Rabu, 25 Mac 2009

MENJADI LEMBU PADA ISTERI DAN KHIR TOYO

Hari ni balik dari buat dialisis terus ambil anak,balik isteri ada di rumah,tak lah letih sangat hari ini cuaca pun boleh tahan,balik lepas rehat sekejap aku pun makan,lepas tu online dulu sambil update antivirus sesambil tu layan jap blog popular,nampaknya hari ni,suasana masih awal lagi,masuk sana masuk sini singgah lah di kelab greenboc dan baca posting pasal si Datin Khairiyah Abu Hassan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB yang aku anggap minah ni adalah lembu dicucuk hidung oleh isteri dan Khir  semasa menjadi MB Selangor dulu,aku rasa nak copy dan paste je thread di dalam kelab greenboc sekadar untuk menambahkan lagi sebaran maklumat keserata alam maya,mari kita layan dan menilai bagaimana mangkuk-mangkuk hayun ini bekerja perabiskan wang rakyat Selangor,

PNSB Ibarat 'Cashier' Untuk Balkis

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dilabelkan sebagai 'cashier' (juruwang) oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Teng Chang Khim pada sesi petang Pendengaran Awam Balkis berkata ini berikutan amalan anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu yang menurut saja arahan atau permintaan Badan amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis) untuk menyelesaikan pembayaran atau memberi sumbangan berkaitan dengan aktiviti atau program anjuran badan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan memberitahu panel Selcat, adalah menjadi amalan biasa bagi pengurusan syarikat tersebut untuk melunaskan ataupun menyediakan sumbangan berbentuk wang ringgit setiap kali diminta berbuat demikian oleh Yang Dipertua (YDP) atau Setiausaha Kerja badan berkenaan.

Ahli panel Selcat, Saari Sungib, yang juga Adun Hulu Kelang turut mengulangi kesimpulan yang dibuat bahawa PNSB sememangnya berperanan seperti juruwang ketika itu apabila bil-bil Balkis yang berjumlah begitu kecil serendah RM180 untuk membeli bakul hadiah pun terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut.

Sepanjang tahun 2002 sehingga 2007, PNSB telah menanggung atau menaja kebanyakan program serta aktiviti yang dianggap mengamalkan pembaziran dan gaya perbelanjaan mewah.

Selcat diberitahu, antara pembelanjaan atau sumbangan yang dilakukan oleh PNSB termasuk:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan