Hebat sungguh menteri yang jaga RTM sehingga baik budi pekertinya sengaja melupakan terjahan dan kritikan semasa era Paklah menjadi PM dan kini gayanya umpama membodek mentor Najib agar dapatlah dia disambungkan jawatan sebagai LEMBU-LEMBU dalam kabinet Najib.Semua orang dok tunggu bila lah Umno ni nak karam dan nampaknya perancangan ALLAH siapa yang boleh nafikan,maka dengan kemasukan Mahathir dan keluarga beliau kedalam kapal milik beliau sendiri masa itu akan bertambah cepat.Yang pastinya jiwa Mahathir memang cukup terseksa dibawah PM pilihan dia dahulu dan kini tibalah masanya untuk dia memgunakan Najib menjalankan jarum jahat terhadap musuh politik dia dan kita boleh lah lihat siapa yang paling lemah antara Paklah dengan Najib sebagai PM.
Bagi aku yang kerdil ini dan memang yakin yang selama ini perpecahan yang berlaku adalah disebabkan sikap TAMAK Mahathir dan reformasi yang dicanangkan oleh DSAI memang menepati rasa masa kini,kalau tidak sampai bila lah kita akan ditipu oleh mangkuk-mangkuk hayun dalam umno dan BN,lagi banyak si Madey ni berjalan dan berceramah lagi banyaklah ingatan orang ramai akan tertumpu kepada beliau kerana yang pasti sebut sahaja nama Madey ini kebencian tahap gaban menjelma dan kemasukan nya semula bagaikan menunggu nakhoda lama yang akan karam bersama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan