Khamis, 2 April 2009

TERIMA KASIH PAK LAH!!!!!

Terima kasih Paklah kerana menjadi PM kami yang ke 5 dan terima kasih juga Paklah kerana memperkenalkan Islam Hadhari Islam yang telah banyak menyumbang "KENAIKAN UMNO" serta banyak lagi yang harus ahli umno berterima kasih kepada Paklah,kerana Paklah dengar nya tidaklah semegah Madey yang semasa pemerintahan beliau kerana zaman Madey kita dibanggakan dengan pembangunan material yang mege-mega,sehingga Madey pun megah dan lupa diri tapi era Paklah pula katanya dia membangunkan umah?betul atau tidak bukan saya seorang yang menghakimi tapi siapa lah saya untuk menghakimi Paklah cucu seorang ulama tersohor?mungkin kerana islam hadhari lah prestasi Paklah sebagai pemimpin pembangunan umah kelihatan sesangat dalam kerajaan BN sekarang.


Terima kasih juga pada Paklah kerana memperkenalkan Malaysia yang Cemerlang,Gemilang dan juga Terbilang dimata dunia,walaupun negara kecil yang berpenduduk seramai 28 juta orang sama jumlahnya dengan bandar-bandar di china,tapi Paklah dengan cara Islam Hadhari nya telah jauh melangkau seluruh dunia memperkenalkan islamnya yang cemerlang,gemilang malah terbilang antara negara islam lain didunia dan Paklah juga lah seorang pemimpin yang bakal melahirkan pemimpin yang benar-benar disukai rakyat sendiri malah dikagumi masyarakat dunia terutama anak menantu dan bakal PM Najib anak Razak dan legasi pimpinan lainnya dalam Umno.


Terima kasih juga pada Paklah kerana mengajak kita semua untuk bekerja bersama-sama dia semasa permulaan dia menjadi PM ke 5,5 tahun lalu dan membuktikan pada semua orang bahawa memang dia lah seorang pemimpin yang benar-benar di panggil mr.clean dan seorang PM yang aktif dan kuat bekerja sehingga keletihan dan tertidur walaupun semasa mesyuarat baik untuk dalam mau pun luar negara,sehinga pemimpin luar segan dengan kemampuan beliau.Terima kasih juga pada Paklah kerana tidak mempertahankan jawatannya dalam parti milik bekas PM Madey,umno baru yang telah ditinggalkannya buat sementara waktu untuk menunggu Paklah letak jawatan dan masuk kembali menerajui parti itu melalui proaksi iaitu Najib yang ramai mengelarnya sebagai isteri buat Rosmah.


Paklah mulai minggu depan boleh lah Paklah rehat sambil membawa kapal layarnya yang telah dihadiahkan oleh kroni-kroni nya dan bolehlah Paklah tidur sepuas-puasnya dalam cuti-cuti hujung nyawa bersama isteri ke 2 tersayang,bagi kami rakyat Malaysia sesiapa pun bakal PM dari gerombalan yang sama semuanya sudah boleh dibaca gerak kerja mereka,apa tah lagi kalau guru mereka yang semua orang tahu ramai musuhnya maka inilah kesimnambungan pembasmian etnik pemimpin cerdik dan berwibawa di Malaysia terutama kaum Melayu oleh mereka yang digelar "MAMAK".Apa pun untuk memberi hadiah atas jasa-jasa Paklah tak dapat  kami berikan keran kami rakyat bawahan mana lah punyai wang yang banyak berkoyan-koyan kerana kami umpama kais bulan makan bulan malah ada juga yang menunggu bantuan pencen menyambung kehidupan cuma sekadar ucapan terima kasihhhhhhh itu yang mampu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan