Rabu, 18 Mac 2009

RASUAH UMNO DAN KERAJAAN PERPADUAN

2 perkara ini yang aku nak sentuh je,pandangan aku sebagai rakyat lah umno ni simnonim dengan rasuah sejak madey jadi PM nya,tak kan orang semua tak tahu,dulu-dulu pun ada gak rasuahnya tapi sekadar salahguna kuasa,tapi bila masuk era madey wang pun jalan juga sekali dengan salahguna kuasa,sebenarnya aku pun tak nak masuk bab-bab pasal umno dan kisah dalam keluarga mereka tapi cuma nak mengatal tangan nak tulis pasal apa yang berlaku dalam umno berkenaan pemilihan yang bakal dijalankan sedikit masa lagi,selagi umno ni bertuan kan wang maka selagi itu lah rasuah tak tak habis dan selagi ada mereka-mereka yang sanggup menyalurkan dana maka selagi itu lah ada orang yang mengharap mendapat wang sana sini secara mudah bagi mereka-mereka ini lah masanya pesta wang bermula.


Umno ni nak bersih dari rasuah susahlah sebab kemewahan yang mereka dapat pun sumbernya dari menyalahgunakan kuasa juga,lari jauh pusing sana pusing sini balik kat situ juga,jadi kerajaan pun dok cara tipu maka semua itu pun nak kena rasuah juga,kalau tak dah lama dah bungkus sebabkan rasuah banyak sangat sampai ke akar umbi pun terlibat sehinggakan terbitlah perkataan umnorasuah dulu kini dan selamanya,apa yang jadi kat Ali Rustam tu aku tak nak komen banyak sebab mesti ada salah sorang dikambing hitamkan jadi apa pun alasan umno cuba untuk membersihkan parti dari rasuah pasti takkan berjaya,bukan nak merendahkan mereka-mereka tapi itulah hakikat yang sebenarnya mereka harus terima. . . . . . .


Kecoh pasal kerajaan perpaduan,aku bukan tak nak sokong pasal kerajaan perpaduan ni,tapi kalau tanpa umno aku sokong sangat sebab umno ni dah kira boleh buat parti antik simpan jadi sejarah itu pun kalau ada yang nak simpan tapi ramai yang nak buang dan tanam dalam-dalam sebab apa?kita pun dah boleh tau dan nampak kan.Manusia ni semuanya sama je sikap mereka selagi bertuankan dunia maka yang baik pun pasti satu hari berubah,macam lah umno 30 tahun dulu semua orang melayu sebut je umno depa ingat inilah parti yang menjaga melayu tapi masuk era maday 20 tahun barulah nampak belang mereka siapa punya angkara madey kan,janganlah mudah lupa,madey ni banyak sangat kena sumpah seranah sebab itu lah umur dia panjang lagi sebab dia gunakan otak dok pikir dok pikir supaya rakyat kembali suka kepada dia. . . . pi dah tak sior teman sebab kita bukan mudah lupa apa yang dia dah lakukan pada negara ini.


Kerajaan Perpaduan tanpa umno boleh sangat sebab parti lainnya adalah parti yang memperjuangkan kaum bangsa mereka,cuma ia perlu di tingkatkan kualiti pimpinan parti tersebut baru kerajaan perpaduan boleh dilaksanakan dan rakyat menjadi penentu utama serta dasar-dasarnya  perlu digubal fokus keutamaanya terhadap keperluan rakyat sendiri dan agama menjadi teras utama kerana agama boleh menjadi benteng teras pimpinan kini dan akan datang.Tapi kalau lah ingin bersama-sama umno untuk kerajaan perpaduan  aku rasa tak payah pun tak pe,umno lah penyangak,penyamun dan semualah ada pada umno,sebabnya itulah cara mereka untuk kekal memerintah selama ini,kuasa yang mereka dapatkan adalah untuk mereka kumpul kekayaan buat diri mereka rakyat biar susah dan mati kepayahan. . . . . . . 


Tulis panjang-panjang pun rasanya tujuan sama dengan yang lain blogger diluar sana,apa pun ini adalah pandangan kita sebagai rakyat,kalau bagi cadangan pada umno pun mana depa nak ikut sebab mereka diktator kuasa mereka lah yang menghancurkan mereka balik dan sekarang pun telah nampak karma-karma tersebut dan ia sedang merebak ke seluruh negara tapi bagi mereka apa pun yang terjadi WANG dalam simpanan bank mereka 7 keturunan tak habis makan dan guna. . . . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan