Jumaat, 10 April 2009

SEMANGAT 46 BARU?MUNGKINKAH AKAN BERLAKU

Rasa-rasanya kalau diperhatikan situasi sekarang dalam umno dimana PM baru Najib dan kabinet barunya serta pula sistem yang tungang langang melantik mereka-mereka ke jawatan Menteri dan Timb.Menteri dan keangkuhan Mahathir menjadikan Najib sebagai LEMBU DITARIK HIDUNGNYA,aku rasa sedikit masa lagi akan timbullah Semangat 46 Baru kerana apa yang rakyat nampak kini Presiden Umno lebih mempercayai orang yang keluar umno sebab marahkan PM dahulu iaitu Paklah dan masuk semula setelah Paklah meletakkan jawatan dari mempercayai mereka-mereka yang telah lama berada dalam umno.Tidak cukup kah pemerintahan Mahathir selama 22 tahun dan bolehkah dia mencaci Paklah yang kerajaannya berusia 5 tahun dan tinggalan beliau yang banyak masalah terutama rasuah serta kehakiman yang porak peranda.


Bukan aku nak simpati pada Paklah,tapi hakikat nya inilah PM yang bersifat"LEMBUT" kerana lembutnya ramai yang mengambil kesempatan.5 tahun dia menjadi PM ke 5 tapi pernah kah masyarakat bertanya apa kah sumbangan timbalannya pula untuk menaikan nama umno dan kerajaan?yang pasti menjatuhkan nama ketuanya diatas sumbangan cerita hantutuya dan rasuah serta wang faedah beli kapalselam.Apakah Najib mahu kelihatan lebih lemah berbanding Paklah yang tidak memerlukan sesiapa malah tidak juga bantuan dari timbalannya sendiri berbanding Najib yang digunakan oleh Mahathir?Yang pastinya slogan Najib yang dikatakan menarik bakal menjahanamkan dirinya dan itulah yang ditunggu-tunggu oleh Pakatan Rakyat,slogan Najib yang mengatakan satu Malaysia dan rakyat diutamakan tapi satu MALAYSIA MEMBENCI MAHATHIR tapi mengapa dia diutamakan?


Tidak mustahil sedikit masa lagi akan berlaku kekecohan dalam kapal umno dan sememangnya kapal itu mahu karam bersama-sama nakhoda empunya kapal itu sekali,dan inilah masanya untuk mereka-mereka yang berada dalam kapal itu untuk melompat dan menyelamatkan diri,mengapa perlu ego sekiranya perjalanan itu sudah sesat kenalah kembali kepangkal jalan apa kah tiada pilihan sebenarnya buat mereka atau pun malu pada masyarakat?sebenarnya lagi lama mereka tunggu lagi lama mereka disesatkan dan lagilah susah mereka nak berpatah balik.Rakyat sekarang sudah celik dan sedar,segala penipuan dan pembohongan yang dilakukan dahulu sudah mereka ketahui dan kini rakyat cuma mahukan sistem itu diubah kearah keadilan untuk semua sekiranya mereka -mereka yang masih berjawatan ahli parlimen maupun adun dalam UMNO yang masih punya hati dan perasaan inilah masanya untuk mereka bersama Pakatan Rakyat mengubah negara menjadi MALAYSIA BARU.


Rakyat adalah segala nya tanpa rakyat tiada lah kerajaan,tanpa rakyat tiadalah pembangunan serta ekonomi dan juga wang.Sedarkah kita sebagai negara berpenduduk 28-30 juta orang lebih kurang sama jumlahnya penduduk bandar di Shanghai China, kita adalah negara kecil tapi dalam segi politik sebenarnya kita diketawakan oleh kuasa besar kerana dengan jumlah penduduk sebegini itu pun pemimpin kita masih lagi tak mampu menjalankan kewajipan mereka malah penuh dengan tipu dan rasuah,KERANA APA? sebabkan TAMAK BERKUASA dan siapa punya angkara?semua pun tahu disebabkan siapa,orang yang banyak musuh pasti mahu musuh beliau mati sebelum dia, jadi selagi musuhnya tidak mati selagi itulah kuatnya akal untuk menjahanamkan musuh-musuhnya kerana dia takut peninggalan beliau maka anak dan cucu akan menerima balasan. . . . . . .


Presiden baru,PM pun baru dah tentu semangat pun baru,tapi pemikiran masih ditahap yang lama,apa pun gelora dalam UMNO biarlah mereka yang tangani,aku serta mereka yang menyertai Pakatan Rakyat sebenarnya mengharapkan agar UMNO diberikan pertunjuk dan hidayah itu pun kalau mereka sedar tapi hakikat yang pasti ramai orang mahukan umno ni karam dan pupus,janganlah sejarah berulang kembali,bila semangat baru itu muncul dan gelora tidak dapat dikawal maka tidaklah mustahil semangat-semangat baru ini menjadi realiti dan bersatu kembali menjadi "SEMANGAT 46 VERSI 2000" dan bila ini terjadi maka larilah nakhoda cina dan india  tunggang langgang mencari kapal lain untuk meneruskan kehidupan. . . . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan