Khamis, 16 April 2009

PRDM MESTI BENGANG GILA !!!TAK HABIS-HABIS PRK

Dalam blog hari ini kisahnya si adun Penanti Fairus meletakkan jawatan beliau sebagai wakil rakyat kawasannya itu dan sekiranya ini betul-betul terjadi maka akan adalah pilihan raya kecil bagi dun Penanti yang bakal diadakan dalam tempuh 60 hari dari perletakan jawatan tersebut.Yang pasti PRDM mesti benggang gila baru nak rehat jap dah kena kerah sedikit masa lagi,tapi yang pasti bagi mereka inilah masanya untuk buat duit,sana sini mesti boleh masuk lebih-lebih lagi kalau jaga kerajaan dan yang sewaktu dengannya.Dalam PARLIMEN Permatang Pauh yang dikuasai oleh DSAI maka pastinya BN mesti mau menunjukkan kekuatan telah beralih kepada  mereka dengan ber PM kan Najib yang menggantikan Paklah maka insyaallah ia juga menjadikan PRK yang hebat dan panas.


Pastinya ini juga mahu menunjukkan bahawa PR memang mahu wakil-wakilnya yang dipilih benar-benar ikhlas serta amanah dalam tugas yang diberikan dan inilah contoh terbaik untuk rakyat bersama-sama membantu menjadikan negara kita bebas rasuah dan penipuan.Membentuk negara menjadi MALAYSIA  BARU sudah tentu mengambil sedikt masa dan tenaga jadi  kita tidak lari dari melakukan kesilapan dalam memilih mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pimpinan kawasan dan yang pastinya PR mengamalkan sikap terbuka dan adil untuk semua dan itulah yang sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat.


Bukan sahaja PRDM(polis raja dimalaysia) yang merasa kepenatan PRK ini tapi seluruh jentera kerajaan  terutama sayap BN iaitu SPR juga merasakan tempiasnya,baru habis satu kawasan kini timbul lagi 1 kawasan dan insyaallah tahun ini dan tahun mendatang kita mungkin akan disajikan PRK sepanjang masa tersebut,bagi blogger PR selagi mereka mampu dan dapat bertahan selagi itulah maklumat berguna dapat disalurkan untuk info semua pihak,selagi suara keramat dapat didengar oleh pemimpin dan rakyat selagi itulah keinginan mencari info bertambah-tambah dan yang pasti alam maya tidak akan sepi dari penjejak maklumat.Apa yang pasti setiap PRK maka kawasan itu menjadi tarikan semua orang dan pastinya wang akan mengalir masuk dam keluar dan inilah masanya mereka yang berniaga nyata maupun atas angin akan membuat duit kerana setiap PRK adalah melibatkan WANG sebenarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan