada kegagalan kemasukan bangsa bangla itu kerana yang utama adalah rakyat sendiri,apa pun inilah masanya untuk rakyat mengambil peluang serta dapat menggunakan sumber tenaga rakyat tempatan walaupun ada masanya kerja yang dilakukan berbahaya tapi sekiranya di bayar dengan gaji yang berpatutan maka semua ini dapat dilaksanakan dan sekurangnya dapatlah wang kita tidak dibawa keluar oleh kerana menggunakan rakyat tempatan berbanding warga luar yang pasti wang kita akan dihantar ke luar negara.


Pihak imigresen kena lah bertanggungjawab terhadap suasana ekonomi yang sedang melanda sekarang dan sekiranya wang deposit yang telah diambil maka bertanggungjawablah untuk memulangkan kembali kepada mereka-mereka yang berkenaan tapi janganlah cuba bermain dengan api dengan melakukan rasuah dan salahguna kuasa kerana menjaga rakyat sendiri adalah penting dari menjaga rakyat negara luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan