Ahad, 22 Mac 2009

KHAIRY BUAT LAPORAN POLIS! TAKTIK DAN SIMPATI

Hari ni bakal Ketua Pemuda Umno anak menantu Paklah si Khairy membuat laporan polis berhubung buku yang dikeluarkan oleh seorang penulis yang kononya cuba menfitnah beliau dalam  buka yang bertajuk Tuah dan Sial Khairy Jamaludin,dengan bertemankan perwakilan Ketua pemuda umno bahagian Kota Melaka ahli parlimen Rembau ini telah hadir dibalai polis Brickfields pada jam 10.15 pagi untuk membuat laporan.


Menurut Khairy penulis pernah berjumpa beliau di pejabat dan meminta bayaran wang sejumlah rm 100,000 pada 17 februari untuk menghentikan penulisan buku tersebut tetapi beliau enggan memenuhi permintaan penulis buku tersebut dan menurutnya lagi penulis tersebut juga memberitahu bahawa ia ditaja oleh musuh politiknya dalam umno dan dakwa penulis itu lagi buku-buku itu sedang di poskan kesemua alamat perwakilan pemuda yang akan berhimpun minggu hadapan.


Apa pun bagi aku yang kerdil ini menganggap ini adalah sebahagian dari taktik mainan politik seseorang untuk mencari simpati,bukan semua orang tak tahu kalau lah apa juga laporan polis oleh  umno pasti dengan pantas polis akan bertindak lagi pun kan kuasa si Khairy ni lebih mengatasi kuasa PM yang ada sekarang,siapa tak kenal dengan Khairy?kononya rm 100,000 yang diminta adalah terlalu banyak buat beliau dan mengapa menunggu sehingga hampir perhimpunan baru mahu buat laporan sedangkan penulis itu katanya berjumpa dengan beliau pada 17 februari,nampak sangat ini perancangan taktik untuk mencari simpati.


Sudah-sudahlah nak jadi penipu,kalau diri itu tak berwibawa nak buat macam mana,jadi naib ketua pun sebabkan anak menantu PM kalu tak dah lama jual karipap,lagi pun kan dah kena amaran pasal rasuah maka ini lah jalan untuk mencari simpati,aku sebenarnya pun tak peduli mamat ni nak buat apa pun,tapi apa yang aku pikir mungkin itu juga ada dalam pikiran orang lain keran dalam umno semuanya boleh terjadi dan dijadikan,apa pun bagi aku sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat berperang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan