Isnin, 20 April 2009

PAK LAH DALAM TIDO PUN NAMPAK

PAKLAH dalam tido pun boleh nampak apa yang bakal terjadi dalam negara kita,dan inilah natijahnya dia tak membantah serta bertanding mempertahankan jawatan presiden umno,pada hal kalau dia nak mempertahankan pun boleh  cuma dia dah nampak apa yang bakal terjadi dan nasib lah Najib semuanya dok bertimpa-timpa kat bahu anak arwah Razak ni,jenuh sana sini kapal bocor dan bergoyang yang nak dijaga sebaik mungkin,kalau nak kata berkat rasanya tak kot Najib ni jadi PM,lepas sahaja ambil jawatan PM pi lah dia nak rasmi F1, ributlah pulak lintang pukanglah selamatkan diri,datang ke mesyuarat kat Thai baru-baru ni kecoh lah pulak rakyat sana demonstrasi gila babi beb,nah istihar darurat kena batal mesyuarat hampeh PM baru kita ni kononnya dapatlah nak bersuara lebih tup-tup rakyat Thai bagi signal diammmmm kauuuuu balik lah si Najib.


Kenalah pulak ada PRK 2 bukit 1 batang lagi lah mamat ni gelisah,yang jaga pulak MAT SEMBAB kata Tukar Tiub langsung lah hampeh semuanya,kantoilah 2 bukit dan dapat kembali lah 1 batang,masa bentangkan bajet tambahan katanya ajak pembangkang jaga ekonomi dan bekerjasama tapi satu apa pun bincang tak ajak pembangkang,apa ingat pembangkang tu wakil bagi binatang kat hutan Pahang tu ke?buat leceh lah Jib,kau ni PM negara mana,dok sibuk kata SATU MALAYSIA tapi semua tu pun idea pembangkang punya kau guna tapi masih tak sedar-sedar,Paklah nampak dah apa yang bakal nak jadi,lagi pun semasa pimpinan dia mana lah banyak WANG lagi semua dah dibalun dek Madey buat mega-mega projek sampai masa dia nak tampal sana sini pun tak cukup tapi balun tetap balun gak,anak-anak dia lah ngan anak hantu tu,tapi aku respect sikit je kat anak hantu dia sebab berani,tak lah takut macam anak hisham tu dan anak Madey yang tau guna bapak dia je,macam pondannnnn makeup lelaki.


Pilihan raya kecil satu hal,tapi hal yang paling besar sebenarnya tu hah kat Terangganu,Perlis dan MB Pahang dan yang sebenarnya banyak lagi cuma belum meletop je,Najib pun dok pikir patutlah Paklah buat relax je tak layan nak pertahankan jawatan dia rupa-rupanya memang nak bagi Najib anak didik Madey yang kuat hentam dia masa jadi PM dulu jaga kapal yang betul-betul nak karam ni,lagilah dapat si MUKA SEMBAB jadi TPM alahai langsung tak de karisma,karismaaa kapuuurrrrr adalah.Terangganu dengan perang sesama sendiri,dia ni kata MB sekarang tak leh nak buat kerja nak minta MB letak jawatan ganti MB lama,tapi MB lama Sultan dah suruh dia ambil beg keluar opis MB lama dah,yang baru ni Mat Said pilihan Sultan sendiri apa nak laginya,Najib tu pun kau tak nampak ke,Paklah tido pun matanya buka nampak benda ni,nak tutup tak bagi rakyat tahu ni bukan masanya Najib oii dunia tanpa sempadan nak cerita luar dalam pun ada,bak kata astro macam-macam ada tapi yang ini cuma guna "KLIK "je,itu pun kalau berani. . . . . . 

Kat Perlis pun sama gak,yang lama macam meroyan gila kuasa,yang baru masih honeymoon dan mimpi tak habis-habis,orang dah sampai bulan nak buat jambatan dia dok pikir ayam,kambing,kerbau dan lembu lagi sampaikan Adun Sanglang Hashim Jasin dari menang mahkamah dari bulan sept 2008 sampai lah ni tak dapat gaji lagi,gila ke apa MB macam ni,nak jadi MB tapi kerja macam opis boy jalan sana sini,ala orang kata negeri besar tu pun susah nak jaga baik bela lembu senang lah ditarik lembunya tak lah sakit kepala,tu lah lama sangat simpan orang rasuah sana sini jadi pemimpin,ikut sangatlah cara Madey tu kononnya nak guna masa-masa tertentu bila orang berasuah ni buat masalah ,la ni dia yang dok bising sampai kering anak tekak napa tak buang je perasuah-perasuah ni,sendiri bodoh tak nampak lagi nak komen orang yang dia simpan orang macam tu dulu napa ek?


Perlis kecil je negeri tapi hal pun besar gak,tapi yang ni lagi best MB kena bayar rm 63 juta,MB mana kalau tak MB yang sombong tu lah MB denan yang katanya dulu suka membazir beli no PLAT KERETA,Wang berguni dalam rumah,dengar kata orang kena curi tapi pencurinya anak sendiri nak hidup mewah lepas khawin kononnya maklumlah kerja tak de nak bagi makan anak orang,lagi pun bapak MB negeri besar hutan balak dan bukit tempat JIN bertendang tak habis apa lah sangat WANG dalam guni tu,Denan silap hari bulan kalau tak dapat cari kroni nak bayar denda tu alamat kerajaan negeri Pahang boleh diistiharkan Muflis oo,tak ke malu Najib yang kelahiran Negeri tu bukan satu PM tau 2 orang bapak dan anak perhhh gempak-gempak Malaysia Boleh,tapi kalau kau nak masuk penjara ganti lagi bagus kan tentu ramai orang respect gila kat mamat ni,Paklah dalam tido pun boleh nampak power betul ilmu dia ekkkk


Banyak sangat nak tulis tapi layan dulu ah bab cerita ni,nanti kena panggil jadi nujum pak belalang sapa nak jawab,apa pun cuma satu je aku nak nasihatkan pada Najib kalau dia rasa nak mengubahkan MALAYSIA ni dia kena berani lakukan satu perkara,tapi yang aku memang pasti mana ada orang nak baca blog aku macam nyamuk ni,yang ada pun dah tentu sesat dalam alam maya ni,lagi lah PM mana nak baca-baca blog ni yang baca puak sana pun yang tak boleh nak berfikir mengapa orang sudah membenci kerajaan,tak nak cari susahlah,oh ya cuma aku  je yang tau dan rasa dan itu PM kena lah tanya pada aku sendiri apa perkara itu hehehehehe,kalau dia buat woi tentu bertukar jadi PM TERHEBAT tapi kalau tak buat tetap gak jadi TAPI PM TERHAMBAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan