Isnin, 13 April 2009

NAK KATA APA?TAMAK KOT

Semalam satu hari luangkan masa bersama keluarga berjalan-jalan dan lepak umah mak sendiri dan mak mertua,dah lama tak bersua muka walaupun rumah mereka tak lah jauh sangat 30 minit perjalanan tapi masalah kesihatan dan keluarga sedikit sebanyak ruang keluarga menjadi kurang perhatian tapi sering berhubung melalui talipon.Isteri dan anak-anak kata mereka dah lama tak berjalan-jalan dikota sambil "window shooping" dan tengok manusia-manusia lepak hujung minggu.Balik dari sakitkan mata dan kaki singgahlah di rumah mak mertua lepak dan rehatkan minda 3-4 jam,lepas tu pi pulak umah mak  yang tak jauh dari tu  5 minit jalan kaki lepak sampailah petang disusuri pula hujan lebat maka balik lah kerumah,bukan ini yang nak diceritakan tapi saja gatal tangan . . . . .

Balik dari dialisis hari ini macam biasa ambil anak,lepas anak kesekolah agama keluar sekejap pi centre balik dari centre hari mendung gila,ingat nak buka lah duniaku yang tanpa sempadan ni tapi brukband ni kalau cuaca macam ni hampeh gila le gamaknya,frust layan mata jap badan pun letih gak,lepas sembahyang lepak ngan yang balik dari sekolah agama layan dia tengok tv cerita dialah,lepas maghrib ni aku pun apa lagi lah on9 lah cuma aku nak komenlah sikit pasal si Fairus ni yang katanya SPRM nak mula dakwa dia hari ni dan pasal kerabat diraja Negeri Sembilan yang kononnya tauke kilang arak,perhhh hebat betul . . . . . 

Cerita pasal Fairus yang didakwa oleh SPRM kini menunjukkan bahawa SPRM memang menjadi musang berbulu ayam,yang mengamalkan "double standard" dan semua orang tahu dan apatah lagi bagi penyokong PR bila mana kes yang melibatkan PR memang cepat tindakan diambil,bagi kami bagus lah SPRM buat begitu kerana ia menunjukkan jalan bagi PR untuk membuang mereka-mereka yang tidak amanah dari simpan menjadi nanah seperti umno dan pemimpin mereka,hakikatnya semua orang tahu bahawa PKR kebanyakan mereka adalah dari bekas pemimpin muda umno dan roh serta perjuangan mereka masih bersifatkan umno,tapi ia juga sedang berubah dan keluar dari kerangkan roh umno itu cuma kenalah perlu kuatkan semangat dan pemimpin tertinggi haruslah memastikan tidak ada sikap pilih kasih dalam menangani kes seperi Fairus ni,yang penting keutamaan rakyat harus diutamakan kerana pemimpin boleh dibentuk tapi amanah dan jujur sukar dicari.

Apa pun dakwaan yang akan dihadapi oleh Fairus biar dia lah yang bertanggungjawab dan menjadi pengajaran buat dirinya bahawa inilah contoh yang akan menjadi ingatan buat mereka-mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin yang "TAMAK" dan itu karma dia,apa pun kita doa kan dia supaya sedar kesilapan yang dilakukan dan semoga ia menjadikan ini sebagai pelajaran untuk dia berjaya dikemudian hari,dan yang ni pula kisah kerabat raja Negeri Sembilan yang dikatakan menjadi pengarah dalam minuman arak yang disukai ramai yang berugama islam pun bukan main bangga minum menunjuk tak kira secara terang maupun tertutup.

Benda macam ni sebenarnya memang ramai orang melayu yang menjadi pengarahnya sebabnya menggunakan  mereka-mereka inilah ia dapat bertahan lama dan melalui saluran politik serta hubungan terus kerabat raja maka produk ini dapat bertahan lama,masakan kita lupa siapa disebalik pangarah judi-judi besar dalam negara yang pernah diheboh-hebohkan dulu dan bukannya sekarang benda ni jadi tapi dah berpuluh tahun dan kini ia menjadi trend bila mana mereka-mereka menggunakan mereka yang ada kepentingan politik serta hubungan terus pemimpin atasan negara agar mumudahkan usruas mereka.Berstatuskan jenama pangkat serta hidup secara mewah maka sistem kehidupan mereka tentulah penuh dengan elite dan kebaratan malah bukan sahaja kerabat Negeri Sembilan  terbabit hakikatnya hampir kesemua kerabat membabitkan urusan seumpama ini.

Hakikatnya bila hidup kita yang beragama islam ini telah jauh dan lari dari landasan yang benar maka inilah yang kita lihat sekarang,tak kira apa pun status kita bila dah jauh agama itu ditinggalkan maka inilah bakal menjadi trend kehidupan kerana manusia sedang leka menikmati kehidupan mewah yang mereka miliki dan ini juga tidak lari ada pada mereka yang miskin yang juga melupakan agama mereka dan itulah hakikatnya bagi mereka-mereka ini agama sekadar masa hari raya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan