Yang pastinya tentu rakyat yang mengikuti perbicaraan yang memakan masa 2 tahun dimana 158 hari telah dijalankan pebicaraan yang menjadi kes terpanjang yang pernah dibicarakan dengan mengemukakan 84 saksi diperingkat dakwaan dan 2 saksi ketika pembelaan mahu tahu siapa kah sebenarnya dibelakang kes pembunuhan ini,rata-rata mereka yang berkawan dengan media alam maya mungkin perkara ini sudah mereka ketahui dan dari sitilah bermulanya hubungan hantutuya dengan PM baru negara kita,sehingga ia mencacatkan kredibiliti Najib yang berjawatan no 1 negara.Karmanya jika seseorang yang melakukan perkara seperti membunuh maka jika jatuh hukumam pastinya dijatuh hukumam mati juga yang melakukan pasti menerima balasan tapi yang menyuruh melakukannya bebas begitu sahaja?
Alasan apa pun yang diberi bagi aku esok barulah Najib dapat merasakan kelegaan bila mana kes akan berakhir esok bila mana 2 tertuduh akan dijatuhkan hukuman dan dengarnya esok juga lah si Najib akan membentangkan nama-nama kabinet barunya,bagi aku siapa pun bakal menerima jawatan ia serupa seperti lembu-lembu ditarik hidungnya asalkan peluang membalun dan membolot wang rakyat dapat mereka lakukan,yang pastinya Najib tidaklah seberani Paklah kerana Paklah bukan sahaja berdepan dengan rakyat yang telah membenci umno disebabkan Mahathir tapi Paklah juga berdepan dengan hentaman Mahathir yang gila meroyan,jauh lebih berani dari Anwar Ibrahim yang melalui liku-liku masuk penjara dan mahkamah tunggang langang ciptaan Mahathir dan yang pastinya rakyat serta keluarga yang dibunuh di Monggolia sana tidak akan melupakan kisah ini walaupun orang yang berkenaan dijadikan PM oleh mereka yang bersengkokol dan lembu-lemu ditarik hidungnya.
Esok juga lah hari yang menentukan apakah si Sirul Azhar yang telah ditahan dipenjara Sungai Buluh selama 895 hari dan si Azilah yang juga ditahan di tempat yang sama selama 891 hari harus menjalani hukuman mati,bukan simpati tapi nampak gayanya kes ini akan selesai bila mana ke2 tertuduh akan dijatuhkan hukuman dan yang mengarahkannya bebas berkeliaran?Harap-harap jangan lah pula kes ini akan berpanjangan menjadi kes balas dendam yang besar kerana selagi bernama manusia kita tidak lari dari semua itu. . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan