Setahun jagung usia kerajaan PR,tengok apa yang BN lakukan,malah mantan MB Khir Toyo pun macam gila meroyan mahukan jawatan itu kembali kepada beliau,bukan di Selangor sahaja malah tengok apa terjadi di Perak,sudahlah kerajaan PR terpaksa berjuang dengan umno BN tetapi dengan Sultan pun juga PR terpaksa berjuang,sedangkan sakai-sakai tu hidup mereka dengan subsidi dari rakyat,menyusahkan tak habis-habis,mengapa kita perlu hormat dia orang ni sedangkan kita sesama manusia,apa besarnya dia orang ni yang boleh disamakan dengan ulama kita?jauh panggang dari api umpama tin kosong yang pandai bercakap tapi habuk pun tarak,hidup penuh duniawi je,ini lah bila TAMAK dan WANG menguasai diri.
Berbalik posting diatas,maka sudah masanya kita berkerja menjaga rakyat sendiri,malah keadaan ekonomi yang tidak menentukan buat masa kini menjadikan rakyat merasakan politik kotor BN janganlah dilayan kerana rakyat sudah celik dan sedar siapanya BN yang memalukan diri sendiri dan negara.Pembersihan harus dilakukan dalam kerajaan negeri,mereka yang diberi peluang tapi mensia-siakan nya haruslah ditukar dengan segera,bukan dendam tapi hakikatnya begitulah supaya musuh dalam selimut bisa dihapuskan agar tujuan kita dapat dilaksanakan dan manafaatnya dapat dirasa oleh semua rakyat.
Dakwa lah mereka-mereka yang telah menyalah gunakan kuasa,bukan untuk hukuman tapi agar menyedarkan mereka-mereka yang dilantik atau dipilih agar bekerja dengan betul,jujur serta amanah kerana bila permulaan yang bermoral ini dijalankan maka kita boleh melihat hasilnya sedikit masa lagi,malah ini juga akan menjadikan satu sistem yang boleh digunakan oleh generasi akan datang dalam menguruskan apa jua bidang mereka.Bila kebaikan yang kita mahu bentuk maka kebaikan juga lah yang akan kita perolehi,bagi mereka yang telah berubah dan mau berubah maka kita sokonglah mereka dan berilah tanggungjawab yang sewajarnya agar mereka bersama-sama kita mengharungi sisa-sisa yang tinggal kerana kita menjanjikan perubahan. . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan