Khamis, 9 April 2009

NASIB BADAN BILA DAH JADI ORANG SURUHAN

Sah hari ini hukuman telah dijatuhkan bagi Sirul dan juga Azilah yang akan menjalani hukuman mati,bagi mereka berdua ini lah nasib yang diterima bila mana menjadi orang suruhan pada mereka yang berkuasa dan bagi mereka yang berkuasa ini lah jalan selamat untuk mereka meneruskan kuasa yang ada ,dunia-dunia siapa yang mengumpulkan siapa sebenarnya atau mereka lupa?Nampaknya hari ini juga lah kelegaan pada mereka yang dikaitkan namanya berkenaan kes hantutuya dan yang pastinya mereka-mereka yang tahu sahaja yang akan mendapat keuntungan dari kezaliman binatang bertopengkan manusia.


Menjadi orang suruhan bukan tidak elok tapi menjadikan sifat tuan punya diri itu binatang adalah amat menyeksakan bila mana yang disuruh terlepas begitu sahaja dan yang melakukan menerima hukuman dan ketidak puashatian kes ini juga sebenarnya yang akan menghantui mereka-mereka yang terbabit kerana bukan sahaja jiwa yang telah dibunuh itu terbabit tapi mereka yang melakukan juga dibabitkan sama,rakyat marhaen juga merasakan bahawa kes ini umpama untuk mengenakan orang lain dan hakikatnya untuk menutup cerita sebenar apa yang terjadi,tapi selama mana dan sejauh mana pun kes ini disorokkan cerita sebenar lambat laun ia akan terbongkar juga,insyaallah kita tunggulah karma yang akan menimpa.


Jangan lupa petang ini insyaallah PM baru Najib akan mengumumkan kabinet(lembu-lembu ditarik hidungnya) barunya yang akan bersama-sama beliau memerintah negara,apa pun dan siapa pun mereka bagi aku dan penyokong Pakatan Rakyat tetap akan memerhatikan mereka kerana LAWAN TEPAT LAWAN,BONGKAR PASTI BONGKAR.Apa pun takziah buat keluarga Azilah dan Sirul yang bakal kehilangan. . . . . . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan