Khamis, 30 April 2009

PERAK!! KALAU DAH MAMAK OTAK PUN BERSEMAK

Orang nak jadi pemimpin dia pun nak jadi pemimpin,ni lah mamak tak sedar diri,nah apa yang kau rasa sekarang Zambry?Mahkamah belum putuskan siapa lagi  yang benar berkuasa tapi dia dah melangkau jauh dengan pecat ketua kampuang lah,nak pecat Speaker DUN lah,tak nak bagi akhbar mengikuti sidang  dun lah,tu lah ni lah tapi kita dok lupa yang satu,mengapa Najib tinggalkan Perak di bawah MAMAK ni?mestinya ada sebab yang Najib biarkan Perak bermasalah dan masalah yang dia lakukan mamak ni yang dok jaga sorang-sorang,kalau dipikirkan mengapa Terengganu,Selangor,Wilayah Persekutuan,Kedah,Penang dijaga oleh mereka yang berjawatan tinggi?umno ni lantaklah yang ni nak dajalkan orang-orang ni dan orang ni nak pi dajalkan orang -orang ni pulak perang sama sendirilah nampaknya tak habis-habis pas tu menyusahkan rakyat haram babi hutan betul. . . . . 


Bercerita pasal kat Perak nampak sangat si tamak dan gila kuasa mamak pangkor ni, semua yang dia lakukan serupa kepala otak dia orang pulau,lah ni dia sendiri kena pulau oleh rakyat,malulah nak jadi pemimpin pun nak mengemis ke?takkan orang tak perasaan kenapa Najib dok tukar nak jaga umno Selangor,dia sendiri heboh dia naka jaga Perak tapi dah bermasalah pi lepas tangan je,ermmmm napa ek?yang pasti  Najib mau rakyat tidak menumpukan semua masalah terhadapnya malah isu-isu besar juga sedikit sebanyak akan dicuba untuk disenyapkan melalui media kroni dan biarkan Perak buat sementara ini menjadi satu perhatian agar Najib menambahkan kekuatan nya sendiri,pastinya mamak Zambry juga mengerti dia menjadi boneka mainan Najib sekadar memanaskan keadaan semata-mata untuk melarikan tumpuan orang terhadap Najib.


Bila kepala otak dah berserabut dan tahu apa yang bakal terjadi nak tak nak terpaksa lah mamak pangkor ni buat apa yang dia rasakan perlu sekadar memanjangkan suasana tegang dan panas di Perak sebelum ditinggalkan masalah yang lebih besar untuk dipikul oleh PR,ini semua mainan politik orang gila kuasa dan memang nak berkuasa,no wonder lah Najib bagaikan berat nak layan PRK sebabnya dia sendiri yang tahu,madey pun tahu apa lagi lah DSAI lagilah tau sesangat,ada blogger pun mungkin sudah mengetahui sebabnya cuma tak berapa nak confirm je lagi ,apa pun kita layanlah isu -isu yang bakal diketengahkan sedikit masa lagi terutama kat Perak bak kata astro macam-macam ada. . . . . . . 


Cuma satu je aku nak tanya pada semua,kalau Malaysia ni ada banyak negeri malah negeri-negeri tu dipimpin oleh mereka dari berbilang bangsa napa sesetengah negeri mempertikaikan mesti berketuakan orang melayu sahaja,yang lain tu bukan rakyat Malaysia ke?Siapa yang sebenarnya mendiskriminasikan rakyat sendiri sehingga adanya sikap berpuak-puak,takut hilang bangsa tapi tak takut hilang AGAMA. . . . .

DENGAN UMNO NI TAK PAYAH LAH NAK TANYA

Aku masuk layan perisikrakyat dan tertarik dengan thread dari Naruto Sensei dan aku cuma nak copy dan paste je tapi yang aku nak bagi tau dengan umno ni tak payahlah kita nak tanya depa,sebab depa ni semua pintu hati dah tertutup,leka dok kejar hidup mewah dengan salahguna kuasa dan rasuah,tu lah madey kata yang melayu mudah lupa tapi cuma dia tak kata melayu umno je,kalau tak mampus dok kena hambat hantar pulau sri lanka,umno ni mana dia orang nampak semua tu yang dia orang nampak $$$$$$$$ je yang lain pi jauh-jauh,jom kita layan jap apa yang telah diingatkan kembali oleh si naruto ni,

-Naruto sensei

UMNO memerintah 51 tahun...

Ahli Melayu UMNO ni dah nyanyuk ye... kesianye Ahli Melayu UMNO nih... Melayu UMNO cuba anda perhati betul2 Siapakah yang menjadikan Pulau Singapura bukan milik Melayu lagi..?

Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat Muhyiddin Yassin berapa banyak tanah kat sekitar Larkin, Kg Melayu Majidee dan banyak lah kawasan kat Johor tu dia jual kat Tokey2 singapura..

Cuba Ahli Melayu UMNO tanya bekas PM Pak Lah berapa banyak saham dan tanah orang Singapura bila Wilayah Iskandar siap nanti? Khabarnya saham Singapura sampai 70%.. Jadi negeri Singapura Kecil nanti

Cuba tanya Chet Det yang dia sibuk sangat Jambatan Bengkok untuk Singapura tu pasal apa?? Sedangkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak banyak kawasan yang memerlukan jambatan kenapa Singapura yang Chet Det sibuk sangat..?

Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat menteri air BN sendiri kenapa jual 3sen je air segelen kat Singapura..? 

Dan kenapa pulak izinkan produk berasaskan air Singapura yang harganya 10 kali ganda air yang kita jual kat dia boleh masuk semula dalam pasaran kita..?

Kenapa rakyat Malaysia sendiri bayar lebih mahal untuk bekalan air bersih daripada rakyat Singapura ?

Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat Rais Yatim berapa dia harga dia jual Pulau Batu Putih kat Singapura jugak, senang betul kalah ada apa2 ke..? Singapura dah tak hormat Malaysia dah lepas ni sebab benda yang hak sendiri pun boleh jatuh ke tangan Singapura.

Cuba Pulak Ahli Melayu UMNO tanya Bekas MB perak Tajol Rosli berapa Banyak atau ribu ekar tanah dia dok bagi kat YTL dan Syarikat gergasi lain, dan berapa pulak buah pulau dia bagi kat tokey cina Orang Singapura jugak..?

Tanya pulak Khairy berapa banyak pulak saham Pantai holding dia jual kat Singapura..? Singapura lagi..?

Tanya Pulak Bekas Menteri Pelancongan Dato Azalina berapa banyak dia jual Iklan Singapura kat Malaysia ni dan apa yang menarik sangat kat Singapura tu sampai Malaysia terhegeh2 nak Promosi bekas Tanahnya sendiri... Singapura lah..

Dan kita dibodohkan Selama 50 tahun perintah memang lah dia tak jual semua sekaligus... Kerajaan BN dan konco2nya jual sedikit demi sedikit sehingga kita tak perasan tanah Johor beratus ribu ekar kepunyaan Singapura, Tanah di Perak banyak dijual kepada tokey cina Singapura, Air yang kita punya pun boleh jual 3 sen segelen kat Singapura bagus2, saham pantai pun jual kat Singapura...

Belum cerita Pasal Genting Highlands Lagi, Cameron Highlands lagi, Bukit Tinggi lagi dan Tanah2 di Pulau2 di Pantai timur Terengganu, Pahang dan Johor pun banyak yang dijual ke bangsa Asing..

Tapi yang pelik kan kebanyakkan nya di jual ke Singapura... Maka jika lagi 50 tahun lagi Kerajaan BN memerintah tak hairanlah Kalau Johor, Melaka, Perak akan menjadi negeri Singapura jugak bukan ke Singapura tu sekutu Yahudi Israel..? Kenapa UMNO beriya2 suka sangat ambik berat kat Singapura ni..? Sekutu Singapura dan Israel dalam diam ke..?

Ahli Melayu UMNO jangan Anda masa tu baru nak cakap... kenapalah aku tak sedar dari dulu lagi..? nih habis Tanah Air ku tergadai...

Hem alahai Melayu UMNO... layu jadinya..

SEMINGGU TAK DAPAT UPDATE

Seminggu rasanya aku tak dapat update blog aku dan seminggu juga lah aku dendam tak dapat masuk alam maya sebab brukband celcom aku kena gantung tak bayar,hari ni dapatlah aku layan buat sementara waktu tunggu lain kali celcom nak gantung lagi line aku ni,ermmm duit masuk macam air keluar pun macam air gak,tu lah nak cerita sikit duit ada lah sikit tapi bila kereta dah buat ragam maklumlah dah 7 tahun usia dia nasib baik dah tak de hutang,tapi maintainance tetap maintain kena jaga,tapi bila dia dah nak rosak tu hah kau baru kena satu,satu bala datang lagi terbang lah 800 hinggit,sebelum tu pakailah tayar second hand terbang gak 300 hinggit dalam tak ada gak congak-congak aku dah keluar lah rm 1100 ,tu yang tak mampu nak bayar brukband terpaksalah tunggu duit bantuan pencen.


Seminggu gak lah aku dok bengang tak dapat nak masuk dunia ku tanpa sempadan,dah lah tak dapat nak baca blog, update antivirus,update blog dan layan sana sini,nak harap bli suratkhabar ermmm aku layan sinar je lah yang lain selain kosmo aku tak beli,harakah pun aku baca dalam internet je,dah tak ada internet lu pikirlah sendiri,kira hari bila nak dapat gaji. . . . . .padahal aku ni hidup pun dapat subsidi hehehehe alhamdulilah.Ni hah akau pun baru je online jap sambil update antivirus tu ni lah yang dok singgah jap dalam blog,blom masuk lagi blog yang hebat-hebat nak juga tau apa ceritanya lebih-lebih lagi kat Perak tu,hangat lagi ke atau bertambah lagi hangat,apa pun saja je aku buat thread ni,gatal tangan seminggu nak blog tak dapat ni aku balas dendam ni,lepas ni insyaallah aku pun tumpang semangkuk dok kutuk.





Jumaat, 24 April 2009

KETUA BARU OTAK LAMA

Hari ini pemimpin umno bermesyuarat dan terlantiklah mereka-mereka yang akan menjaga umno negeri yang mana Najib telah melakukan perubahan yang dianggap drastik bagi aku kerana setahu aku belum pernah mamat-mamat yang diberikan amanah ini memeganag jawatan yang seumpama itu dan apa pun tahniah lah bagi mereka-mereka yang telah dilantik,dibawah ini aku sekadar copy dan paste dari kedahlanie untuk pengetahuan kita sahaja kerana aku pasti ramai penyokong PR bukan suka sangat mengambil tahu perkembangan umno lagi;

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kepimpinan Umno negeri, yang menyaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah diganti sebagai ketua perhubungan Umno Terengganu, Perlis dan Pulau Pinang.

Berikutan itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik mengetuai badan perhubungan Terengganu, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan Datuk Seri Md Isa Sabu, yang juga menteri besar Perlis, menggantikan Shahidan.

Turut digugurkan ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai ketua penerangan dan digantikan oleh Ahmad Maslan, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung. Ahmad adalah menteri kewangan kedua.

Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

SETIAUSAHA AGUNG: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

BENDAHARI AGUNG: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

KETUA PENERANGAN: Ahmad Maslan

PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI:
  1. PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
  2. KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
  3. PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  4. PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
  5. SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
  6. WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  7. NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
  8. MELAKA : Datuk Seri Mohd Ali Rustam
  9. JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
  10. PAHANG : Datuk Seri Adnan Yaakob
  11. TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
  12. KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
  13. SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan semiblan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu:
  1. Datuk Seri Rais Yatim
  2. Datuk Nazri Aziz
  3. Datuk Jamil Khir Baharom
  4. Datuk Raja Nong Chik
  5. Datuk Aziz Sheikh Fadzir
  6. Datuk Seri Ali Rustam
  7. Tan Sri Rafidah Aziz
  8. Datuk Seri Ghani Othman
  9. Datuk Seri Shahidan Kassim
Katanya, para menteri besar juga turut dihadiri mesyuarat MT.

Khamis, 23 April 2009

BN MEMANG TAK TAKUT MAT SEMBAB

TPM Muhyiddin Yasin hari ni berkata bahawa BN tidak gentar menghadapi sesiapa dalam pilihan raya kecil semasa berkata dengan pemberita sewaktu beliau melawat Sekolah Kebangsaan Setapak Indah,beliau yang mengulas kenyataan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat Saifudin Nasution Ismail yang mengatakan yang BN tidak mahu meletakkan calon di Penanti kerana mereka bukan calon pilihan,ala Mat Sembab rakyat bukan tak tahu lah ni semua mainan politik orang yang berkuasa sahaja yang dok cakap itu ini,tapi hakikat yang semua orang tahu yang BN selama ini pun mana pernah tak masuk bertanding kerana semua jentera termasuk SPR,SPRM,PRDM,FRU,JPA,PERISIK TENTERA menjadi barua malah pengunaan semua badan kerajaan termasuk kenderaan digunakan untuk PRK.


Bukan untuk mendabik dada bagi PR yang kini semakin dihormati semenjak PRU12,kerana bukan kemahuan bagi PR untuk wakil rakyat dan ahli Parlimennya meletakkan jawatan sesuka hati kerana bersangkut dengan politik,dasarnya bahawa memang ini akan menjadi satu tanggungjawab serta amanah yang bakal diberikan haruslah boleh di pikul oleh mereka yang benar-benar berwibawa,sepatutnya ini lah yang menjadi contoh buat BN yang telah lama memerintah sekiranya ingin berubah,inilah akibatnya bila telah lama beraja kan WANG,semua yang ingin dilakukan guna Wang dan pembaziran itu dilakukan dengan mudah dan mewah.


Bagi kami rakyat sama ada berlakunya PRK atau tidak kami sebenarnya tetap akan melakukannya seperti biasa,hidup susah senang macam biasa,sihat sakit pun macam biasa,kerana sudah PRU 12 kali pun kerajaan tetap tidak berubah masih dizaman batu pemikirannya,kini bila kerajaan negeri yang banyak telah di tukarkan kepada PR maka kesedaran telah menampakan hasilnya,apakah BN mampu menukarnya dengan drastik sekali?Bila peluru serta senjata lainnya yang digunakan untuk menyerang musuh telah memakan diri sendiri maka inilah akibatnya,terlalu lama dan banyaknya masyarakat diasingkan sesama masyarakat pada hal kita semua rakyat negara yang sama cuma kita tidak menyokong sahaja kita dipisahkan melalui idelogi politik bengong umno.Ini pun umno serta pemimpin mereka masih lag tak nampak-nampak.


Berilah alasan apa pun gunakan lah SPR dan SPRM  rakyat telah tahu keputusannya,yang pasti kalau nak menutup 1 pembohongan itu kena lah buat lagi 9 pembohongan jadi tanpa sedar telah adanya 10 pembohongan,untuk MAT SEMBAB(ambil kata TT) sila lah jadi pengarah PRK buat BN sebab tugas baru menanti kau sebenarnya,Najib telah merasai kini giliran kau pula,apa guna jadi TPM tapi kerja macam supervisor supermarket.

BUKAN 1 TAPI 4 PIHAK KENA SAMAN

Wah ingatkan Speaker Dewan Rakyat je yang nak disaman tapi 4 pihak rupanya yang si Gobind nak saman,biarlah pi lah bagus kalau buat cam tu,depa ni mentang-mentang ada jawatan dalam kabinet serta kuasa mereka pegang semuanya nak tunjuk kuasa malah kalau boleh kepala rakyat semua ada kat bawah kaki dia orang,kena ajar sikit lagi banyak kes macam ni pun lagi bagus dapat lah kita tengok samada hakim korek,korek,korek masih berkuasa lagi dari ketua hakim yang baru.Speaker Dewan Rakyat,Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Setiausaha Dewan dan Kerajaan Malaysia pun termasuk pihak yang disaman oleh Gobind melalui firma guaman bapanya Karpal Singh& Co.


Dalam saman yang difailkan oleh beliau,beliau menekankan bahawa pergantungan beliau selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah,berkaitan terbabitnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz yang dikatakan bersengkokol dengan Speaker Dewan Rakyat yang mencadangkan satu usul mengantungkan ahli parlimen Puchong bawah perkara 27(3) Peraturan Mesyuarat dimana satu notis dikeluarkan segera dihadapan Speaker Dewan Rakyat,apa pun kita tunggu je lah apa yang bakal terjadi kerana slogan Malaysia Boleh memang terkenal diseluruh dunia. . . . . .

Rabu, 22 April 2009

GOBIND KASI SAMAN SAMA DIA GOBIND!!!!!

Perak sudah bikin dulu kita kasi diam tunggu macam mana keputusan Hakim,lah ni bila sudah ada kes yang boleh dipertikaikan maka giliran Gobind pula hentam Speaker Dewan Rakyat,khabarnya Gobind yang telah digantung selama setahun dari menghadiri sidang Dewan Rakyat akan membawa kes beliau ke mahkamah esok dah saman itu dituju terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia,ini adalah ekoran dari keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang membatalkan keputusan Speaker Dun Perak Sivakumar terhadap MB Perak BN Zambry serta 6 exconya.

Ini negara Malaysia bukan mak bapak dia orang punya kita pun ada hak,tapi jangan sampai pijak kepala orang kalau nak naik pun,kita faham tapi hakikat sebenar kenalah terima kalau orang maukan perubahan bukan main rampas-rampas je serupa macam komunis datang masuk kampung rampas itu ini,kes di Perak menjadikan ia contoh terdapat duluan(precedent) untuk membawa kes pergantungan ini ke Mahkamah Persekutuan menurut bapanya Karpal Singh,tindakan Gobind yang akan menfailkan kes nya esok menjadi yang pertama yang dibuat terhadap Speaker Dewan Rakyat,lawan jangan tak lawan,korek kasi tanammmmmm.

MADEY PERANG TAK HABIS LAGI KE?

Mahathir hari ini berkata Nazri Abd Aziz serta Johari Baharom yang dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri sebenarnya tidak layak memegang jawatan itu kerana mereka terlibat dengan rasuah,betul,betul,betul aku tambah lah yang ni aku sokong lah,tapi kan bukan Madey je sorang yang kata tak layak,ramai yang kata dah bukan 2 ekor ni je sebenar yang ketua tu pun memang tak layak langsung,bila dah ketua tak layak maka pencacai yang dilantik pun sama lah,termasuklah anak kau Madey si anak bapak(Mukriz).

Aku ingatlah dalam Malaysia ni Mahathir sorang je yang dok boleh jadi PM,orang lain semua nya dok tak leh harap,Najib pun sikit lagi pun bila kepala otak dah mula berdengung luar dalam pun taruk sampai nak main pun tak daya,mau perang dengan Madey nanti,tu yang Madey sampai lah ni mengomel tak habis-habis sehinggakan ada exco pemuda bagi amaran,amaran pada Madey PERHHHH beraninya siapa ituuuu,cuba tekaaaaa,mamat ni tak sedar ke umno baru ni kan kepunyaan Madey silap hari bulan dia humban ke tengah laut baru tau,kita mana tau bila dah Najib berkuasa tambah pula dengan Madey kapal yang kita sangka nak karam tetiba jadi kapal selam hah apa nak kata,tapi kan aku rasa lah masa itulah sekutu monggolia dok tunggu dalam laut tu.

Jauh koner tu,Madey ni banyak sangat berfikir tu sebab umur dia panjang,lagi pun makan minum semuanya dia jaga tak makan duit haram dia makan wang gajis erta elaun dia je,yang haram tu dia masuk bank dah,nanti pun dapat kat anak-anak,Madey,madey 22 tahun jadi PM kau tak buat mana yang rasuah kau lantik jadi menteri serta timbalan sebab senang kau nak kawal,bukan rakyat tak tahu bila menteri yang kau lantik tu mengamalkan rasuah pasti lembu-lembu ni terhutang budi maka jadilah mereka lembu ditarik hidungnya bukan menteri sahaja yang kau buat tu hah semua oarng yang kau nak gunakan kau buat seperti ini,jadilah mereka lembu-lembu boleh ditarik hidungnya,sekarang baru nak sedar sebab apa?DSAI pasti tahu. . . . . . . . .

Selasa, 21 April 2009

MADEY NASIHAT NAJIB !!! OOII INGAT KITA ORANG LUPA KE?

Madey ni nyanyuk sungguh dia ingat orang dok lupa ke apa yang dia buat semasa 22  tahun menjadi PM,sudahlah semua perbuatan dia semasa menjadi PM orang dok simpan dan ingat lagi lah sekarang ni pun masih lagi nak nasihatkan  si Najib tu,susah-susah sangat masuklah bertanding presiden umno nanti kan umno baru tu dia yang punya,lagi pun takkan Mat Sembab nak lawan kot,tak cukup 22 tahun jadi PM badan pun sihat lagi boleh lah kayuh terus,sejadah kat umah dah tak main dah,yang lupa ni siapa sebenarnya dia ke kita?


Nak nasihatkan orang bukan tak boleh,tapi diri tu boleh ke terima nasihat orang?kalau tak boleh jangan cerita lah buat malu anak cucu je nanti,bukan ke itu yang paling ditakuti oleh Madey ni bila dia dah tiada nanti,Madey masa kau sebenarnya sudah habis dan kau juga melangkau PAKLAH sebenarnya kerana PAKLAH lah yang memberi kuasa pada Najib sepatutnya sebagai menghormati kuasa yang diberi, Najib seharusnya mendengar dan meminta nasihat dari PAKLAH kerana PAKLAH juga sebenarnya mendengar nasihat Madey melalui kritikan yang meminta beliau meletakkan jawatan dengan melepaskan jawatan dia kepada Najib,inilah yang dia lupa tapi kami tidakkkkk,sorry to say lah kalau dah keturunan "MAMAK"kalau tak menipu tak hidup lah,kalau boleh malaikat dengan ALLAH pun nak ditipunya.


Najib kau jangan jadi kacang melupakan kulit,bodoh sombong serta dayus,kau kini mewakili bapak kau JIB, nama kau kini menjadi sejarah sebab BAPA dan ANAK menjadi PM,kalau nak dengar Madey punya nasihat baik tak yah jadi PM suruh je Madey buat semuanya,lagi satu kan UBN ni dah tak popular disebabkan siapa JIB?tak kau kau pun lupa JIB,mesti kau kata Anwar punya sebabkan yang buat umno dibuang oleh ramai melayu,PAS dengan islamnya dan DAP dengan Malaysian Malaysia nya yang buat BN dah kantoi banyak bukan sebab Madey,orang kutuk Paklah jadi boneka kau diam je masa kau jadi TPM,Madey punya kutuk lagi kuat dia kata Paklah jadi boneka untuk anak menantu dia,tapi sekarang kau jadi "BONEKA "siapa?rakyat dah celik mata dah. . . . . .


Ini nasihat dari aku JIB,kalau kau nak mendapatkan nasihat yang paling berguna kau kumpulkan ulama kau dan kumpulkan  ulama pilihan TGNA duduk sama-sama suruh dia orang bagi nasihat dan kau gunapakai lah apa yang dia orang bagi,tapi kalau kau besar kepala kononya pandai buat lah apa yang patut,bagi aku dan PR kau kini membawa nama bapa kau juga sebagai PM,gagalnya kau membawa petunjuk bahawa arwah bapa kau gagal membentuk  anaknya menjadi insan berguna.

DAH LAH HITAM PERANGAI PUN BURUK

Zamry MB BN yang kini kononnya menjadi pemerintah negeri Perak kini dengan egonya mahu melelong kenderaan gunaan exco yang telah dibeli 2 bulan lalu oleh pimpinan PR dan kini telah membuktikan siapa sebenarnya mereka-mereka ini,memang dasar penyamun dan penyangak apa yang sedang dibuat mereka telah dinampakkan kesungguhan untuk menjahanamkan perubahan yang sedang ditukar oleh PR,mungkin inlah yang memang diminta oleh mereka-mereka yang bergelar payung negara tapi hakikatnya sebahagian masyarakat dok gelakkan sikap mereka yang nampak membodohkan diri walaupun bergelar Sultan.


Walaupun mahkamah masih belum menentukan keputusannya nampaknya kelibat serta perangai puak BN ni menunjukkan mereka seakan benar-benar berkuasa malah merasakan mereka ini dipilih oleh marhaen perak seadanya,malah dengan sombong serta mempergunakan orang -orang tertentu untuk memporak perandakan negeri Perak puak BN ni seakan mendapat persetjuan oleh mereka-mereka yang diatas persada dan dengan angkuhnya mereka seakan mencuba untuk menghapuskan segala yang dilakukan oleh pimpinan PR dan yang terbarunya puak-puak ini dengan angkuh serta membazir telah mengeluarkan tender untuk melelong kenderaan tersebutdari jam 9.30 pagi sehingga jam 4 petang mulai  4hb mei- 18 mei.


Keangkuhan serta kebodohan Zambry serta kepimpinan UBN di Perak seakan mewakili sifat kepimpinan atasan BN terutama Najib dan ini semua insyaalah akan menjadi ketulahan kejatuhan BN selepas PRU13 dan kebencian masyarakat Perak akan bertambah menjadi-jadi sekira nya perangai buruk mereka tidak dikawal.Masa sahaja yang akan menentukan bagaimana nasib mereka akan datang,apa pun tindakan mereka akan menjadi ingatan buat rakyat semua jangan lah nanti menjadi sejarah bila mana Sultan sudah diketepikan oleh rakyat kerana selama ini rakyat yang menampung kehidupan Sultan menarik balik"SUBSIDI" yang diberi. . . . . .,untuk Zambry kau sudahlah hitam hati pun ikut sama satu yang pasti perangai pun buruk. . . . . naauzubillah. 

Isnin, 20 April 2009

PAK LAH DALAM TIDO PUN NAMPAK

PAKLAH dalam tido pun boleh nampak apa yang bakal terjadi dalam negara kita,dan inilah natijahnya dia tak membantah serta bertanding mempertahankan jawatan presiden umno,pada hal kalau dia nak mempertahankan pun boleh  cuma dia dah nampak apa yang bakal terjadi dan nasib lah Najib semuanya dok bertimpa-timpa kat bahu anak arwah Razak ni,jenuh sana sini kapal bocor dan bergoyang yang nak dijaga sebaik mungkin,kalau nak kata berkat rasanya tak kot Najib ni jadi PM,lepas sahaja ambil jawatan PM pi lah dia nak rasmi F1, ributlah pulak lintang pukanglah selamatkan diri,datang ke mesyuarat kat Thai baru-baru ni kecoh lah pulak rakyat sana demonstrasi gila babi beb,nah istihar darurat kena batal mesyuarat hampeh PM baru kita ni kononnya dapatlah nak bersuara lebih tup-tup rakyat Thai bagi signal diammmmm kauuuuu balik lah si Najib.


Kenalah pulak ada PRK 2 bukit 1 batang lagi lah mamat ni gelisah,yang jaga pulak MAT SEMBAB kata Tukar Tiub langsung lah hampeh semuanya,kantoilah 2 bukit dan dapat kembali lah 1 batang,masa bentangkan bajet tambahan katanya ajak pembangkang jaga ekonomi dan bekerjasama tapi satu apa pun bincang tak ajak pembangkang,apa ingat pembangkang tu wakil bagi binatang kat hutan Pahang tu ke?buat leceh lah Jib,kau ni PM negara mana,dok sibuk kata SATU MALAYSIA tapi semua tu pun idea pembangkang punya kau guna tapi masih tak sedar-sedar,Paklah nampak dah apa yang bakal nak jadi,lagi pun semasa pimpinan dia mana lah banyak WANG lagi semua dah dibalun dek Madey buat mega-mega projek sampai masa dia nak tampal sana sini pun tak cukup tapi balun tetap balun gak,anak-anak dia lah ngan anak hantu tu,tapi aku respect sikit je kat anak hantu dia sebab berani,tak lah takut macam anak hisham tu dan anak Madey yang tau guna bapak dia je,macam pondannnnn makeup lelaki.


Pilihan raya kecil satu hal,tapi hal yang paling besar sebenarnya tu hah kat Terangganu,Perlis dan MB Pahang dan yang sebenarnya banyak lagi cuma belum meletop je,Najib pun dok pikir patutlah Paklah buat relax je tak layan nak pertahankan jawatan dia rupa-rupanya memang nak bagi Najib anak didik Madey yang kuat hentam dia masa jadi PM dulu jaga kapal yang betul-betul nak karam ni,lagilah dapat si MUKA SEMBAB jadi TPM alahai langsung tak de karisma,karismaaa kapuuurrrrr adalah.Terangganu dengan perang sesama sendiri,dia ni kata MB sekarang tak leh nak buat kerja nak minta MB letak jawatan ganti MB lama,tapi MB lama Sultan dah suruh dia ambil beg keluar opis MB lama dah,yang baru ni Mat Said pilihan Sultan sendiri apa nak laginya,Najib tu pun kau tak nampak ke,Paklah tido pun matanya buka nampak benda ni,nak tutup tak bagi rakyat tahu ni bukan masanya Najib oii dunia tanpa sempadan nak cerita luar dalam pun ada,bak kata astro macam-macam ada tapi yang ini cuma guna "KLIK "je,itu pun kalau berani. . . . . . 

Kat Perlis pun sama gak,yang lama macam meroyan gila kuasa,yang baru masih honeymoon dan mimpi tak habis-habis,orang dah sampai bulan nak buat jambatan dia dok pikir ayam,kambing,kerbau dan lembu lagi sampaikan Adun Sanglang Hashim Jasin dari menang mahkamah dari bulan sept 2008 sampai lah ni tak dapat gaji lagi,gila ke apa MB macam ni,nak jadi MB tapi kerja macam opis boy jalan sana sini,ala orang kata negeri besar tu pun susah nak jaga baik bela lembu senang lah ditarik lembunya tak lah sakit kepala,tu lah lama sangat simpan orang rasuah sana sini jadi pemimpin,ikut sangatlah cara Madey tu kononnya nak guna masa-masa tertentu bila orang berasuah ni buat masalah ,la ni dia yang dok bising sampai kering anak tekak napa tak buang je perasuah-perasuah ni,sendiri bodoh tak nampak lagi nak komen orang yang dia simpan orang macam tu dulu napa ek?


Perlis kecil je negeri tapi hal pun besar gak,tapi yang ni lagi best MB kena bayar rm 63 juta,MB mana kalau tak MB yang sombong tu lah MB denan yang katanya dulu suka membazir beli no PLAT KERETA,Wang berguni dalam rumah,dengar kata orang kena curi tapi pencurinya anak sendiri nak hidup mewah lepas khawin kononnya maklumlah kerja tak de nak bagi makan anak orang,lagi pun bapak MB negeri besar hutan balak dan bukit tempat JIN bertendang tak habis apa lah sangat WANG dalam guni tu,Denan silap hari bulan kalau tak dapat cari kroni nak bayar denda tu alamat kerajaan negeri Pahang boleh diistiharkan Muflis oo,tak ke malu Najib yang kelahiran Negeri tu bukan satu PM tau 2 orang bapak dan anak perhhh gempak-gempak Malaysia Boleh,tapi kalau kau nak masuk penjara ganti lagi bagus kan tentu ramai orang respect gila kat mamat ni,Paklah dalam tido pun boleh nampak power betul ilmu dia ekkkk


Banyak sangat nak tulis tapi layan dulu ah bab cerita ni,nanti kena panggil jadi nujum pak belalang sapa nak jawab,apa pun cuma satu je aku nak nasihatkan pada Najib kalau dia rasa nak mengubahkan MALAYSIA ni dia kena berani lakukan satu perkara,tapi yang aku memang pasti mana ada orang nak baca blog aku macam nyamuk ni,yang ada pun dah tentu sesat dalam alam maya ni,lagi lah PM mana nak baca-baca blog ni yang baca puak sana pun yang tak boleh nak berfikir mengapa orang sudah membenci kerajaan,tak nak cari susahlah,oh ya cuma aku  je yang tau dan rasa dan itu PM kena lah tanya pada aku sendiri apa perkara itu hehehehehe,kalau dia buat woi tentu bertukar jadi PM TERHEBAT tapi kalau tak buat tetap gak jadi TAPI PM TERHAMBAT.

BALAK DAH RABAK RM 63 JUTA

Perhh mahkamah tinggi hari ini memerintahkan MB Pahang DS Adnan Yaakob membayar sejumlah rm 63 juta terhadap syarikat pembalakan Seruan Gemilang Sdn.Bhd kerana beliau melanggari perjanjian antara mereka berdua dan hakim mahkamah tinggi itu Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu MB Pahang agar melunaskan bayaran dalam tempoh 14 hari mulai dari hari ini,meletup beb tu lah sombong sangat ingat kau punya jawatan main ikut suka-suka je nak langgar ke nak buat ke tak nak buat ke main cakap je,NAH mana nak cekau WANG sebanyak tu?jual bulu satu badan pun tak dapat rm 63 juta,lah ni nak guna WANG siapa?Wang rakyat!!!! kau nak mampus denan rm 63 juta tu bukan sikit. . . . .


Tak pe dengarnya KABEL mamat ni besar,JIN kat atas bukit tu pun besar gak,ala setakat rm 63 juta tu celah gigi JIN tu je,sekali dia ambil sebalak buat tooth pick keluar seketul taik duit rm 63 juta apa nak herankan denan,malas nak cakap pasal WANG la ni,cuma nak tanya sikit betul ke Najib nak kerajaan dia "BERSIH" kalau macam tu buat lah contoh pertama kat negeri dia dan negeri mak bapak dia dulu,tak kan tak berani kot,ohhh bik mama sayang ngan denan ke?Patutlah Najib tak nak layan PRK kat Penanti WANG mungkin dibawa lari ke Pahang nak bayar denda kalau tak kena tutuplah kerajaan negeri woiii istihar muflis,ingat denan nak bayar guna duit dia,mati hidup balik 10 x pun dia buat dekkkk je,tengok lah muka dia, samseng kelab malam lagi hensem berganda-ganda,nasib lah orang Pahang dapat MB perabiskan Wang,bab membazir no 1 mamat ni ingat pasal no plat kereta yang dia beli tempoh hari,perhhh takkan tak ingat,orang umno memang tak ingat lah bab macam ni,saja buat lupa.


Apa pun dah pandai buat pandai lah bertanggungjawab,inilah masanya keluarkan "S.O.S KRONI" dapat 100 kroni tolong bagi sorang sejuta pun dah kira ok lah kan denan.Hutan kat Pahang pun banyak lagi,biar kan lah haiwan yang dalam hutan tu keluar main-main kat pekan barulah gempak sikit,senanglah haiwan tu nak cari makan,bagi je lah puak-puak umno tebang balak barulah kita lihat hijauuuuuuuu,opps salah APA EK? lu pikirlah sendiri denan. . . . . . .

Ahad, 19 April 2009

BERANI KE NAJIB DERHAKA?

2  Hari lepas Najib kononnya bagi tahu pada rakyat kemungkinan BN tak bertanding dalam PRK di Penanti keran katanya membazir WANG dan masa dan nampaknya sebahagian pemimpin parti sekutu juga menerima baik saranan yang dibuat oleh Najib kecuali Samy sahaja yang mau BN bertanding kerana katanya macam BN ni dah tak de telor nak berlawan dengan PR,apa pun heboh lah satu negara memperkatakan pasal perkara ini dalam blog jangan cerita lah ramai yang dok kutuk dan macam-macam lagi reaksi mereka,tapi dah PM yang bersuara maka kita tunggulah SPR pun belum umumkan apa-apa lagi,minggu depan katanya selepas mesyuarat hari rabu baru boleh tau.


Hari ni pula keluar cerita Madey nak minta BN bertanding katanya kalau nak tunggu bertanding kawasan umno maka lama kelamaan umno tak ada kerusilah,kenalah bertanding untuk menambahkan kekuasaan macam itulah bunyinya,MENTOR dah bagi arahan dan beranikah Najib nak DERHAKA?bagi kami nak masuk bertanding ke tak nak bagi PR memang sudah bersedia cuma tunggu apa kata SPR (sayap BN) dan yang paling kita nak lihat adakah Najib benar-benar mahu ikut apa yang  Madey katakan kerana ia sedikit sebanyak meyakinkan orang ramai siapa sebenarnya Najib?boneka atau diri sendiri,macam lah kita lupa yang dahulunya Paklah dikatakan menjadi boneka  bagi anak menantunya kini giliran Najib pula,apa pun beranikah Najib DERHAKA pada Madey?Jawapan nya sedikit masa lagi . . . . . . . . . . 

Sabtu, 18 April 2009

PERCAYA KE KORANG CAKAP SI NAJIB NI

Ni lagi satu cerita pasal Najib katanya mungkin tak mau masuk PRK di Penanti katanya membazir wang rakyat,perhh macam lah kita tak tahu selama ini pun pembaziran wang rakyat di PRK saja banyak tempat saluran wang akyat yang telah disalurkan contohnya wang komisyen kapal selam dan banyak lagi yang pemimpin umno bazirkan,Najib kau ingat orang dok nak percaya apa yang kau katakan,malu besar si madey tu kalau inilah kali pertama BN tak mau bertanding pilihan raya,kau ni satu punya hampeh kau tahu tak napa Paklah tak sibuk nak pertahankan jawatan presiden umno tu dan bagi jawatan PM tu kat kau,takkan kau pun tak sedar-sedar inilah peningalan kerajaan bekas mentor kau dulu si madey,dengan ekonomi yang merundum dah tu wang pun dah tinggal kerak-kerak  lah ni kau pula nak kena jaga negara lagilah mampus,patutlah orang kata Paklah ni tido sebabnya di tahu wang tak de nak belanja.


Bagi aku kalau si Najib ni kata BN tak mau masuk bertanding kat Penanti nanti aku pun kena hormat gak mamat ni sebabnya adalah perubahan yang nyata serta nampak keikhlasan yang telah dimulakan mungkin  bukan sebab kerana takut pada kekalahan tapi memang sebenarnya masa dan wang juga telah dibuang semasa PRK kerana kalau nak dikira antara wang yang keluar dari PR serta BN nak kira 1/10 sahaja wang dari PR kerana semua sudah tau yang PR ini sanggup berkongsi tempat tido asalkan dapat berkerja dan membantu satu sama lain berlainan BN yang memang semua nya bergantung pada WANG.Zaman masa meleset ni sapa pun dok pikir kalau dah semua wang tak de siap pula yang dok sanggup keluar wang belanja sakan sebabkan PRK saja kan,apa pun aku rasa ramai orang yang dok tak percaya apa yang Najib kata kan petang tadi malah yang kutuk pun ramai,tapi bila dah seorang PM berkata kita tengoklah samada ia flip or flop. . . 

PERAK!! SPEAKER DUN LAWAN SETIAUSAHA

Wow hari ini banyak cerita yang menarik dan yang ini pula kisahnya Speaker Sivakumar DUN Perak telah mengantung tugas setiausaha dewan Abdullah Antong Sabri yang telah melangkau tugasnya kerana mengeluarkan notis memanggil sidang dun pada 7 mei tanpa pengetahuannya dan katanya lagi beliau terpaksa menulis surat kepada pejabat Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan pengesahan sama ada tarikh itu sudah diperkenankan baginda.


Inilah mangkuk hayun yang telah ditelanjangkan tapi masih lagi keras kepala,rakyat dah tunjukkan bahawa sokongan kini beralih pada PR tapi dah dasar makan gaji buta dan haram sikap serta hatinya masih susah nak tukar,apa bezanya kerajaan pimpinan BN dan PR sehingga dia ingat bahawa kerajaan BN sahaja yang mampu buat semuanya,inilah contoh manusia yang sukar menerima perubahan sebabnya apa?umno totok dulu kini dan selamanya.


Apa lagi bawa lah kes ini dan mahkamah pasti akan menolong,kan mahkamah korek,korek,korek V.K Lingam masih ada lagi sebab kesnya dok senyap sampai lah ni,kalau dah dasar penyamun tu suka mak bapak dia je nak buat apa yang dia suka sehingga melangkau jawatan orang lain.

BN PERAK VS SPEAKER SIVAKIMAR

Pagi ni aku layan blog sambil update antivirus masuk sana sini biasalh cari sumber info yang menarik dan aku terhenti dalam blog keadilan bayanbaru yang memamparkan komen dari Mohd Hanipa Maiden,peguam bela yang terlibat dalam kes MB BN lawan Speaker Sivakumar,dan 2-3 hari lepas bukan main kecoh dalam akhbar mereka mengatakan kononnya MB BN serta 6 exconya boleh menghadiri sidang dun,tapi hari ini penjelasan yang dibuat oleh saudara Hanipa telah menyebabkan umno dan sekutunya merasa senak sampai kedada,apa pun aku nak minta izin dari blog ini untuk copy dan paste posting ini dan kembangkan kedalam blog yang sudi mengambil untuk dikongsi bersama-sama,
 

Zambry Dan 6 ADUN BN Tidak Boleh Hadiri Sidang DUN Perak ~ malaysiakini

oleh Mohamed Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.-dari harakahdaily.


Jumaat, 17 April 2009

ISA=IKUT SUKA AKU




ISA, Semua orang tahu dan memperkatakannya dan bila Najib menjadi PM maka dibebaskannya 13 orang yang ditahan kononnya menunjukkan ia seorang yang perihatin tapi semua orang tak sedar disebalik pembebasan itu ada 3 orang yang telah ditahan dan berita 3 orang tahanan ini tidak keluar didada akhbar maupun internet,tapi lambat laun terbongkar juga kisah ini dan inilah wajah sebenar pemimpin negara kita.


Bukan ke mahkamah negara ini hakimnya korek,korek,korek takkan tak berani dakwa dan sabitkan kesalahan mereka,bukan kah semuanya boleh kalau BN yang mendakwa kenapa masih lagi nak guna IKUT SUKA AKU?patutlah jiwa pemimpin umno BN ni semakin seksa hari-hari doa orang serta keluarga mereka yang diseksa tanpa bicara seakan termakbul dan kita dapat lihat sekarang ni.


Kuota 13 orang yang keluar telah diganti dengan 3 orang dan lagi 10 akan menyusul siapa dan bila ia akan berlaku kita lihatlah bagaimana kerajaan dibawah Najib menjaga rakyatnya.


Khamis, 16 April 2009

AMARAN TSUNAMI!BETUL TERJADI KAN NAYA

Malam ni aku merayau dalam alam maya dan termasuk dalam blog melayuangkat,ingatan kawan beliau yang menghantar email dari birmimgham yang perihatin kejadian tsunami bakal berlaku pada 22 july 2009 sedikit sebanyak juga membuatkan aku meresakan perlu dikongsikan info ini manalah tau jika betul-betul terjadi naya kawan dan saudara-saudara kita,aku copy dan paste je maklumat ini,kita merancang tapi ALLAH yang tentukan:


Mak Cik terima e-mail dari seorang rakan di Birmingham yang amat prihatin, katanya supaya berhati-hati kerana diramalkan satu Tsunami besar akan melanda kawasan dalam gambar ini dan mungkin akan melimpah ke Malaysia. Mak Cik juga dinasihatkan tidak ke tepi pantai pada tarikh ini, 22-7-2009.

Entahlah, hendak percaya atau tidak. TawakalAllah swt, lambat lagi. Hanya Allah swt sahaja yang tahu apa akan berlaku besok inikan pula 22-7-2009. Berdoalah sentiasa akan kesejahteraan untuk semua.

PRDM MESTI BENGANG GILA !!!TAK HABIS-HABIS PRK

Dalam blog hari ini kisahnya si adun Penanti Fairus meletakkan jawatan beliau sebagai wakil rakyat kawasannya itu dan sekiranya ini betul-betul terjadi maka akan adalah pilihan raya kecil bagi dun Penanti yang bakal diadakan dalam tempuh 60 hari dari perletakan jawatan tersebut.Yang pasti PRDM mesti benggang gila baru nak rehat jap dah kena kerah sedikit masa lagi,tapi yang pasti bagi mereka inilah masanya untuk buat duit,sana sini mesti boleh masuk lebih-lebih lagi kalau jaga kerajaan dan yang sewaktu dengannya.Dalam PARLIMEN Permatang Pauh yang dikuasai oleh DSAI maka pastinya BN mesti mau menunjukkan kekuatan telah beralih kepada  mereka dengan ber PM kan Najib yang menggantikan Paklah maka insyaallah ia juga menjadikan PRK yang hebat dan panas.


Pastinya ini juga mahu menunjukkan bahawa PR memang mahu wakil-wakilnya yang dipilih benar-benar ikhlas serta amanah dalam tugas yang diberikan dan inilah contoh terbaik untuk rakyat bersama-sama membantu menjadikan negara kita bebas rasuah dan penipuan.Membentuk negara menjadi MALAYSIA  BARU sudah tentu mengambil sedikt masa dan tenaga jadi  kita tidak lari dari melakukan kesilapan dalam memilih mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pimpinan kawasan dan yang pastinya PR mengamalkan sikap terbuka dan adil untuk semua dan itulah yang sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat.


Bukan sahaja PRDM(polis raja dimalaysia) yang merasa kepenatan PRK ini tapi seluruh jentera kerajaan  terutama sayap BN iaitu SPR juga merasakan tempiasnya,baru habis satu kawasan kini timbul lagi 1 kawasan dan insyaallah tahun ini dan tahun mendatang kita mungkin akan disajikan PRK sepanjang masa tersebut,bagi blogger PR selagi mereka mampu dan dapat bertahan selagi itulah maklumat berguna dapat disalurkan untuk info semua pihak,selagi suara keramat dapat didengar oleh pemimpin dan rakyat selagi itulah keinginan mencari info bertambah-tambah dan yang pasti alam maya tidak akan sepi dari penjejak maklumat.Apa yang pasti setiap PRK maka kawasan itu menjadi tarikan semua orang dan pastinya wang akan mengalir masuk dam keluar dan inilah masanya mereka yang berniaga nyata maupun atas angin akan membuat duit kerana setiap PRK adalah melibatkan WANG sebenarnya.

PERAK SEDIALAH LANUN DAH BEBAS

Hari ini mahkamah korek-korek telah membenarkan MB BN serta 6 exco nya menghadiri sidang dun dan ini juga sekaligus menarik perhatian masyarakat perundangan dimana kuasa speaker boleh dinafikan melalui mahkamah dunia BN dan terbuktilah sistem kehakiman diMalaysia telah masuk alam kong kali kong suka-suka boleh kelentong.Maka bersedialah rakyat Perak semua anda semua akan dipimpin oleh mereka-mereka yang lanun jadi apa pun tindakan mereka maka bersedialah kamu semua,wakil-wakil rakyat PR gunakan masa-masa ini untuk berkerja lebih kuat dan anggap kejadian ini sebagai pelajaran yang paling manis.


Terlalu sangat memuji Sultan Perak maka ALLAH telah menunjukkan siapa sebenarnya dia serta kelurga mereka,ambil ini sebagai peringatan pada kita,besar mana dan tinggi mana pun pangkat mereka ia masih seorang manusia yang tidak lari dari bertanggungjawab kepada rakyat tapi bila WANG boleh menguasai diri inilah yang telah terjadi.Rakyat Perak terang-terang telah dirompak dan yang mengetuinya adalah ketua lanun BN sekarang menjadai PM negara kita,maka tunjukkanlah kebencian itu bila tiba masa PRU13 nanti insyaallah kita jadikan mereka pembangkang dan masa tu lah giliran kita untuk mengangkangkan mereka-mereka yang bersengkongkol lebih-lebih lagi mereka yang memegang jawatan tinggi dalam bidang kehakiman,polis dan sebagainya.


Biarkan lah mereka meraikan kemenangan yang telah dianugerahkan oleh hakim-hakim yang bakal menjadi kayu api disana nanti,kita tuntut mereka semua dipertanggungjawabkan dunia dan akhirat kerana bagi kita mereka telah melakukan penyalah gunaan kuasa melalui kuasa kehakiman yang ada pada mereka,biarkan mereka merasa gembira atas kemenangan kali ini kerana ini juga akan menyebabkan kebencian semua pihak bertambah-tambah,apa pun bagi rakyat Perak serta Sultan yang baik budinya maka selamatlah berMBkan lanun-lanun,maka bolehlah kini setiap jumaat negeri Perak akan mengaminkan kesejahteraan SULTAN yang kononya dikasihi. . . . . .

Rabu, 15 April 2009

TUKAR TIUB BETUL-BETUL MENIUP

Hari ini buat dialisis, dengan cuaca yang berhujan mulai jam 4 pagi ditempat aku kat hulu ni aku keluar rumah jam 7am masih hujan lebat lagi,alhamdulilah dengan jalan yang sudah sesak aku sampai dicentre jam 7.45 dengan kawan yang telah sedia sampai awal aku menjalani rawatan selama 4 jam dan jam 12 lebih aku pun balik terus ambil anak lelaki sebab jam 2 anak aku ni nak ke sekolah agama,lepas semua selesai aku pun buka lah buku peribadi aku yang semenjak dua menjak ni memang rapat sangat dengan aku kerana setiap masa yang ada aku selalu bersamanya melayari bahtera alam maya tanpa sempadan ditemankan brukband celcom.


Petang aku cuma layan email yang dah lama tak buka dan banyak masa aku luangkan disitu tak ada apa yang menarik sangat cuma banyak sangat re: semua nak reply membuatkan email bertambah-tambah so sendiri mau ingat kena clearlah yang mana tak guna.Dapatlah sekejap masuk layan blog masuk sana masuk sini,lepas asar badan rasa letih dan ngantuk sebab layan bola sepak antara liverpool dengan chelsea,first half best gila lah bila lpool dan leading tapi masuk second half dah bertukarlah pulak bila dah kena 3-2 aku pun dah ingat lpool mungkin kalah game ke 2 ni maka aku pun off tidolah jap sebab hari hujan beb layan mata 2 jam lebih ,tapi ini bukan yang nak aku cerita yang aku nak cerita pasal TUKAR TIUB aku minat sungguh tulisan serta idea reformis bro hisham ni,dia dah bagi lampu hijau untuk kita ambil untuk pengajaran maka inilah masanya kita nak simpan maklumat yang diberikan apa pun copy dan paste je lah:



GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU


Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.

Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat. 

Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis. 

Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.

Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.

Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun. 

Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia. 

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?

Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini. 

Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.

Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka. 

Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri. 

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.

Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.
 (TT)

(Tulisan ini boleh diambil untuk kegunaan membuat kebaikan)

HIDUP INSYAALLAH,MATI SUDAH PASTI

Pagi semalam jam 1.30 pagi dikejutkan dengan panggilan dari suami sepupu aku yang menberitahu bahawa abang kepada bapa aku telah meninggal dunia di rumahnya,maka kecohlah sekejap hp aku memberitahu kepada sanak saudara dan sekali gus mengerakkan diri ku dengan bertemankan anak lelaki kesana.Mujurlah rumah beliau berdekatan dengan rumah mak bapa ku jadi tak lah mereka mengambil masa yang lama,sampai disana ku lihat telah ada beberapa orang penduduk blok yang sedang berkumpul dan ku lihat bapa dan adik lelaki ku sedang membaca yasin jadi aku masuk dan sedekahkan bacaan yasin terhadap arwah.


Aku ucapkan takziah pada keluarga sepupu ku dan mengambil kesempatan untuk offline buat 1 hari(selasa) untuk menghormati arwah yang telah lama sakit sejak isterinya meninggal setahun lalu kerana bagi manusia hidup insyaallah dan mati adalah pasti,14 april menjadi ingatan buat semua keluarga sepupukan malah bagi bapa ku dia kini keseorangan tanpa adik beradik yang lain,apa pun doa kami semuga arwah dimasukkan kedalam mereka yang diterima amal solehnya,amin.AL-FATIHAH

Isnin, 13 April 2009

NAK KATA APA?TAMAK KOT

Semalam satu hari luangkan masa bersama keluarga berjalan-jalan dan lepak umah mak sendiri dan mak mertua,dah lama tak bersua muka walaupun rumah mereka tak lah jauh sangat 30 minit perjalanan tapi masalah kesihatan dan keluarga sedikit sebanyak ruang keluarga menjadi kurang perhatian tapi sering berhubung melalui talipon.Isteri dan anak-anak kata mereka dah lama tak berjalan-jalan dikota sambil "window shooping" dan tengok manusia-manusia lepak hujung minggu.Balik dari sakitkan mata dan kaki singgahlah di rumah mak mertua lepak dan rehatkan minda 3-4 jam,lepas tu pi pulak umah mak  yang tak jauh dari tu  5 minit jalan kaki lepak sampailah petang disusuri pula hujan lebat maka balik lah kerumah,bukan ini yang nak diceritakan tapi saja gatal tangan . . . . .

Balik dari dialisis hari ini macam biasa ambil anak,lepas anak kesekolah agama keluar sekejap pi centre balik dari centre hari mendung gila,ingat nak buka lah duniaku yang tanpa sempadan ni tapi brukband ni kalau cuaca macam ni hampeh gila le gamaknya,frust layan mata jap badan pun letih gak,lepas sembahyang lepak ngan yang balik dari sekolah agama layan dia tengok tv cerita dialah,lepas maghrib ni aku pun apa lagi lah on9 lah cuma aku nak komenlah sikit pasal si Fairus ni yang katanya SPRM nak mula dakwa dia hari ni dan pasal kerabat diraja Negeri Sembilan yang kononnya tauke kilang arak,perhhh hebat betul . . . . . 

Cerita pasal Fairus yang didakwa oleh SPRM kini menunjukkan bahawa SPRM memang menjadi musang berbulu ayam,yang mengamalkan "double standard" dan semua orang tahu dan apatah lagi bagi penyokong PR bila mana kes yang melibatkan PR memang cepat tindakan diambil,bagi kami bagus lah SPRM buat begitu kerana ia menunjukkan jalan bagi PR untuk membuang mereka-mereka yang tidak amanah dari simpan menjadi nanah seperti umno dan pemimpin mereka,hakikatnya semua orang tahu bahawa PKR kebanyakan mereka adalah dari bekas pemimpin muda umno dan roh serta perjuangan mereka masih bersifatkan umno,tapi ia juga sedang berubah dan keluar dari kerangkan roh umno itu cuma kenalah perlu kuatkan semangat dan pemimpin tertinggi haruslah memastikan tidak ada sikap pilih kasih dalam menangani kes seperi Fairus ni,yang penting keutamaan rakyat harus diutamakan kerana pemimpin boleh dibentuk tapi amanah dan jujur sukar dicari.

Apa pun dakwaan yang akan dihadapi oleh Fairus biar dia lah yang bertanggungjawab dan menjadi pengajaran buat dirinya bahawa inilah contoh yang akan menjadi ingatan buat mereka-mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin yang "TAMAK" dan itu karma dia,apa pun kita doa kan dia supaya sedar kesilapan yang dilakukan dan semoga ia menjadikan ini sebagai pelajaran untuk dia berjaya dikemudian hari,dan yang ni pula kisah kerabat raja Negeri Sembilan yang dikatakan menjadi pengarah dalam minuman arak yang disukai ramai yang berugama islam pun bukan main bangga minum menunjuk tak kira secara terang maupun tertutup.

Benda macam ni sebenarnya memang ramai orang melayu yang menjadi pengarahnya sebabnya menggunakan  mereka-mereka inilah ia dapat bertahan lama dan melalui saluran politik serta hubungan terus kerabat raja maka produk ini dapat bertahan lama,masakan kita lupa siapa disebalik pangarah judi-judi besar dalam negara yang pernah diheboh-hebohkan dulu dan bukannya sekarang benda ni jadi tapi dah berpuluh tahun dan kini ia menjadi trend bila mana mereka-mereka menggunakan mereka yang ada kepentingan politik serta hubungan terus pemimpin atasan negara agar mumudahkan usruas mereka.Berstatuskan jenama pangkat serta hidup secara mewah maka sistem kehidupan mereka tentulah penuh dengan elite dan kebaratan malah bukan sahaja kerabat Negeri Sembilan  terbabit hakikatnya hampir kesemua kerabat membabitkan urusan seumpama ini.

Hakikatnya bila hidup kita yang beragama islam ini telah jauh dan lari dari landasan yang benar maka inilah yang kita lihat sekarang,tak kira apa pun status kita bila dah jauh agama itu ditinggalkan maka inilah bakal menjadi trend kehidupan kerana manusia sedang leka menikmati kehidupan mewah yang mereka miliki dan ini juga tidak lari ada pada mereka yang miskin yang juga melupakan agama mereka dan itulah hakikatnya bagi mereka-mereka ini agama sekadar masa hari raya sahaja.

Sabtu, 11 April 2009

BACA LUAHAN NI!KALAU PEMIMPIN TAK FAHAM PI MAMPUS JE

Aku merayap dalam alam maya dan terjumpa dalam kedahlanie luahan serta ketidakpuashatian blogger berkenaan sikap mereka-mereka yang bernama pemimpin,jadi nak khabar kepada pemimpin-peminpin jangan lah nak ekk sangat bila menang PRU12 kemenangan kau orang bukan sebab diri sendiri tu hebat tapi sebab sokongan rakyat melalui info blogger dan kalau itu pun kau orang masih nak rasa hebat jangan lupa kuasa rakyat kuasa keramat,aku pun merasa sedih gak bila mana blogger yang banyak menyumbang serupa dianak tirikan,jadi kalau pemimpin yang selalu layan baca maklumat bawa-bawalah kisah ini dalam mesyuarat pimpinan tertinggi dan aku nak ingatkan pada orang yang nak sangat jadi pemimpin"EGO TU JANGAN TINGGI SANGAT"


Patah tumbuh hilang berganti,ingat pepatah tu kerana ia boleh diguna pakai kepada semua pimpinan PR maupun kerajaan kerana kuasa rakyat menentukan jatuh bangunnya seseorang dan yang lupa diri serta ekknya lebih kenalah sedar sebab tong sampah sentiasa mengiringi kamu-kamu yang mula sombong dan ego.Apa pun aku nak copy dan paste benda ni dan sebarkan supaya ia menjadi ingatan buat semua yang berkenaan 


Ramai orang ingat..kami di Bloggers Network ni dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau gaji Nizar dengan EXCO pun kena beku..nak bayar kami macam mana?

Dan ada yang kata kami dibayar oleh parti. Parti mana? Nak kata PKR...ketua PKR negeri sendiri bagi tau.."kalau ada Matsamankati...seduit pun aku tak mau bagi!"

Nak kata Pas yang bagi...tok sah kata nak bagi duit...nak minta pas petugas pun depa tak bagi!!

Bila mula-mula kami berkampung di Bukit Gantang, semua tempat penginapan..peralatan dan sambungan streamyx dan broadband kami kena cari sendiri. Nasib baik la ada Pak Rahim tolong carikan rumah kat Simpang.

Orang ramai kat luar sana mahukan maklumat. Kat mana ada program...Nizar ada kat mana..kat mana ada ceramah..macam-macam harapan rakyat yang diperlukan dari kami. Tapi kami nak dapat kat mana? Pengurusan pilihanraya Pas tak pandang pun kat kami...sehinggalah kami dapat berjumpa pada satu hari...dengan Misbah dan Dr. Khairudin. Bukankami nak mintak duit...cuma nak minta kad petugas..atau apa saja la kad pengenalan diri supaya kami dapat bergerak tanpa sekatan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tau..kami orang parti...buat kerja untuk PR...bukan ejen Umno. Tapi permintaan kami ditolak oleh Hj. Asmuni.

So..bilik Gerakan is out of bound bagi kami. tak ada pas..tak boleh masuk. Nak masuk kena ada jeneral yang approve. Dan bila tak ada pas petugas...petugas yang jaga pintu pun dok pandang serong kat kami. Ada yang kata kami SB...ada yang siap perli lagi...sebab depa ingat kami ni wartawan Umno.

Nak harapkan maklumat dari bilik Gerakan...tok sah harap. Nak dapatkan interview dengan kepimpinan Pas...tok sah harap. Memang dalam ucapan-ucapan Nizar..dia ucap terima kasih kat bloggers..tapi hakikatnya...sapa pun tak pandang kami.

Tapi kami tetapkan pendirian...kami buat untuk Pakatan Rakyat. Kami buat untuk rakyat. Tak dapat cara betul..kami buat cara tak betul. Matlamatnya...Nizar mesti menang.

Kalau maklumat dalam bilik gerakan Umno pun kami boleh dapat...inikan pulak dari bilik gerakan Pas. Kami pasang kabel..pasang ejen...pasang SB. Tu pasai kami boleh juga salurkan maklumat kepada semua. Dan aku bagi tau kat Hj. Asmuni dalam satu perjumpaan hari tu...kalau kami tak dapat maklumat cara halal...kami buat cara haram. Kami ambush Nizar masa tengah makan...nak marah...marah la.

Sebabnya...bila kita tanya apa program Nizar..orang tu suruh tanya orang ni. Orang ni suruh tanya orang tu. Last-last jawapan yang kami terima...RAHSIA. tak boleh bagi tau!

Dua hari terakhir..masa tu memang genting. Jeneral-jeneral Pas dah angkat kain putih. Asmuni angkat tangan...Ustaz Nasha pun surrender. Laporan-laporan risikan menunjukkan Pas ketinggalan.

Dari awal...kita bersikap defensif. Kita biarkan umno buat macam-macam tuduhan...dan kita habiskan masa menjawab tuduhan depa.

Jentera dibawah asyik memikirkan perkara remeh. Kisah Wan Azizah makan durian dengan garpu pun nak dibincangkan diperingkat tertinggi. Kisah Wanita PKR pakai cermin mata hitam pun nak dibincangkan dalam jawatankuasa induk. Muslimat Pas bercakaran dengan Wanita PKR.

Pukul satu pagi hari Isnin...kami di panggil kesatu tempat. Umno main kotor..Mahathir datang untuk kejutan terakhir..Jamal dan Osman akan buat buat ceramah..nak buat macam mana? Nak ceramah tak sempat..nak buat risalah..tak sempat. masa tu la blogger diperlukan.

Dan aku bangga dengan member-member Bloggers Network. Dan aku ucapkan terima kasih kepada stringer-stringer kami yang berkeliaran di lapangan.

Apa yang kami buat...tak perlu kami ceritakan. Ini kerja kami...cara bersih pun boleh...cara kotor pun boleh. Kami tak terikat dengan undang-undang dan protokol parti.

Untuk keputusan pengundian..kami dah buat perancangan. Albanjari mesti ada kat Bilik Gerakan Utama untuk melaporkan keputusan terkini. Dan dia pun dah war-warkan dalam blog dia...live dari Markas Ayer Kuning.

Tapi sapa yang melayari blog Albanjari malam tu..mungkin kecewa sikit. Wak hanyalah salah seorang daripada ratusan yang melihat keputusan melalui screen. Tak ada keistimewaan untuk Wak Albanjari. Malah dia gagal melapor kepada kami di Stesyen Maya 1 tentang keputusan terkini. Kami di Stesyen Maya 1 mendapat laporan yang yang jauh lebih tepat dan cepat dari Wak. Macam mana?

Tak payah bagi tau. Tak dapat cara elok..kami buat cara tak elok. Nak marah..marah la.

Malam tu...handphone aku menerima beratus sms...mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat liputan yang cepat dan tepat. Mungkin ada satu dua yang aku jawab..yang lainnya..aku cuma tersenyum. Kerja aku selesai.

Terima kasih lagi sekali kepada semua petugas yang buat kerja sepenuh kerelaan. Terima kasih kepada stringers kami yang berkeliaran...terutamanya geng-geng Ahli Parlimen Pokok Mempelam.

BAGUS,BAGUS,BAGUS MASUKLAH UMNO IBRAHIM OII

Gelaran raja katak memang sinonim buat Ibrahim Ali bagi ahli umno dan juga Pakatan Rakyat mamat ini sebenarnya memang sudah dikowtim dari arena Politik,tapi dengan muka seposen dan berjanji dengan TUAN GURU NIK AZIZ maka dapatlah di masuk bertanding dalam PRU 12 dengan menggunakan tiket PAS tapi memilih menjadi ahli parlimen bebas setelah menang dan sememangnya si raja katak ini memuja madey sejak dahulu lagi tu yang kemana sahaja madey pergi diikutnya sehinggakan sanggup basuh taik madey yang tercicir banyak.Aku sekadar nak kembangkan posting ini dan dengan rasa rendah diri aku mohon dari blog pinkturtle2 aku copy dan paste sahaja cerita ini :

Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya.
Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh- katak lompat… dan akan melompat lagi

Ibrahim Ali tunggu ‘pinangan’ Umno

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu ‘pinangan’ daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

“Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku),” katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

“Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, hari ini.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat ’satu kejutan’ terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008, Mac lepas.

Jumaat, 10 April 2009

SEMANGAT 46 BARU?MUNGKINKAH AKAN BERLAKU

Rasa-rasanya kalau diperhatikan situasi sekarang dalam umno dimana PM baru Najib dan kabinet barunya serta pula sistem yang tungang langang melantik mereka-mereka ke jawatan Menteri dan Timb.Menteri dan keangkuhan Mahathir menjadikan Najib sebagai LEMBU DITARIK HIDUNGNYA,aku rasa sedikit masa lagi akan timbullah Semangat 46 Baru kerana apa yang rakyat nampak kini Presiden Umno lebih mempercayai orang yang keluar umno sebab marahkan PM dahulu iaitu Paklah dan masuk semula setelah Paklah meletakkan jawatan dari mempercayai mereka-mereka yang telah lama berada dalam umno.Tidak cukup kah pemerintahan Mahathir selama 22 tahun dan bolehkah dia mencaci Paklah yang kerajaannya berusia 5 tahun dan tinggalan beliau yang banyak masalah terutama rasuah serta kehakiman yang porak peranda.


Bukan aku nak simpati pada Paklah,tapi hakikat nya inilah PM yang bersifat"LEMBUT" kerana lembutnya ramai yang mengambil kesempatan.5 tahun dia menjadi PM ke 5 tapi pernah kah masyarakat bertanya apa kah sumbangan timbalannya pula untuk menaikan nama umno dan kerajaan?yang pasti menjatuhkan nama ketuanya diatas sumbangan cerita hantutuya dan rasuah serta wang faedah beli kapalselam.Apakah Najib mahu kelihatan lebih lemah berbanding Paklah yang tidak memerlukan sesiapa malah tidak juga bantuan dari timbalannya sendiri berbanding Najib yang digunakan oleh Mahathir?Yang pastinya slogan Najib yang dikatakan menarik bakal menjahanamkan dirinya dan itulah yang ditunggu-tunggu oleh Pakatan Rakyat,slogan Najib yang mengatakan satu Malaysia dan rakyat diutamakan tapi satu MALAYSIA MEMBENCI MAHATHIR tapi mengapa dia diutamakan?


Tidak mustahil sedikit masa lagi akan berlaku kekecohan dalam kapal umno dan sememangnya kapal itu mahu karam bersama-sama nakhoda empunya kapal itu sekali,dan inilah masanya untuk mereka-mereka yang berada dalam kapal itu untuk melompat dan menyelamatkan diri,mengapa perlu ego sekiranya perjalanan itu sudah sesat kenalah kembali kepangkal jalan apa kah tiada pilihan sebenarnya buat mereka atau pun malu pada masyarakat?sebenarnya lagi lama mereka tunggu lagi lama mereka disesatkan dan lagilah susah mereka nak berpatah balik.Rakyat sekarang sudah celik dan sedar,segala penipuan dan pembohongan yang dilakukan dahulu sudah mereka ketahui dan kini rakyat cuma mahukan sistem itu diubah kearah keadilan untuk semua sekiranya mereka -mereka yang masih berjawatan ahli parlimen maupun adun dalam UMNO yang masih punya hati dan perasaan inilah masanya untuk mereka bersama Pakatan Rakyat mengubah negara menjadi MALAYSIA BARU.


Rakyat adalah segala nya tanpa rakyat tiada lah kerajaan,tanpa rakyat tiadalah pembangunan serta ekonomi dan juga wang.Sedarkah kita sebagai negara berpenduduk 28-30 juta orang lebih kurang sama jumlahnya penduduk bandar di Shanghai China, kita adalah negara kecil tapi dalam segi politik sebenarnya kita diketawakan oleh kuasa besar kerana dengan jumlah penduduk sebegini itu pun pemimpin kita masih lagi tak mampu menjalankan kewajipan mereka malah penuh dengan tipu dan rasuah,KERANA APA? sebabkan TAMAK BERKUASA dan siapa punya angkara?semua pun tahu disebabkan siapa,orang yang banyak musuh pasti mahu musuh beliau mati sebelum dia, jadi selagi musuhnya tidak mati selagi itulah kuatnya akal untuk menjahanamkan musuh-musuhnya kerana dia takut peninggalan beliau maka anak dan cucu akan menerima balasan. . . . . . .


Presiden baru,PM pun baru dah tentu semangat pun baru,tapi pemikiran masih ditahap yang lama,apa pun gelora dalam UMNO biarlah mereka yang tangani,aku serta mereka yang menyertai Pakatan Rakyat sebenarnya mengharapkan agar UMNO diberikan pertunjuk dan hidayah itu pun kalau mereka sedar tapi hakikat yang pasti ramai orang mahukan umno ni karam dan pupus,janganlah sejarah berulang kembali,bila semangat baru itu muncul dan gelora tidak dapat dikawal maka tidaklah mustahil semangat-semangat baru ini menjadi realiti dan bersatu kembali menjadi "SEMANGAT 46 VERSI 2000" dan bila ini terjadi maka larilah nakhoda cina dan india  tunggang langgang mencari kapal lain untuk meneruskan kehidupan. . . .