Rabu, 8 April 2009

PILIHANRAYA TAK HABIS LAGI

Semalam tamatlah PRK di 3 tempat dan kemenangan 2-1 berpihak kepada PR-2 sementara itu BN-1,apa pun kita tak perlulah meraikannya beria-ia kerana sekarang ini suasana di Perak belum menjanjikan kepastian dimana kes-kes sedang dikerjakan oleh Mahkamah dan keputusan bakal menentukan segalanya,bagi aku pilihan raya ini bukan berhenti setakat PRU maupun PRK kerana setiap 4 atau 5 tahun bakal diadakan PRU dan sekiranya sesuatu terjadi kemungkinan akan berlaku pula PRK begitulah putaran roda yang berlaku selama ini dimana juga negara yang mengamalkan demokrasi.


Kini dengan kemenangan oleh DSNJ di Bukit Gantang menjadikan nya  seperti MB Selangor dan KM Pulau Pinang yang sama-sama memasuki Dewan Rakyat mewakili Parlimen masing-masing,dan kemenangan S.Manikumar pula menguatkan lagi kekuatan kerajaan negeri Kedah yang dimomokkan dengan cubaan membeli wakil rakyat PR oleh umno yang telah dinafikan kononnya ini bukan kerja mereka.Pilihan raya tetap akan berlaku lagi,cuma masa je yang akan menentukan dimana dan bilakah ia akan dijalankan oleh itu pihak PR serta mereka-mereka dibalik tadbir haruslah bersedia malah enjin harus dipasang awal dan berjaga-jaga kerana kemungkinan pilihanraya bagi negeri Perak bakal di adakan sedikit masa lagi gara-gara tamaknya UMNO BN merampas Perak.


Anggaplah setiap kali pilihan raya kecil ia umpama bantahan rakyat pada kerajaan dan ia juga harus diguna pakai untuk peringatan pemimpin PR bahawa rakyat lah yang bertanggung jawab yang memberi kuasa untuk seseorang menjadi pemimpin,selagi kerajaan pimpinan BN masih lagi tidak mahu berubah dan menerima apa yang rakyat mahukan selagi itulah kita bersedia dan bertindak melalui pilihan raya dan bagi aku biarlah umno tidak karam kerana kita mahu lihat dengan mata sendiri  bagaimana umno boleh menyelamatkan diri mereka sekiranya mereka bergelar pembangkang.Dengan pilihan raya lah kita memastikan bahawa pemimpin kita betul-betul berkerja untuk rakyat bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja bila dah berjawatan maka lupa diri.. . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan