Rabu, 11 Mac 2009

PAKLAH ANWAR JANGAN LEBIH SPEKUALASI

Khabarnya tengahari semalam di Hulu Langat pertemuan tidak disangka antara PM Paklah dengan Anwar secara tak sengaja telah berlaku dimana kehadiran mereka berdua adalah diatas je mputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub bersempena dengan majlis Maulidul Rasul dan sambutan tamat latihan kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman di Hulu Langat.

Paklah yang tiba lebih awal dari Anwar telah sampai di sana jam 12.08 tengahari dan Anwar sampai selepas 20 minit telah mengejutkan orang ramai dan  mereka serta beberapa orang kenamaan telah dijemput makan bersama-sama dan khabarnya juga telah berbincang bersama 6 mata yang yang diteman oleh Sheikh Mahmud.

Selepas makan mereka berdua telah menunaikan solat bersama-sama dan Paklah pulang lebih awal menuju ke Parlimen untuk perbentangan bajet oleh Najib dan Anwar pulang 50 minit kemudian dan ditanya apakah berbincangan antara mereka berdua inlah yang dijawab oleh DSAI :

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen



Tiada ulasan:

Catat Ulasan