Selasa, 24 Mac 2009

MAK Aii ! NIZAR CALON BUKIT GANTANG

Pagi tadi masa hantar anak ke sekolah dengar radio yang mengatakan DS Nizar menjadi calon untuk parlimen bukit gantang,wow rasa suka sesangat sebab inilah masa untuk mengajar kebiadapan UMNO BN terhadap rakyat negeri Perak,walaupun aku ni orang Selangor tapi isteri aku orang Perak,Sungai manik tu banjar beb,tu yang dok selalu layan al-banjari online,apa pun tahniah buat DS Nizar kerana telah diamanahkan untuk mewakili parlimen Bukit Gantang semoga berkat ketabahan semua perjuangan insyaallah Parlimen Bukit Gantang dapat kita tawan kembali.


Sekurang-kurang nya dapat lah sejukkan hati ini sebab marah sangat dengan mangkuk hayun Menteri Dalam Negeri yang dok pi rentikan akhbar harakah dan keadilan,sikit punya takut depa tu nanti keluarlah cerita PAU dalam akhbar yang semakin disukai ramai,ni lah demokrasi ala umno BN hampehhhhhhhh betul.


Menurut blog yang aku suka sangat layan al-banjari online yang melaporkan bahawa terdapat ramai penyokong(15 ribu) yang membanjiri Taman Kota Jaya,Simpang,Taiping semasa Tuan Guru Hadi Awang mengumumkan pencalonan bagi P.59 Bukit Gantang,dan selain dari Tuan Guru Hadi Awang dan DS Nizar yang berceramah YB Azmin Ali dan YB Ngeh Koo Ham turut memanaskan suasana disana,dan kini isyarat telah kita beri cuma menunggu bagaimana rakyat Bukit Gantang menterjemahkan melalui undian yang akan dijalankan pada 7hb april ini sementara itu pastinya suasana pada 29 mac ini menjanjikan satu pesta buat BN kerana terdapat 3 tempat pencalonan yang dijalankan serentak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan