Selasa, 7 April 2009

TAHNIAH PR 2 BUKIT KEKAL PADA KITA

Salam Tahniah pada semua yang bertungkus lumus dari mereka yang dibawah sehinggalah yang kat atas tu,bagi blogger PR Taniah serta terima kasih tak terhingga kerana anda semua telah berjaya membuktikan kesungguhan kita sebagai rakyat yang memperjuangkan agama serta keadilan yang menjadi tunjang kekuatan PR melalui blog politik maupun blog apa pun kerana sedikit sebanyak ia juga berkait antara satu sama lain,ALHAMDULILAH,Tahniah,Tahniah,Tahniah.


2-1 bagi kemenangan yang telah dijangkakan oleh banyak pihak lebih-lebih lagi SPR di Sarawak umpama sayap bagi BN diBatang Ai dan tidak lah hairan bagi kami kerana memang rasuah sudah berleluasa di Sarawak dan itu lah natijahnya bagaimana pemimpin disana boleh membodohkan rakyat mereka sendiri,kerana bukan salah rakyat disana tak mahu berubah tapi WANG-WANG yang tidak boleh diubah.2 Bukit 1 di Perak dan 1 di Kedah masih kekal menjadi anggota PR dan yang pastinya bila mana MB yang sah di Perak yang mewakili Bukit Gantang telah juga melayakkan dirinya menjadi ahli Parlimen dan kini suara anak-anak Perak akan bertambah kuat didalam Dewan Parlimen Insyaallah.


Bukit Selambau dengan menjadi sejarah pilihanraya yang menyaksikan 15 calon bertanding nampak gayanya juga menjanjikan satu pertarungan yang sengit juga dan syukur kehadrat Ilahi 14 calon dari BN serta Bebas tunduk kepada S.Manikumar anak muda dari pilihan PKR dan ini juga menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa oleh PR berjaya membuktikan kita benar-benar mengharapkan MALAYSIA BARU mencapai kejayaan.Tungkus lumus petugas semua termasuklah media alam maya menampakkan hasil dan ini lah contoh terbaik bagi PR semua negeri  agar perlunya ada hubungan yang arkab antara pemimpin dan blogger kerana melalui blogger semua info dapat disalurkan.


Ambil slogan yang Paklah katakan"bekerja lah bersama-sama saya"kita jadikan ia kekuatan hubungan antara satu blogger dengan blogger yang lain dimana sekarang kita sudah mula nampak sudah ada "link" blog lain dalam blog masing-masing dan inilah permulaan yang bagus untuk kita mengenali dan belajar menjadi manusia yang mengambil berat negara kita melalui agama,politik dan lain-lain lagi,namanya dunia tanpa sempadan mengapa harus kita kecilkan sistem yang sepatutnya boleh dikembangkan lagi dan inilah masanya negeri  yang PAKATAN RAKYAT perintah memulakan jalan dan menjadi sumber kekuatan info melalui I.T.Apa pun sekali lagi diucapkan ALHAMDULILAH dan tahniah pada semua yang bertungkus lumus dan bagi saya dan mereka yang kira kurang upaya yang tidak boleh berjuang didepan yang menyokong PR sokongan begini lah yang termampu dapat disalurkan,Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan