Selasa, 24 Mac 2009

KHAS BUAT KHIR TOYO!MELAYU MAKAN MELAYU

Masuk dalam maya jalan-jalan  dan singgah sekejap dalam blog anti khir tertarik posting yang dikeluarkan dan berminat untuk copy and paste,moga tuan punya blog izinkan teman ambil thread ini sebagai menyebarkan apa yang patut untuk ingatan mereka-mereka yang mudah lupa siapa melayu makan melayu,




Inilah derita kami




Gambar inilah kebahagian mereka dari derita kami



Sahabat ku
Semalam aku bisikan ke telinga anak kecil ku
Esok lusa jika aku dijemput kembali
Aku akan pergi , jika itu janji aku pada Ilahi.

Kata ku kepada anak ku
Berjanji la kamu,
Sebagai saksi
Apabila syurga kita
Melutut menyembah bumi sendiri
Kerana khianat bangsa kita sendiri
Mereka ragut kebahagian kita
Untuk ketamakan mereka
Dari derita kita
Dari air mata kita
Dari kesengsaraan kita
Dari keringat dan peluh ayah
Dari tangis dan rayuan ibu mu
Dari kesombongan mereka
Dari kuasa bongkak mereka
Dari kezaliman mereka
Dari ketamakan mereka
Dari keangkuhan mereka.
Mereka diri kan istana mereka
Mereka roboh kan mahligai kita

Anak ku
Berjanji lah
Kerana kau juga menjadi saksi
Kerana kau juga yang mengerti
Kerana kita lemah tak berdaya
Kerana kita mangsa haloba mereka

Sahabat ku
Hari ini mereka merayu
Hari ini mereka menagih
Mereka berjanji
Mereka lakukan apa saja
Kerana mereka mahukan kembali
Kuasa mereka
Kerana

Allah SWT
Membalas dosa terkeji
Allah tarik kuasa mereka
Allah tarik keangkuhan mereka
Allah tarik kesombongan mereka
Allah tarik negeri mereka
Allah tarik mahkota mereka

Nukilan : Ayah Kampong Beremban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan